BAB 4-SENI CINTA

450 17 0
                                    

NURUL Fadzelin melangkah masuk ke dalam kelasnya seraya membawa alatan untuk Pendidikan Seni Visual. Syarifah Izzati membantunya membawa sebahagian alatan itu.

"Bangun!" arah Tengku Razak selaku ketua kelas.

Semua murid berdiri.

"Selamat pagi, cikgu!" ucap Tengku Razak, diikuti dengan pelajar lain.

"Selamat pagi!" balas Nurul Fadzelin, ceria. "Duduk! Duduk!"

Semua murid duduk di tempat duduk masing-masing. Syarifah Izzati kembali ke tempat duduk.

"Terima kasih, Syarifah!" ucap Nurul Fadzelin.

"Sama-sama," balas Syarifah Izzati mengukirkan senyuman lalu melabuhkan punggung di sebelah adiknya.

"Kau memang tak boleh simpan perangai baik kau ke tu?" kata Syed Hamzah, perlahan dan dingin.

"Alah, salahkah nak buat baik!?" balas si kakak, angkuh.

Syed Hamzah menggulingkan matanya. "Whatever."

"Murid-murid, hari ni, kita akan lukis pemandangan. Jadi, semua diminta ambil kertas A3 dekat depan ni," kata Nurul Fadzelin, lembut lagi ayu.

Pelajar di dalam kelas itu terus bergerak ke depan lalu mengambil sehelai kereta A3 setiap seorang. Mereka kembali ke tempat duduk.

"Semua bawa tak barang yang cikgu pesan?" kata Nurul Fadzelin.

"Bawa," balas sebahagian pelajar kelas itu.

"Bagus, semua bawa telefon, tak?"

Krik! Krik! Memang sahlah tiada siapa hendak mengaku memandangkan peraturan sekolah ada tertulis, 'Dilarang membawa telefon ke sekolah!'.

"Err…" Nurul Fadzelin menjadi kekok seketika, mengurut belakang lehernya.

"Cikgu, kenapa tanya soalan yang begitu bod…" kata Syed Hamzah, dingin.

Pantas, Syarifah Izzati menutup mulut adiknya. Pandangan tajam ke mata Syed Hamzah itu melemaskan jiwa si adik itu.

"Jaga sikit adab kau tu!" pesan Syarifah Izzati dengan aura mengerikan.

Syed Hamzah mengangguk. Syarifah Izzati melepaskan tangannya dari mulut adiknya. Dia kembali berwajah ceria, terus memandang Nurul Fadzelin.

"Saya bawa!" kata Syarifah Izzati, jujur lalu mengeluarkan telefon Samsung Galaxy Note 4 miliknya.

Syed Hamzah menampar dahinya. "Apasal kau jujur sangat ni!?"

⭐⭐⭐

KERTAS-kertas A3 yang sudah siap dilukis dibawa masuk ke dalam bilik guru lalu diletakkan di atas meja Nurul Fadzelin.

"Minta maaf, ustazah… eh, cikgu! Minta maaf ya pasal adik saya tadi. Dia hampir-hampir mencarut pula tadi," kata Syarifah Izzati tertunduk malu.

"Eh, tak apa! Dah salah cikgu tanya soalan cenggitu tadi," kata Nurul Fadzelin tersengih. "Nanti, kelas kamu subjek apa!"

"Sains," jawab Syarifah Izzati, ringkas. "Cikgu Malik."

"Oh, Cikgu Malik tak datang hari ni, tapi akan ada cikgu ganti. Padahal, cikgu ganti bukannya nak mengajar pun."

Syarifah Izzati mengangguk. "Cikgu tengah free ke sekarang ni?"

"Ha'ah! Cikgu nak semak lukisan ni. Lepas tu, kena semak buku PI (Pendidikan Islam) kamu semua tu lagi."

"Ah, tak apa! Memandangkan cikgu Sains tak datang dan cikgu pula tengah free, apa kata saya tolong ustazah." Syarifah Izzati mengukirkan senyuman ikhlas.

"Eh, tak apakah!?"

"Tak apa. Saya ikhlas ni."

Dari rumah mereka berjiran, Nurul Fadzelin dapat mengagak Syarifah Izzati memang baik orangnya. "Okey, tolong ustazah semak buku latihan PI tu!"

