💎 [7] Terjumpa Dengan Solar

2.7K 249 33
                                    

Pada pagi yang cerah, kelihatan Cikgu Papa sedang berjalan di bawah panas terik. Tiba-tiba sahaja dia terserempak dengan anak murid kesayangannya.

"Eh, Boboiboy Halilintar? Kenapa kamu bertukar ni?" soal Cikgu Papa yang kebetulan berada di pasar untuk membeli barang yang disuruh oleh isteri tersayang. 😂

Halilintar hanya menunjukkan muka ekspresi dingin. Dia sendiri tidak kenal siapa diri dia, apatah lagi pak cik itu. Dia meneruskan langkahnya untuk menuju ke destinasi yang diingini.

Cikgu Papa pula sudah menggaru kepalanya yang tidak gatal sebaik sahaja Halilintar melangkah pergi. "Sakit ke budak tu?"

"Cikgu!" Suara seseorang membuatkan Cikgu Papa menoleh. "Eh?? Fang? Gopal? Apa kamu buat kat sini?"

"Huh huh.." Tercungap-cungap Fang dan Gopal untuk mengatur semula pernafasan mereka. "Cikgu...cikgu nampak tak Boboiboy?" soal Fang dengan termengah-mengah.

"Boboiboy? Oh! Ada ada.. Dia pergi ke arah sana.. Tapi entah kenapalah dia pergi tukar jadi kuasa petir dia tu.. Ada alien yang buat kacau agaknya.." ujar Cikgu Papa.

"Oh ye ke.. Terima kasih cikgu.. Jom Gopal.." Fang meneruskan lariannya, diikuti oleh Gopal dari belakang.

Berkerut dahi Cikgu Papa melihat mereka berdua lalu mengangkat bahu tanda tidak mahu masuk campur urusan mereka. Cikgu Papa kemudian menyambung semula membeli barang.

~~~

"Yeay! Sarapan!" sorak Thorn ceria.

Gempa pula sudah tergeleng-geleng melihat kelakuan Thorn. Thorn mengambil tempat duduk di sebelah Gempa. Taufan dan Ais duduk bersebelahan dan berhadapan dengan Gempa dan Thorn.

"Wahh.. Kau ke masak Gempa?" soal Taufan dengan mata yang bersinar.

"Eh mestilah.. Aku ni dah boleh jadi chef tau.." ujar Gempa bangga. Ceh, sempat lagi puji diri. 😂

Tergelak Taufan, Ais dan Thorn mendengar jawapan daripada Gempa.

"Ehem"

Jantung mereka berempat seakan bergoncang lebih kencang. Perlahan-lahan mereka menoleh ke arah gerangan yang berdehem itu. Badan Taufan mula menggeletar apabila terlihat Tok Aba di belakang mereka.

Mata Tok Aba dikecilkan sambil memandang ke arah mereka semua. Mereka berempat mula berpeluh dan menelan air liur dengan pahitnya, jap, ape yang Author merepek ni? 😂

"Eh, atok.. Marilah sarapan dengan kitorang.." ajak Gempa untuk menghilangkan rasa janggal dan takut.

Mata Tok Aba menjadi normal semula. "Takpelah.. Atok dah makan tadi.."

"Ohh, okey.." balas Gempa sambil memandang ke arah Taufan, Ais dan Thorn.

"Sekejap, sampai bila korang nak berpecah ni? Dan sejak bila ada Taufan kat sini? Kembar kamu yang lain mane?" soal Tok Aba bertubi-tubi seperti das tembakan yang menepat pada hati mereka berempat.

Gempa menggetap bibirnya. Dia tak nak rahsia ni terbongkar dengan Tok Aba sebab nanti Tok Aba risau. "Erm... Biarlah kitorang luangkan masa lebih lama.. Asalkan kitorang tak berjauhan, kitorang takkan hilang ingatan punya.."

"Hmm..." Tok Aba merenung mata milik Gempa dalam-dalam, cuba mencari kebenaran di sebalik kata-kata yang diungkapnya sebentar tadi. Tok Aba tahu yang Gempa tak pernah menipu dan kata-kata Gempa tadi memang betul.

Taufan, Ais dan Thorn hanya mendiamkan diri terutama Taufan sebab dia masih kekok dan tak tahu nak berlakon macam mana. Tapi dia akan sedaya upaya untuk elakkan rahsia mereka daripada bocor.

BOBOIBOY: THE POWER OF ELEMENTWhere stories live. Discover now