💎 [12] Dibuli

2.6K 244 96
                                    

"Err, korang siapa?" soal Taufan berani. Walaupun takut, tapi dia tetap gagahkan diri untuk menyoal.

Orang yang bertanyakan kepada Taufan tersenyum sinis. "Kitorang yang terkenal ni kauorang tak kenal? Mika, kau kenalkan kumpulan kita.."

Budak bernama Mika tampil ke hadapan bersama kerusi rodanya. "Kitorang lah kumpulan RAMR yang diketuai oleh Rudy.."

Taufan dan Thorn yang mendengar mengerutkan dahi. RAMR? Tak pernah dengar pun. Mereka berpandangan sesama sendiri sebelum menoleh ke arah mereka berempat.

"Jadi?" soal mereka berdua. Lurus bendul betul lah mereka ni. 😂

Orang yang mengarah Mika atau lebih dikenali sebagai Rudy berdengus. "Boleh kau tanya macam tu? Hah, ape yang korang merungut tadi?"

Serta-merta, Taufan dan Thorn menelan air liur lalu mereka berpandangan. Setelah itu mereka mengangguk sebelum menoleh semula ke arah Rudy. "Err, takde apelah.. Kan Taufan?" soal Thorn.

"Betul.. Kitorang cuma....nak lari!" Tanpa disangka, Taufan dan Thorn mula melarikan diri dengan laju.

Rudy dan kumpulannya yang melihat terkejut. "Kejar mereka!" Tanpa membantah, mereka segera mengejar langkah Taufan dan Thorn.

~~~

"Nyamannya.." Halilintar sedang menghirup udara yang segar sambil tangan menyeluk poket seluarnya. Macho gitu. 😂🤣

"Kitorang takde buat apelah!" Jeritan seseorang telah mengganggu ketenangan Halilintar. Halilintar yang berasa diganggu segera menoleh mencari punca suara itu.

Kelihatan Taufan sedang menaiki hoverboard sementara Thorn berada di belakangnya sambil memegang bahu Taufan. Halilintar kemudian menoleh pula ke arah gerangan yang mengejar mereka.

"Jangan lari! Berani korang kutuk kitorang tadi!" Kelihatan Rudy menumpang kerusi yang diduduki oleh Mika manakala dua orang lagi menaiki scooter.

Dan tidak sangka, Taufan dan Thorn terlanggar sebuah pokok ketika mereka cuba mengelak daripada bertembung dengan sebuah kereta yang laju meluncur dari arah bertentangan. Halilintar yang melihat terkejut. Dia cuba mendekati mereka namun, masih tidak dapat dilihat oleh sesiapa kerana dia bersembunyi di sebalik semak.

"Aduh..." Taufan dan Thorn mengaduh kesakitan. "Thorn! Turunlah! Sakit badan aku!" rungut Taufan apabila dia perasan yang Thorn berada di atas badannya. Patutlah berat semacam.

"Sabarlah!" Thorn cuba berdiri dan berjaya. Namun, baru sahaja dia berdiri, bunyi tembakan kedengaran.

BANG

Taufan yang melihat terkejut. "Pusaran angin!" Dengan kuasanya, dia dapat menerbalikkan serangan itu ke arah yang lain. Thorn yang baru sedar terkaku. Dia kemudian menoleh ke arah gerangan yang ingin menembaknya tadi.

"Tembakan yang bagus Roza.." puji Rudy sambil berpeluk tubuh di hadapan Taufan dan Thorn.

Budak bernama Roza meniup gula-gula getah yang sentiasa dimakannya lalu diletupkannya.

Thorn yang berdiri segera mendekati Taufan sebaik sahaja Taufan berdiri.

"Okey, kitorang minta maaf kalau kitorang ada terguris hati korang.. Jadi, tolong jangan apa-apakan kami.." ucap Taufan. Dia cakap macam tu, bukan tanda dia takut, tapi, dia malas nak berlawan dan dia risau kalau Thorn cedera.

"Haha! Boleh je kitorang maafkan, tapi ada syarat.. Kan Ali?" soal Rudy kepada budak bernama Ali.

Ali hanya mengangguk tanda mengiyakannya. "Kalau korang nak dimaafkan, korang patut ikut syarat kitorang.."

BOBOIBOY: THE POWER OF ELEMENTWhere stories live. Discover now