BAB 18-REBAHNYA SEORANG KAWAN

272 16 3
                                    

TEMPAT persembunyian Arif Hakimi semakin dengan pasangan itu. Syed Hamzah memberhentikan basikal gunungnya. Nurul Fadzelin pula berhenti berlari, sedikit pun tidak penat.

"Inikah tempat yang kawan awak kena culik tu?" kata Nurul Fadzelin.

"Habis tu, dekat mana lagi?" kata Syed Hamzah, dingin.

Sebuah van hitam kelihatan dari jauh. Mereka berdua terus menyorok di sebalik semak berdekatan. Van berderum laju memasuki gudang lama.

"Rasanya, kita kena buat laporan polislah," cadang Nurul Fadzelin tidak sedap hati.

"Tak! Tak perlu! Nanti, boleh burukkan keadaan lagi! Kena fikir juga pasal kawan Syed tu," bantah Syed Hamzah.

Nurul Fadzelin akur dengan kata-kata Syed Hamzah.

"Jom! Kita kena bertindak!" kata Syed Hamzah.

Mereka menghampiri pondok pengawal yang tidak jauh dari mereka itu. Dengan pantas, Syed Hamzah menyerang pengawal di dalamnya, barangkali anak buah Arif Hakimi. Sepucuk pistol diambilnya. Nurul Fadzelin kagum.

"Jom gerak!" kata Syed Hamzah.

"Rasa takutlah. Dia orang mungkin ada senjata juga," kata Nurul Fadzelin, resah.

"Jangan risau! Syed ada." Senyuman terukir di bibir Syed Hamzah.

Nurul Fadzelin menjadi tenang sedikit. Mereka bertindak masuk ke dalam bangunan usang itu. Pintu belakang dilepasi. Mereka berdua berjalan di sebalik kotak-kotak, mengelak dari pandangan orang jahat di situ. Nurul Fadzelin melihat mereka bersenjata api seperti AK-47, Uzi, MP5, M16, SPAS-12 dan macam-macam lagi. Jantungnya berdebar kencang.

"Jangan bising!" pesan Syed Hamzah, perlahan.

Nurul Fadzelin mengangguk faham. "Okey!"

Langkah mereka diatur ke sebuah bilik yang mengurung Jai. Pintu bilik dibuka perlahan tanpa disedari orang jahat di situ. Mereka berdua menghampiri tubuh Jai yang lemah di sudut bilik.

"Jai!" seru Syed Hamzah, perlahan.

Jai membuka matanya lalu melihat wajah Syed Hamzah. "Zai, go away!"

"No, I won't leave you!"

Syed Hamzah memapah Jai. Kaki Jai terasa sakit akibat dipukul orang jahat.

"Ouch!!" keluh Jai.

Nurul Fadzelin mendekati mereka berdua. Dia membimbing Jai lalu memandang Syed Hamzah.

"Tak apa. Biar Lin rawat dia sekejap!" pesan Nurul Fadzelin.

"Okey," kata Syed Hamzah.

"Hoi, penceroboh!!" jerit seorang lelaki.

Bang!! Satu tembakan dilepaskan ke arah Syed Hamzah.

Syed Hamzah mengelak lalu membalas tembakan, tepat ke kepala. Dia terus menyorok di sebalik kotak. Begitu juga dengan Nurul Fadzelin dan Jai.

"Cepat, Lin! Kita dah tak ada masa dah!" kata Syed Hamzah, serius.

"No, you just go! Leave me here!" kata Jai, lemah.

"No, we can't leave without you," kata Nurul Fadzelin seraya membelek tali yang mengikat tangan dan badan Jai.

Mata Nurul Fadzelin terbuntang luas melihat sesuatu di belakang lelaki itu. "Err... Syed!! SYED!!"

Syed Hamzah memandang Nurul Fadzelin. "Apa dia?"

Nurul Fadzelin menunjukkan bom masa yang berada di belakang badan Jai. Syed Hamzah terkejut.

"Go!" pinta Jai.

"No!" balas Syed Hamzah, tegas.

Bang! Bang!! Tembakan dilepaskan.

Mereka bertiga kembali berlindung di sebalik kotak.

"Lin, rawat Jai dulu. Pasal bom tu nanti," kata Syed Hamzah.

Nurul Fadzelin mengikut arahan sahaja. Syed Hamzah terus bertindak solo menyerang penjahat, menumbuk seorang lawan lalu jadikannya tebusan. Serangan balas dibuat. Sebutir peluru dilancarkan satu per satu, tepat mengenai kepala masing-masing.

Jai dirawat pada kaki. Biarpun tiada kemahiran merawat, Nurul Fadzelin cuba merawat Jai.

"Just hold on!!" pesan Nurul Fadzelin.

Kaki Jai dipegang. Jai terus mengeluh kasar.

"Oh! Sorry!" ucap Nurul Fadzelin bersalah.

"No, go on!" Jai memberi lampu hijau.

Nurul Fadzelin serta-merta merawat Jai tanpa mempedulikan kesakitan yang dialami Jai. Raungan perit bergema di bilik itu.

"Alright, done. Anytime you will fine," kata Nurul Fadzelin.

Jai bangun.

"Jai!" seru Syed Hamzah.

Jai memandang kawannya itu. Syed Hamzah mencampak senjata MP5 ke arahnya. Jai menyambutnya dengan baik lantas melepaskan tembakan rambang ke arah penjahat-penjahat. Habis semua rebah dimakan peluru itu.

"Let's go!" kata Syed Hamzah.

Mereka bertiga bergerak keluar dari situ. Syed Hamzah menyerang penjahat di depan. Jai hanya mampu menembak lawan dari jauh. Nurul Fadzelin yang bergerak di belakang mereka, menoleh ke belakang lalu terlihat beberapa penjahat muncul. Jantungnya berdegup kencang. Seorang penjahat menyerangnya.

Serta-merta, Nurul Fadzelin mengelak serangan itu lalu membuka langkah Taekwando. Kemahirannya berlawan semakin mantap. Setiap serangannya mampu membuatkan tulang-temulang para penjahat patah.

"Jom! Gerak!! Gerak!!!" kata Syed Hamzah selaku ketua gerakan.

Mereka segera berlari menuju ke pintu keluar. Jai tiba-tiba terhenti langkah. Pandangannya dibuang ke arah bom badannya. Tinggal 5 saat lagi.

Syed Hamzah yang menyedari tentang Jai terus menoleh ke belakang. "Jai!"

KABOOMM!!!! Letupan berlaku di depan matanya.

Badan Syed Hamzah dan Nurul Fadzelin terpelanting keluar dari gudang lama itu lalu terhempas di pinggir jalan. Syed Hamzah memusingkan badannya, melihat gudang lama itu meletup dan terbakar.

"JAI!!!" jerit Syed Hamzah.

Nurul Fadzelin melihat Syed Hamzah merintih. Tangannya agak ragu-ragu untuk menyentuh badan Syed Hamzah. Hatinya mahu sahaja menenangkan cintanya itu.

Tiba-tiba, Syed Hamzah memeluk tubuh Nurul Fadzelin seraya mengeluarkan air mata yang deras mengalir. Siren kereta polis jelas kedengaran dari jauh. Syed Hamzah dan Nurul Fadzelin masih tercegat di situ.

"Jai," kata Syed Hamzah, lemah.

#vote

Ustazah KpopWhere stories live. Discover now