BAB 14-TERLEPAS

269 16 4
                                    

BEG bimbit yang diberi oleh Jai tadi, dibuka. Masing-masing berwajah dingin. Pistol-pistol dan kelopak peluru disimpan kemas di dalam beg itu. Terlebih dahulu, Syarifah Izzati mengambil pistol Glock putih dan selaras senapang automatik jenis M16. Syed Hamzah pula mengambil pistol sepucuk Desert Eagle kuning dan selaras senjata jenis AK47 sedangkan Tengku Iskandar mengambil dua pucuk pistol Berreta hitam. Setelah bersiap, Syed Hamzah membuka langkah beredar.

"Jom gerak!" ujar Syed Hamzah pistol ke dalam saku, menggenggam raifal buatan Rusia itu.

Tiga sekawan itu menaiki trak Ford Ranger milik Tengku Iskandar. Enjin dihidupkan. Syarifah Izzati melihat adiknya duduk di belakang trak tersebut.

"Kenapa duduk kat belakang tu? Kan dalam ada ruang lagi?" kata Syarifah Izzati kehairanan.

Syed Hamzah mengunci mulut.

"Alah, masuk jelah!" celah Tengku Iskandar menunggu Syarifah Izzati menaiki trak.

Syarifah Izzati memandang tajam ke mata Tengku Iskandar lalu menaiki trak biru berjalur putih itu. Pintu ditutup kuat.

"Cepatlah gerak!" kata Syarifah Izzati, dingin.

Tengku Iskandar menekan pendikit traknya, memandu ke destinasi.

⭐⭐⭐

SENJA melabuhkan tirainya. Malam pula menjelang. Bulan purnama menjelma sinar terang di angkasa. Nurul Fadzelin masih ditemani Arif Hakimi di dalam rumah usang di pinggir bandar. Masing-masing tidak mengeluarkan suara. Mata Arif Hakimi melirik tajam ke wajah Nurul Fadzelin. Wanita itu hanya menundukkan pandangan, tidak sanggup melihat wajah penculik itu.

"Dah lama aku perhatikan kau orang. Kau ada apa-apa hubungan dengan Zai ke?" kata Arif Hakimi mula bersuara.

Nurul Fadzelin hanya mengunci mulut, tidak mahu berbahas. Arif Hakimi mengeluh kecil.

"Kau nak tahu ke tak pasal Zai, anak murid kau tu?" tambah Arif Hakimi.

Nurul Fadzelin mendongakkan pandangan. Persoalan itu menarik minatnya. Matanya tertumpu pada wajah Arif Hakimi yang bertopeng mulut.

"Hamzah a.k.a. Zai. Dia pernah jadi kawan aku. Kami buat jenayah sama-sama. Tapi, dia khianat aku, buat laporan polis. Habis satu kumpulan kena tangkap. Cuma aku je yang dapat lari. Rupanya, baru aku tahu, dia tu polis pengintip," terang Arif Hakimi.

"Sa... Saya tak tahu pun pasal ni," kata Nurul Fadzelin tersekat-sekat.

Arif Hakimi memandang tajam ke muka Nurul Fadzelin, macam mahu telan. "Kau pasti?"

"Sumpah! Demi Allah, saya tak tahu."

Arif Hakimi mendekati wanita itu. Perlahan-lahan tangannya mengalihkan topeng mulut. Barulah Nurul Fadzelin dapat melihat wajah sebenar Arif Hakimi.

"Kau ingat wajah ni sampai bila-bila!!" pesan Arif Hakimi, dingin.

Kepala Nurul Fadzelin dipegang kasar. Jarum kecil terus menyuntik leher Nurul Fadzelin.

"TAAAAKKKK!!!!!!" laung Nurul Fadzelin.

Cecair tidak berwarna itu meresap masuk ke tubuh Nurul Fadzelin. Arif Hakimi mencampak penyuntik ke lantai.

"Aku ingatkan kau sekali lagi, kau ingat wajah ni sampai bila-bila!" pesan Arif Hakimi.

Nurul Fadzelin melihat wajah Arif Hakimi dalam keadaan longlai. Matanya semakin kabur untuk melihat sekeliling lalu berpejam.

"LIN!!!" laung seseorang dari belakang Arif Hakimi.

