BAB 34-SERANGAN SENTAPAN

154 14 19
                                    

"DARIPADA aku ikut kau ke balai, kan lagi elok aku ikut tok imam masuk masjid.  Siap dapat saf pertama lagi," kata Arif Hakimi dingin.

Syed Hamzah tersentak sedikit. "Kau tak payahlah nak buat ayat sentap kat aku. Waktu Isyak ni panjang lagi."

"Ni bukan sentapan. Ini memang benda betul. Daripada kau hantar aku ke balai semata-mata nak naikkan nama kau sebab apa? Sebab budak 18 tahun berjaya menangkap samseng merbahaya, lebih baik tak payah. Itu semua dunia, tak membawa makna ke akhirat. Lagi bagus kalau kau hantar diri kau ke masjid kerana Ilahi. Itu dah cukup sempurna dah. Daripada kita berjalan 15 minit ke balai polis, lagi elok kau solat untuk 5 minit. 5 minit bro. Tak lama. Masak maggi 5 minit dah siap dah tu. Apa gunanya walaupun hidup 1000 tahun kalau tak sembahyang? Apa gunanya!? Kau kata apa tadi? Waktu Isyak masih panjang? Hei, Zai! Melengah-lengahkan solat itu dah cukup berdosa tau! Cikgu aku dulu pernah cakap, 'Sesiapa yang memasuki masjid sebelum laungan azan, malaikat akan mencatat namanya dalam senarai ahli syurga'. Kau tak nak ke jadi ahli syurga nanti? Lagipun, aku nak jadi golongan dalam naungan akhirat nanti sebab hati aku kadangkala tergantung di masjid. Ada satu hadis meriwayatkan bahawa ada 7 golongan dalam naungan di akhirat nanti. Pertama, imam atau pemimpin yang adil. Kedua, pemuda yang beribadat kerana Allah SWT.  Ketiga, bersedekah dalam diam. Keempat, hatinya selalu tergantung di masjid. Kelima, pasangan yang saling mencintai kerana Allah SWT. Keenam, lelaki yang diajak berzina dengan perempuan cantik dan kaya lalu berkata, 'Aku takut Allah'. Ketujuh, seseorang yang mengalirkan air mata sambil berzikir ketika bersendirian. Kau hadam hadis tu dalam-dalam. Aku tanya satu soalan ni. Kau bercinta dengan Fadzelin sebab apa?" Kata Arif Hakimi dengan panjang lebar.

Syed Hamzah tersentap gila dengan ceramah dua minit daripada seorang samseng.

"ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! ASYHADU ALLAH ILAHAILALLAH!" Iqamat berkumandang.

"Dahlah! Aku nak solat ni. Kalau kau nak tangkap aku juga, neraka sedia nak tangkap kau!" pesan Arif Hakimi.

Arif Hakimi melangkah ke tempat wuduk. Syed Hamzah mengekori suspek, takut terlepas pula. Waktu solat pun, mereka bersebelahan.

"Jangan nak lari lepas solat nanti!" pesan Syed Hamzah memberi amaran.

Arif Hakimi bertindak dingin. Dia mula khusyuk pada solatnya, diikuti dengan Syed Hamzah. Sepanjang tempoh solat, mereka bersama.

Seusai solat, Syed Hamzah menggenggam lengan Arif Hakimi serta-merta. "Jom pergi balai!"

"Kau nak malaikat berhenti berdoa untuk kau ke?" kata Arif Hakimi dingin.

"Apa?"

"Malaikat akan terus berdoa untuk kau selagi kau masih di tempat sujud kau tu. Boleh sabar, tak? Sabar itu separuh daripada iman."

Syed Hamzah tersentap lagi. Dia melepaskan genggamannya.

