BAB 2-JIRAN RUPANYA

738 21 5
                                    

BASIKAL dibawa keluar dari kawasan sekolah. Syed Hamzah melihat Syarifah Izzati memberhentikan motosikal di sebelahnya.

"Hamzah, kak balik dulu ya!" kata Syarifah Izzati.

"Haa… okey!" balas Syed Hamzah, dingin.

Si kakak menunggang motosikalnya pergi dari situ. Si adik pula menunggang basikal gunung. Katanya, lebih suka berkayuh.

⭐⭐⭐

TIBA di rumah baharu, Syed Hamzah meletakkan basikalnya di sebelah motosikal tanah milik Syarifah Izzati yang diselimuti kain. Dia melangkah ke pintu rumah.

"Assalamu'alaikum!" ucap Syed Hamzah melangkah masuk ke dalam rumah.

"Wa'alaikumussalam," balas si ayah, Syed Zakaria dari dalam pejabat. "Macam mana sekolah?"

"Okey je," kata Syed Hamzah, dingin.

"Kerja sekolah ada, tak? Kalau ada, tolong buat bagi siap sebelum nak keluar tu!" arah Syed Zakaria masih bersama kerjanya di dalam pejabatnya.

"Baiklah."

Langkah Syed Hamzah diatur ke tingkat atas lalu masuk ke dalam biliknya. Pintu ditutup. Beg sekolah dicampak ke atas katil. Syed Hamzah menghempas kuat punggungnya ke atas kerusi, menghadap komputernya. Komputer Window 10 dibuka. Xbox One dipasang. Alat kawalan tanpa wayar diambil.

Tuk! Tuk! Tuk! Pintu bilik diketuk.

"Masuk!" kata Syed Hamzah, macam bos besar.

Pintu dibuka sedikit. Syarifah Izzati menonjolkan kepalanya, memandang Syed Hamzah.

"Hamzah, keluarlah kejap!" pinta Syarifah Izzati memanggil adiknya.

Syed Hamzah mengeluh lalu memandang ke belakang, memandang kakaknya. "Apa dia kak? Kalau bab kerja sekolah, malaslah!" Rimas.

"Tak, bukan sebab tulah! Keluar jelah cepat! Tengok siapa jiran kita ni!"

Syed Hamzah kembali memandang komputernya. "Malaslah nak ambil tahu!"

Telinga Syed Hamzah ditarik tiba-tiba oleh Syarifah Izzati.

"Pergi jelah!" arah Syarifah Izzati, tegas.

"Adoi, sakitlah!" kata Syed Hamzah, geram. "Orang nak pergi Yellowstone ni!" *Orang yang suka main game 'The Crew' sahaja yang faham*

Kelihatan pasangan kembar itu bergaduh kecil jelas diperhatikan tetamu dari bawah. Syarifah Izzati melepaskan telinga adiknya lalu membimbing adiknya ke tingkat bawah.

"Kau tengok tu!" kata Syarifah Izzati berdiri di sebelah Syed Hamzah.

Syed Hamzah memandang tetamu wanita itu, seperti pernah ditemuinya sebelum ini. "Us… us… ustazah!"

Nurul Fadzelin melihat wajah dua anak muridnya itu. "Hai, Syed!"

Syed Hamzah terpinga-pinga.

"Hamzah, mari duduk sebelah umi ni!" pinta si ibu, Puan Fatihah.

Syed Hamzah melangkah mendekati ibunya lalu melabuhkan punggung di sebelah kanan ibunya. Syarifah Izzati pula duduk di sebelah kiri Puan Fatihah.

"Anak sembang-sembang dengan ustazah ya! Umi nak buat air ni!" pinta Puan Fatihah, mesra.

Puan Fatihah bingkas lalu melangkah ke dapur. Tinggallah dua anak muda di ruang tamu. Mereka memandang ustazah dari sekolah mereka.

"Macam mana ustazah tahu tempat tinggal kami ni?" kata Syed Hamzah mengerutkan dahi.

Nurul Fadzelin tertawa kecil. "Syed ni kelakar. Ustazah tinggal dekat rumah sebelah kamulah. Sebelah je."

Terbuntang luas mata pasangan kembar itu. "Hah?! Rumah sebelah!?"

"Tak perasan pun!?" kata Syarifah Izzati menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Kamu berdua dah masuk rumah waktu kamu baru pindah. Macam mana nak perasan?" kata Nurul Fadzelin menutup mulut, menyorok tawanya.

~Throwback~

"Hamzah, Izzati, bangun! Dah sampai dah ni!" pinta Puan Fatihah kepada dua anaknya yang tidur di dalam kereta.

Syed Hamzah dan Syarifah Izzati bangun dalam keadaan mamai. Mereka melangkah keluar dari kereta lalu berjalan ke rumah baharu mereka, terus masuk. Nurul Fadzelin yang sekadar memerhati dari tadi, menampilkan diri.

"Assalamu'alaikum! Boleh saya tolong? Nama saya Fadzelin," ucap Nurul Fadzelin, mesra.

Puan Fatihah memandang Nurul Fadzelin muncul. "Wa'alaikumussalam. Eh, tak apakah?!"

"Tak apa."

~End throwback~

"Waktu tu, ustazah tak kenal kamu lagi. Bila kamu masuk kelas tadi, barulah ustazah kenal kamu," kata Nurul Fadzelin.

"Oh~" Pasangan kembar itu mengangguk, faham.

Puan Fatihah tiba dengan talam berisi sejag air limau dan 3 cawan. Air limau dituang ke dalam cawan.

"Terima kasih, Fatihah!" ucap Nurul Fadzelin, lembut.

Setelah menuang 3 cawan air limau, Puan Fatihah bangun. "Kamu berdua sembanglah dulu. Umi nak masak dekat dapur ni."

"Baik, umi!" kata Syarifah Izzati, sopan.

Puan Fatihah melangkah pergi ke dapur bersama talam. Pandangan kembar itu kembali tertumpu pada wajah Nurul Fadzelin.

"Syed dengan Syarifah ni memang anak yang baik," puji Nurul Fadzelin mengukirkan senyuman.

"Kami la tu," kata Syarifah Izzati tersenyum ceria seraya memeluk bahu adiknya.

Syed Hamzah bersikap dingin dengan kakaknya itu lalu menolak Syarifah Izzati jauh darinya. Nurul Fadzelin memerhatikan sikap pasangan itu. Dia membuat analisis.

Syed nampak lebih dingin dari Syarifah. Tapi, Syarifah lebih ceria daripada Syed. Mereka nampak tak serasi nampaknya. Tapi, kan. Waktu dia orang gaduh tadi, dia orang nampak sekepala marahnya. Dia orang nampak serasi pula bila marah, desis hati Nurul Fadzelin.

"Ustazah termenung apa tu?" kata Syarifah Izzati tiba-tiba.

Nurul Fadzelin menjadi bengang. "Eh! Err… tak ada apa-apa!"

Secawan air limau dihirup Nurul Fadzelin.

"Ustazah dah kahwin ke?" soal Syed Hamzah pula, tiba-tiba.

Pfffftt!!! Percikan air limau dari mulut Nurul Fadzelin terkena muka Syed Hamzah.

"Belum lagilah!" kata Nurul Fadzelin mengesat mulutnya.

Pecah tawa Syarifah Izzati melihat lawak tak berbayar itu. Nurul Fadzelin turut tertawa. Syed Hamzah pula dingin.

"Apalah nak jadi ni dengan jiran baru ni?!" kata Syed Hamzah menggulingkan matanya.

#vote

Ustazah KpopWhere stories live. Discover now