Arif Hakimi memandang ke belakang lalu melihat Syed Hamzah mengacu raifal AK47 ke arah Arif Hakimi. Lelaki itu terkejut.

"Macam mana kau tahu tempat aku ni?! Aku tak dengar pun bunyi tembakan," kata Arif Hakimi seperti tidak percaya.

"Kau tak perlu tahu pasal tu. Apa yang aku nak sekarang, lepaskan dia!!" ujar Syed Hamzah, tegas.

Syarifah Izzati membidik raifal M16 bersama silencer ke arah suspek dari belakang. Arif Hakimi melihat sekelilingnya. Dia dikepung. Tengku Iskandar baru muncul, berdiri di sisi Syed Hamzah lalu mengacu dua pistol ke arah suspek.

"LEPASKAN DIALAH!!!" jerit Syed Hamzah, geram.

"Whoa! Rileks dulu. Nak rokok?" kata Arif Hakimi, tenang seraya mengeluarkan kotak rokok Dunhill.

Sebatang rokok dikeluarkan dari kotaknya lalu diletakkan di mulut. Tengku Iskandar terhidu sesuatu.

"Kau terhidu sesuatu, tak?" bisik Tengku Iskandar kepada Syed Hamzah.

Mereka hanya memerhati gerak-geri Arif Hakimi. Pemetik api dikeluarkan.

"Minyak tanah," balas Syed Hamzah baru sedar.

Api dinyalakan.

"Kau ada 5 minit," pesan Arif Hakimi.

Pemetik api sengaja dijatuhkan lalu terhempas ke lantai. Sekelip mata, api yang kecil itu tersebar ke seluruh tempat. Rupa-rupanya, tempat itu sudah dibiarkan basah dengan minyak tanah. Kebakaran terus berlaku. Suasana menjadi panik. Arif Hakimi mengambil kesempatan untuk melarikan diri.

"Woi, nanti!!!" kata Syed Hamzah melihat Arif Hakimi.

"Kau kejar Ami. Aku tolong ustazah!" arah Syarifah Izzati, tegas.

Syed Hamzah terus mengejar Arif Hakimi tanpa sebarang kata.

"Iskandar, tolong aku!" arah Syarifah Izzati kepada Tengku Iskandar.

Tengku Iskandar mendekati mereka lalu membantu Syarifah Izzati menyelamatkan Nurul Fadzelin. Tali yang mengikat tubuh Nurul Fadzelin, dileraikan.

"Kita bawa ustazah keluar dari sini!" kata Syarifah Izzati memapah Nurul Fadzelin.

Mereka berdua membuka langkah beredar keluar dari rumah yang sedang dijilat api itu. Tengku Iskandar turut membantu.

⭐⭐⭐

Larian dibuka merentasi hutan belukar. Arif Hakimi berlari meredah masuk ke hutan kelam itu. Syed Hamzah mengejar dari belakang.

"Nanti!!!" jerit Syed Hamzah.

Dbokk!!! Kepala Syed Hamzah terhantuk pada dahan pokok yang rendah.

Lelaki itu rebah kuat ke tanah. Mata Syed Hamzah terpejam. Suasana menjadi kelam serta-merta.

"Hamzah!!!"

"Hamzah!!"

"Syed!!!"

Mata Syed Hamzah dicelik perlahan-lahan. Sinaran mentari menyuluh tubuh Syed Hamzah. Sudah tengah hari rupanya.

"Adoi!!" keluh Syed Hamzah memegang dahinya yang sakit akibat hantukan semalam.

"Syed!"

"Hamzah!!!"

Syed Hamzah mencari-cari punca suara itu. "KAT SINI!!!"

Syarifah Izzati menghampiri adik kembarnya itu. "Hamzah, kau okey, tak?"

"Kepala aku terhantuk kuat semalam."

"Dah! Jom!! Kita kena balik! Ummi ayah tengah risau tu!" Syarifah Izzati membimbing Syed Hamzah.

"Macam mana dengan Ami tu?" ujar Tengku Iskandar yang lambat tiba.

"Dia terlepas... lagi," balas Syed Hamzah, dingin lalu mengeluh. "Fadzelin pula macam mana keadaan?"

"Dia okey. Dia selamat sekarang," jawab Syarifah Izzati. "Dah! Jom! Ummi ayah tengah tunggu dekat rumah tu."

#vote

Ustazah KpopWhere stories live. Discover now