BAB 39-WARKAH TERAKHIR

165 14 6
                                    

SEUSAI pengebumian arwah Aina dijalankan, orang lain melangkah beredar kecuali Syed Hamzah. Tengku Iskandar menghampiri sahabatnya itu.

"Zai, jom balik!" kata Tengku Iskandar lembut bicara.

"Korang baliklah dulu. Nanti, aku balik dengan moto arwah," kata Syed Hamzah perlahan.

"Okey."

Tengku Iskandar mengatur langkah pergi dari situ. Dia berjalan ke arah kawannya.

"Nanti, dia balik dengan moto arwah. Kita balik dulu," kata Tengku Iskandar kepada Danial Nabil.

"Yalah. Kita balik dulu," kata Danial Nabil akur.

Dua lelaki itu menaiki kereta. Tan Mei Ling yang menanti mereka di dalam kereta, menghidupkan enjin. Tengku Iskandar duduk di kusyen hadapan manakala Danial Nabil duduk di kusyen belakang. Tan Mei Ling memandu kereta putih itu pergi dari situ, meninggalkan Syed Hamzah.

Syed Hamzah bangun seraya melihat kubur arwah. Dia melangkah ke arah motosikal Yamaha LC milik arwah. Kunci motosikal itu berada di tangannya. Enjin motosikal dihidupkan. Lelaki itu menunggangnya pergi dari situ. Destinasi ditetapkan.

Tiba sahaja di puncak Wang Kelian, Syed Hamzah memberhentikan motosikal di tepi tebing, di mana Aina Farhana membunuh diri tadi. Dari atas motosikal, Syed Hamzah melihat pemandangan indah negeri Perlis. Dia bergerak turun dari motosikal lalu membuka seat motosikal. Dia menggantungkan helmet pada penyangkut.

Belum sempat dia menutup seat motosikal, dia terlihat sehelai kertas yang terlipat di dalam kotak lalu mengambilnya. Lipatan dibuka. Apa yang tertulis dibacanya dalam hati;

_________________________

Dalam peti tersimpan harta,
Terasa nikmat tanpa suara;
Khabar saya pembuka kata,
Salam saya pembuka bicara.

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barokatuh,

Warkah ini tertulis ditujukan kepada cinta lama yang jauh di sana, Syed Hamzah Bin Syed Zakaria. Apa khabar saudara di sana? Saya di sini aman dan tenang sahaja.

Saudara,

Selama saya di sini, di Kampung Wang Kelian, saya berasa bahagia di sini. Penduduk di sini begitu ramah. Suasananya harmoni dan tenteram. Kampung di sini dikelilingi bukit-bukau yang menghijau. Bagaimana keadaan saudara di sana? Dengar kata, saudara sedang belajar di Jitra. Apakah itu benar?

Saudara,

Setelah saya mendapat tahu saudara sudah berpunya, hati saya hancur, lebih hancur dari binasa. Apabila saya melihat diri saudara bersama wanita yang lain, air mata saya bertakung tanpa mengalir sedikit pun. Saya kecewa dengan diri saya sendiri kerana wanita yang bersama dengan saudara itu jauh lebih baik dari diri saya sendiri.

Penampilannya mengikut syariah Islam. Pertuturannya lembut dan santun. Imannya juga kuat. Sayangnya, diri saya yang kasar dan berhati keras sudah cukup melayakkan diri ini tidak sesuai dengan diri saudara. Maksiat di sana sini. Pengaruh dadah. Pembunuhan ke situ ke mari. Untuk maklumat saudara, saya mengandungkan anak Ami.

Saudara,

Dunia ini ibarat air pada jari yang dicelup di lautan kerana perjalanan di sini hanya sementara... sedangkan akhirat bagaikan air lautan yang tersergam luas kerana perjalanannya kekal dan abadi tanpa titik noktah. Sampaikan salam saya kepada cinta saudara kerana kita berada di dua alam berbeza.

Dalam belanga dimasaknya kari,
Kari ikan bersama kerang;
Ini bukan surat bunuh diri,
Tetapi ini warkah dari alam seberang.

Di akhirat nanti,
Dalam Neraka tersedia kolam air hangat;
Apa yang aku pasti,
Kata laluannya masih kau ingat.

Salam dari cinta lama saudara,
Aina Farhana @ Nana

_________________________

Syed Hamzah merenyuk kertas itu dengan air mata yang mengalir di pipi. Dia menggenggam kertas itu lalu diangkat tinggi bagaikan mahu mencampaknya ke bawah. Namun, dia tidak sanggup. Dia membuka semula gumpalan kertas yang direnyuk itu tadi.

Apa yang aku pasti,
Kata laluannya masih kau ingat.

Syed Hamzah berjalan ke motosikal arwah lalu mengambil telefon milik arwah yang tersimpan di dalam raga. Dia membuka telefon berjenama Huawei itu lalu melihat kata laluan berbentuk pin. Dia menekan nombor 92462 (ZAINA, gabungan nama Zai dan Aina).

Bingo! Kata laluan berjaya dipecahkan.

Tiba-tiba, skrin telefon pintar itu mengeluarkan satu sistem aneh.

"Selamat kembali, Nana. Ada apa yang boleh saya bantu?" kata sistem itu seperti perempuan.

"Err... galeri," kata Syed Hamzah kekok.

Serta-merta, telefon itu membuka galeri. Gambar-gambar kenangan Syed Hamzah dan Aina Farhana masih tersimpan di situ. Syed Hamzah membelek setiap gambar yang banyak itu sampailah dia ternampak satu gambar di mana Aina Farhana berswafoto bersama Arif Hakimi.

"Ami?" kata Syed Hamzah kehairanan.

Tiba-tiba, sistem itu menghubungi Arif Hakimi. "Saya sedang menghubungi Ami."

"Eh! Batalkan! Batalkan!" kata Syed Hamzah terkejut.

"Panggilan dibatalkan."

Syed Hamzah berasa lega. Dia mendapat satu idea.

"Cari koordinat Ami," kata Syed Hamzah kepada sistem itu.

"Sedang mencari koordinat Ami." Sistem membuka aplikasi Google Map, mencari kedudukan Arif Hakimi.

"Koordinat disahkan. Koordinat terkini di sebuah bangunan lama, sebelah perpustakaan di Pekan Jitra."

"Boleh bagi alamat terperinci, tak?"

"Tengoklah sendiri."

Amboi, marah nampak! Desis hati Syed Hamzah terpegun.

Syed Hamzah melihat koordinat pada peta Jitra.

"Malam ni, kita akan berjumpa... untuk kali terakhir!"

#vote

Ustazah KpopWhere stories live. Discover now