BAB 13-PELAN

317 16 4
                                    

NURUL Fadzelin mencelikkan matanya, mula sedar dari pengsan. Matanya meliar melihat sekeliling, menyedari dirinya dikurung di dalam rumah usang. Badannya bagaikan sukar untuk bergerak. Ekor mata terus tertumpu pada badan. Dia diikat pada kerusi rupanya. Dia cuba melepaskan diri tetapi gagal juga.

Tap! Tap! Tap! Bunyi tapak kaki jelas kedengaran.

Bayang-bayang yang terpapar pada dinding dilihat Nurul Fadzelin. Susuk tubuh seseorang muncul dari muka pintu. Mata wanita itu tertumpu pada Arif Hakimi yang menghampirinya.

"Lepaskan..." kata Nurul Fadzelin belum habis bicaranya.

"...kau?" pintas Arif Hakimi, sinis. "Boleh... Mestilah aku akan lepaskan kau. Cuma,... buat masa sekarang, kita tunggu dulu. Boleh, kan?"

"Tunggu? Tunggu apa pula? Tunggu siapa?"

Arif Hakimi mengukirkan senyuman sinisnya. "Wait and see."

⭐⭐⭐

SITUASI menjadi serius di sebuah gazebo di taman. Syed Hamzah sepatah pun tidak bersuara. Syarifah Izzati dan Tengku Iskandar pula berbincang tentang misi menyelamatkan Nurul Fadzelin.

"Esok, hari Sabtu, kan?" soal Tengku Iskandar.

"Ya," jawab Syarifah Izzati sepatah.

"Kalau macam tu, malam ni, kita bertindak."

"Kau tahu ke si Ami tu bawa ustazah ke mana?"

Tengku Iskandar terdiam. Dia sendiri pun tak tahu tempat persembunyian Arif Hakimi.

"Janganlah cakap sebarangan kalau tak tahu!" kata Syarifah Izzati, geram.

"Aku tahu," kata Syed Hamzah baru bersuara.

Dua remaja itu memandang Syed Hamzah. "Kat mana?" Serentak.

Tangan kanan Syed Hamzah menyeluk poket seluar kanannya lalu mengeluarkan telefonnya. Skrin telefon memaparkan lokasi terkini Nurul Fadzelin.

"Aku jadikan kerongsang kat tudung Lin sebagai pengesan. Jadi, kita boleh tau lokasi dia," jelas Syed Hamzah.

"Wah, ada function juga bakal adik ipar aku ni!" kata Tengku Iskandar.

Dbokk!! Satu tumbukan mengenai bahu Tengku Iskandar.

"Adoi, sakitlah!" keluh Tengku Iskandar memegang bahunya yang ditumbuk.

Syarifah Izzati memandang Syed Hamzah pula. "Habis tu, kita tunggu apa lagi?"

"Kita tunggu member aku seorang ni," kata Syed Hamzah.

Pin! Pin! Bunyi hon kereta menarik pandangan tiga sekawan itu.

"Haa... Panjang umur. Jom!" kata Syed Hamzah melihat seorang kawannya yang baru tiba dengan kereta Ford Mustang GT '15 kuning.

Mereka berarak ke arah pemuda berjaket biru itu. Lelaki itu membuka bonet belakangnya keretanya.

"Jai!" ujar Syed Hamzah.

"Zai! Davno ne videlis'! Kak dela? (Lama tak jumpa! Apa khabar?)" balas lelaki yang bernama Jai dalam bahasa Rusia.

"YA v poryadke. Kak naschet tebya? (Saya baik. Kamu apa khabar?)" balas Syed Hamzah fasih berbahasa Rusia, bersalaman dengan Jai.

"YA tozhe khorosho. YA mogu chto-nibud' pomoch'? (Saya sihat juga. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?)"

Tengku Iskandar hanya melihat Syed Hamzah berbahas dalam bahasa Rusia. Sepatah pun dia tidak faham.

"Sejak bila adik kau pandai bahasa Rusia ni?" kata Tengku Iskandar kehairanan.

"Sejak lahir lagi," perli Syarifah Izzati, dingin tanpa perasaan.

Tengku Iskandar mengunci mulut sahaja. Syed Hamzah mengambil dua beg bimbit dari bonet kereta.

"Khorosho, my vstretimsya segodnya vecherom (Baiklah, kita akan jumpa malam ni)," kata Syed Hamzah menutup bonet belakang.

Jai berjabat tangan dengan Syed Hamzah. "Khorosho, pozabot'sya o sebe poka. (Okey, jaga diri.)"

Dua sahabat itu berjabat tangan. Jai menaiki keretanya lalu memandu pergi dari situ. Syed Hamzah memandang dua remaja yang setia di belakangnya.

"Sejak bila kau pandai bahasa Rusia ni?" tanya Tengku Iskandar.

"Sejak lahir lagi," balas Syed Hamzah, selamba.

Tengku Iskandar hilang kata. Syed Hamzah melangkah beredar situ, meninggalkan mereka berdua.

"I told you," ujar Syarifah Izzati tersengih lantas melangkah beredar dari situ.

Tengku Iskandar melihat pasangan kembar itu beredar dari situ. "Kakak dengan adik sama je."

#vote

Ustazah KpopWhere stories live. Discover now