BAB 37-IMPOSSIBLE!

135 14 11
                                    

MATA Syed Hamzah dicelik. Dia melihat sekitarnya, seperti dia berada di hospital. Syarifah Izzati berada di sisinya, tidur dengan kepalanya di atas tilam pesakit.

"Kau dah sedar?" kata Danial Nabil duduk di sebelah Syed Hamzah seraya membaca surat khabar.

"Apa yang terjadi?" kata Syed Hamzah todak tahu apa.

"Rumah kau dibom. Dan kau pula koma... selama 3 bulan dan menyebabkan kau ditangguh pengajian."

Syed Hamzah terkejut dengan penyataan itu. "Apakah!?"

"Kau kena rehat buat masa sekarang."

"Lin macam mana?"

"Dia okey. Kakak kau yang selalu jaga dia."

"Macam mana dengan Mei Ling?"

"Dia sudah sedar dari koma 2 bulan lepas."

Tengku Iskandar berjalan menghampiri Syed Hamzah. "Zai, apa khabar?"

Syed Hamzah memandang Tengku Iskandar. "Aku okey."

"Aku nak bagitau ni. Tuan Danial patut dengar rasanya."

"Apa dia?" kata Danial Nabil tertarik.

"Aku dan Mei Ling dah tahu siapa letak bom dalam rumah Zai tu."

"Siapa?" kata Syed Hamzah dan Danial Nabil serentak ingin tahu.

⭐⭐⭐

SYED Hamzah berjalan masuk ke dalam rumah usang di luar bandar Jitra bersama Tengku Iskandar dan Danial Nabil. Tan Mei Ling melihat tiga lelaki itu memasuki tempat persembunyiannya.

"Zai, aku tahu siapa yang letakkan bom dalam rumah kau 3 bulan lepas," kata Tan Mei Ling dengan yakin.

"Siapa?" kata Syed Hamzah tidak sabar.

Tan Mei Ling memainkan video yang dirakam secara tersembunyi di rumah Syed Hamzah. Mereka yang lain meneliti video itu. Tan Mei Ling menekan butang 'pause' lalu menuding jari ke arah susuk tubuh gadis dalam video itu.

"Perempuan tu yang letak bom tepi pintu tu," kata Tan Mei Ling yakin.

"Patutlah rasa hairan kotak tu dari mana," kata Syed Hamzah. "Boleh bagi gambar jelas lagi, tak? Kita nak tahu siapa perempuan tu."

"Kau jangan terkejut nanti!"

Wajah Aina Farhana terpampang pada skrin komputer. Syed Hamzah terkejut.

"Ni bukan gurauan, kan?" kata Syed Hamzah mula celaru.

"Mana adalah!" kata Tengku Iskandar dingin.

"Sekarang, koordinat dia ada di sini." Tan Mei Ling menunjukkan lokasi terkini Aina Farhana, Wang Kelian.

"Tunggu apa lagi? Jomlah!" Tengku Iskandar menepuk bahu Syed Hamzah.

⭐⭐⭐

KERETA dipandu menaiki bukit untuk ke Wang Kelian. Kawasan berbukit dan bercerun dilalui mereka berempat.

"Pegang kuat-kuat semua. Jalan dekat sini bahaya sikit," pesan Tan Mei Ling memandu kereta putih milik Syed Hamzah.

Syed Hamzah yang duduk di sebelah, kehairanan. "Apa?"

Pendikit ditekan habis. Tan Mei Ling memandu kereta itu seperti orang gila. Jalan yang membengkang-bengkok membuat Tan Mei Ling ketagih dengan aksi drift biarpun jalannya merbahaya.

"Wei, Mei Ling!! Bahayalah!!" kata Tengku Iskandar ketakutan di kusyen belakang.

Danial Nabil hanya berdiam di sebelah Tengku Iskandar. Berwajah dingin sahaja.

"Berhentilah!" pinta Syed Hamzah berpaut pada kusyen.

Satu aksi drift sambungan atau continuous drift dilakukan di setiap selekoh. Ada yang hampir melanggar tembok jalan. Sedang seronok membuat aksi drift, Tan Mei Ling terhidu sesuatu yang kurang menyenangkan.

"Siapa yang kencing dalam kereta ni eh!?" kata Tan Mei Ling menumpu pada jalan.

Syed Hamzah dan Tengku Iskandar berdiam, bukan mereka yang terkencing lalu memandang Danial Nabil.

"Akulah yang terkencing," kata Danial Nabil mengaku dengan wajah dingin.

Serta-merta, Tengku Iskandar dan Syed Hamzah membuka cermin pada pintu kereta.

"Pergh!!" kata Syed Hamzah bermasam muka.

"Hancing gila bau ni!" kata Tengku Iskandar kurang senang.

"Kita nak sampai dah!" kata Tan Mei Ling terlihat satu kampung dari bukit itu.

Tiga lelaki itu melihat kampung dari atas bukit itu.

"Kampung ke tu?" kata Tengku Iskandar macam orang bodoh.

"Habis tu, apa lagi? Bandar? Rumah taman?" kata Syed Hamzah geram.

Kereta dipandu secara hemah semula. Perlahan dan tenang. Mereka berempat memasuki perkampungan Melayu. Tan Mei Ling memandu kereta ke sebuah rumah yang berwarna putih susu lalu memberhentikan kereta. Enjin dimatikan. Mereka berempat bergerak turun dari kereta lalu berjalan menghampiri rumah itu. Terlebih dahulu Tengku Iskandar muntah di longkang tepi rumah.

"Inikah rumah dia?" kata Syed Hamzah.

"Kau pergi jelah," pinta Danial Nabil.

Syed Hamzah menghampiri pintu depan rumah itu. Mereka yang lain hanya memerhati.

Tuk! Tuk! Tuk! Pintu diketuk.

"Assalamualaikum!" ucap Syed Hamzah.

"Waalaikumussalam," jawab seorang gadis dari dalam.

Pintu dibuka. Syed Hamzah melihat seorang gadis yang amat dikenalinya.

"Aina," seru Syed Hamzah perlahan, tidak syak lagi.

"Zai!?" kata Aina Farhana terkejut dengan pertemuan itu. "Kau sepatutnya dah mati!"

#vote

Ustazah KpopDonde viven las historias. Descúbrelo ahora