"Baik, cikgu… eh, ustazah! Haha! Nak panggil mana satu ni?" Syarifah Izzati kelihatan ceria biarpun mulutnya kelat hendak menyebut nama panggilan.

"Haha… panggil jelah mana-mana pun!"

"Okey, saya panggil ustazah eh!" Syarifah Izzati mengambil buku latihan milik kawan-kawannya.

⭐⭐⭐

MASA berlalu pantas. Kelibat Syarifah Izzati tidak kelihatan langsung. Syed Hamzah kebingungan dengan ketiadaan kakaknya.

"Haih, dia ni hantar lukisan ke semak lukisan? Yang cikgu Sains ni bila nak masuk ni?" kata Syed Hamzah, hairan.

Para pelajar sudah berada di makmal sains.

"Err… Sekarang ni, masa Cikgu Malik ke?" kata seorang guru wanita yang muncul makmal itu.

"Ya, cikgu!" balas seorang murid di baris hadapan.

"Oh, dia tak ada hari ni! Kamu semua boleh balik kelas," pinta guru itu lagi.

Apa lagi? Seronoklah satu kelas tak ada cikgu yang mengajar. Apatah lagi, subjek Sains yang paling dibenci satu kelas itu.

Mereka melangkah keluar dari makmal Sains itu, terus meluru ke kelas dengan keadaan riang gembira. Bukan selalu dapat kegembiraan sementara ini. Syed Hamzah pula masih kehairanan dengan ketiadaan kakaknya dari tadi.

"Hamzah," panggil seseorang dari belakang.

Syed Hamzah menoleh ke belakang. "Apa dia?"

"Kembar kau mana?" kata Hafiz Rashid kehairanan.

"Kenapa tanya? Aku dari tadi tak tahu dia hilang entah ke mana."

"Tanya je."

Mereka melangkah keluar dari makmal Sains itu bersama-sama.

⭐⭐⭐

BUKU latihan ditutup. Selesai juga semak buku, sudah macam cikgu pula Syarifah Izzati ni.

"Ustazah, dah siap!" kata Syarifah Izzati kepada Nurul Fadzelin yang duduk di sebelahnya.

"Dah siap! Alhamdulillah! Terima kasih ya, Syarifah!" ucap Nurul Fadzelin bersyukur.

"Sama-sama."

Mereka berdiam sejenak.

"Err… ustazah!" kata Syarifah Izzati ragu-ragu.

"Ya, nak duit ke?" kata Nurul Fadzelin.

Terkejut sakan Syarifah Izzati dibuatnya. "Eh, tak! Tak! Tak! Tak! Tak! Ke situ pula. Syarifah nak tanya ni."

"Apa dia?"

"Kenapa ustazah ajar dua subjek?"

"Oh, tanya tu ke? Kalau Syarifah nak tahu, ustazah suka melukis. Sebab, melukis macam bercinta. Kena teliti, tekun, bersungguh-sungguh. Dan yang paling penting, kena sabar. Barulah lukisan cinta tu terhasil dengan penuh kasih sayang."

"Auchh!"

"Kenapa ni? Sakitkah?

" Eh, tak! Ayat-ayat puitis ustazah tu telah menyentuh kalbuku," ucap Syarifah Izzati, manja.

"Auchh!! Syarifah ni nakal juga, kan?"

"Well. That's me."

Pecah tawa mereka berdua yang rancak berborak.

"Okey, ustazah! Saya balik kelas dulu ya!" kata Syarifah Izzati meminta diri.

"Okey," balas Nurul Fadzelin, ceria.

Syarifah Izzati bersalaman dengan Nurul Fadzelin sebelum membuka langkah beredar. Dia berjalan keluar dari bilik guru itu. Nurul Fadzelin beruntung kerana ada juga muridnya yang begitu baik sedemikian rupa. Dia memandang mejanya semula lalu terlihat sepucuk surat di atas meja. Sudah lama surat itu tidak disentuh. Surat itu bukannya surat cinta, surat layang apatah lagi. Cuma, surat tawaran untuk ke politeknik. Fikiran Nurul Fadzelin masih keliru untuk memikirkan hal ini.

#vote

Ustazah KpopWhere stories live. Discover now