⚫ PROLOG ⚫

6.2K 310 20
                                    

Bunyi tapak kaki yang mendekati Adudu menyebabkan Adudu seram sejuk. Probe pula sudah bersembunyi di belakang Adudu. Seram. Dengan badan yang sebesar gajah dan tegap membuatkan sesiapa sahaja gerun dengannya.

Pemilik kepada tapak kaki itu berhenti tepat di hadapan Adudu yang pendek itu. Disebabkan topeng muka yang dipakai, mereka berdua tidak dapat melihatnya. Dia yang berbadan tegap itu memandang tajam ke arah Adudu dan Probe.

Air liur ditelan kesat. Peluh mula membasahi muka manakala tangan menjadi dingin walaupun mereka berdua bukan berada di tempat yang panas mahupun sejuk.

"Dengan syarat, korang perlu laksanakan tugas aku.." ujar orang yang berbadan tegap itu. Garau dan dingin sahaja suaranya. Dengan melihat sahaja kita dah gerun, apatah lagi mendengar suaranya.

Badan Adudu sedikit menggeletar, begitu juga dengan Probe. "Tu.. tugas ape tu?"

Disebalik topengnya, dia tersenyum penuh makna. "Kau perlu gunakan senjata baru aku untuk tugas ini.. Tugas kau ialah kau perlu gunakan senjata aku untuk seksa budak bernama Boboiboy tu.."

Adudu sedikit tersentak. Boboiboy? Dia dah lama tak cari pasal dengan Boboiboy sejak dia sibuk membina senjata untuk mengesan sfera kuasa. Adudu dan Probe menunduk hormat. "Baik.. Akan saya laksanakan tugas itu.."

Seraya itu, mereka berdua melangkah keluar dari tempat yang kejam itu. Probe memandang ke arah Adudu yang termenung. "Incik Boss termenungkan apa?"

Adudu mengeluh. "Aku tak tahu nak buat apa sekarang.. Kalau aku tak ikut apa yang dia minta, mama aku akan diseksa.. Tapi, dalam masa yang sama, aku tak nak orang lain terlibat.."

Probe memandang sayu ke arah Incik Bossnya itu. Susah senang, mereka sentiasa bersama. "Jadi, macam mana ni?"

Adudu menghela nafas panjang. "Aku takde pilihan lain.. Aku kena buat tugasan tu demi mama aku.."

Probe mengangguk faham. Dia tahu apa yang Incik Bossnya lakukan.










Okey, tu jelah untuk permulaan cerita ni. Harap korang berpuas hati, tapi rasanya tak sebab tak faham. 😂 Apepun, teruskan membaca cerita ni. ^^

BOBOIBOY: THE POWER OF ELEMENTWhere stories live. Discover now