Sesudah sahaja bacaan wirid, bacaan doa selepas solat dilafazkan oleh imam. Syed Hamzah terdengar bunyi seseorang menahan sebak lalu mencari punca bunyi itu. Dia memandang sebelahnya.  Rupanya, Arif Hakimi punca bunyi itu. Dia seakan-akan cuba menahan sebak, membiarkan air mata mengalir di pipi. Syed Hamzah menoleh ke depan semula.

"Biar betul! Gengster menangis!?" kata Syed Hamzah tersengih.

Doa selepas solat diaminkan. Syed Hamzah memandang suspek. Arif Hakimi hanya berdiam diri, sempat lagi mengesat air mata yang bergelinang.

"So, dah sedia masuk lokap?" kata Syed Hamzah tersenyum sinis.

"Aku memang dah masuk lokap pun, lebih tepat dah masuk penjara dah," kata Arif Hakimi dingin.

"Hah?"

"Dunia ni ibarat penjara bagi orang mukmin tetapi syurga bagi orang kafir. Hadis tu. Kau tak rasa ke yang diri kau dah dipenjara selama ni?"

Syed Hamzah tersentap sekali lagi. "Kau belajar dari mana semua hadis ni?"

"Dari ustazah kau la siapa lagi?"

"Maksud kau, Fadzelin?"

"Yalah. Siapa lagi? Kalau boleh, aku nak perempuan macam dia jadi bini aku suatu hati nanti."

"Lin tu aku punyalah!"

"Kau sayang ustazah kau tu sebab apa? Kalau kerana Allah SWT, tak apalah juga. Boleh jadi golongan dalam naungan nanti macam aku cakap tadi. Kalau sebab dia cantik, comel, tak ada gunanya. Ni pun sebab ada empat wanita yang boleh disyaratkan untuk berkahwin, kerana harta, kerana nasab atau keturunan, kerana kecantikan dan kerana berpegang pada agama. Maka, pilihlah yang berpegang pada agama. Kau akan bahagia. Hadis juga tu."

Syed Hamzah terpaku dengan kata-kata suspek itu lagi. "Kau ni banyak cakaplah! Dah! Jom! Ikut aku ke balai!"

"Sebelum pergi tu, kan elok bersalaman?"

Syed Hamzah terdiam. Mereka berdua bersalaman. Syed Hamzah terasa kekok sedikit.

Polis bersalaman dengan penjenayah? Terasa janggal pula, desis hati Syed Hamzah.

Mereka bersalaman dengan para jemaah yang lain pula termasuk imam masjid. Mereka semua melangkah keluar dari masjid. Syed Hamzah mencari-cari Arif Hakimi.

"Eh, mana pula dia ni!? Aduh, takkan terlepas lagi!?" kata Syed Hamzah.

Seseorang memegang bahu Syed Hamzah dari belakang.  Syed Hamzah terus membuka langkah serangan sidekick. Sayangnya, Danial Nabil sempat menahan serangan itu.

"Eh, tuan!" kata Syed Hamzah terkejut. "Bila sampai?"

"Lama dah saya sampai. Ada jumpa suspek?" balas Danial Nabil dingin.

"Tadi, ada. Siap solat jemaah lagi."

"Kau biar betul. Belum pernah dengar penjenayah solat dengan polis sebelum ni."

"Betul! Tuan ke mana tadi?"

"Cari kau lah! Apa lagi?"

"Takkanlah tuan tak nampak kami berlawan depan masjid tadi? Jelas dan nyata lagi."

"Saya mana nak nampak sebab kau pakai baju hitam. Suspek pun baju hitam. Memang tak nampaklah. Dahlah lampu tak nyala."

Syed Hamzah mengeluh. "Yalah. Dia dah terlepas nampaknya. Kena buat sekatan jalan juga malam ni."

Dua anggota polis itu beredar dari situ. Arif Hakimi masih lagi di kawasan Masjid Zahir, sekadar memerhati mereka berdua.

"Sejahat-jahat aku pun, aku tak boleh tinggalkan solat," monolog Arif Hakimi.

#vote

Ustazah KpopWhere stories live. Discover now