💎 [20] Lelaki Tua, Sweedex

2.5K 194 32
                                    

Cahaya matahari yang menerobos masuk ke dalam retina mata Gempa membuatkan Gempa terpisat-pisat membuka matanya. Dia perlahan-lahan membuka matanya lalu ditenyeh beberapa kali sebelum pandangannya jatuh kepada kembar-kembarnya.

Dia tersenyum lalu mendekati mereka untuk mengejutkan mereka. Beberapa saat kemudian, Taufan, Blaze, Ais, Thorn dan Solar terjaga dari mimpi yang indah.

"Hah? Dah pukul berapa ni.." soal Thorn sambil menggosok matanya. Pandangannya yang kabur menjadi biasa seperti sedia kala.

"Dah pukul 7.30 pagi.. Lebih baik korang mandi dan bersiap.. Lepastu kita makan.." jawab Gempa sambil tersenyum. Dalam hati dia tergelak melihat wajah mereka semua yang mamai itu.

Mereka semua mengangguk lalu mereka bergilir-gilir masuk ke dalam bilik air yang sedia ada dalam bilik itu.

Setelah 10 minit selesai, mereka semua turun ke tingkat bawah lalu menuju ke ruang dapur. Dilihat Gempa sedang menyediakan hidangan di atas meja.

"Gempa, Tok Aba mane?" soal Ais dengan kerutan pada dahinya sebelum melabuhkan punggung di sebelah kanan Solar.

"Oh, atok terpaksa tinggal di rumah kawan atok dekat pekan.. Kawan atok ada masalah dalam perniagaan.. Jadi, atok sebagai usahawan dalam perniagaan koko bantu kawan atok.." balas Gempa sambil melabuhkan punggung di kerusi yang berada di sebelah kiri Taufan.

Taufan, Blaze, Ais, Thorn dan Solar yang mendengar hanya terangguk-angguk. "Jom makan!" ujar Solar teruja memandangkan dia tengah lapar. Perut dah berbunyi rock kerana perlu diisi.

Belum sempat Solar mencapai lauk, tangannya cepat ditepis oleh Gempa. Solar mencebik tanda tidak berpuas hati. "Ape ni? Aku laparlah.."

Gempa tertawa kecil. "Belum lagi.. Kita kena tunggu tetamu kita dulu.."

"Tetamu??" Mereka berlima mengerutkan dahi.

Gempa mengangguk. "Kau dah boleh keluar sekarang.."

Seraya itu, seseorang yang amat dikenali oleh mereka melangkah masuk ke ruang dapur itu dengan tangan menggosok leher tanda kekok dan perasaan bersalah menyelubungi dirinya. Dia tersengih kelat.

Blaze, Ais, Thorn dan Solar tersentak tatkala melihat susuk tubuh Halilintar berada di hadapan mereka. Pantas sahaja mereka bersembunyi di belakang Gempa dengan perasaan ragu-ragu terhadap Halilintar.

Gempa menggeleng kepala. "Jangan risau.. Dia takkan apa-apakan korang.. Lagipun, dia dah jadi normal.."

Halilintar menjeling tajam ke arah Gempa. "Jadi kau ingat aku selama ni OKU lah?"

Gempa menjongketkan keningnya. "Aku tak cakap macam tu.."

Halilintar memutarkan bola matanya. Haha, dia terkena dengan balasan Gempa. 😂

"Sejak bila kau ada kat sini?" soal Taufan sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Halilintar tersenyum senget. "Semalam.. Tapi aku takut korang terkejut nampak aku sampai pengsan.."

Blaze, Ais, Thorn dan Solar mencebik. "Takdelah sampai pengsan.." ujar Ais tidak berpuas hati. Thorn dan Solar mengangguk setuju.

Halilintar tergelak. "Haha, takdelah.. Dah, jom makan.. Aku pun lapar ni.."

Halilintar melabuhkan punggung di sebelah kanan Taufan. Mereka bertujuh akhirnya menjamu selera mereka bersama.

~~~

Bunyi siren di penjara Alevia bergema menandakan ada banduan terlepas. Hampir panik kesemua pengawal yang bertugas di situ.

"Cepat! Kejar dia! Jangan bagi dia terlepas!" Kesemua pengawal berpusu-pusu mengejar banduan yang terlepas itu. Pedang elok tersisip di tepi poket seluar mereka. Mereka laju mengejar lelaki tua itu, namun lelaki tua itu lebih laju daripada mereka semua.

Lelaki tua yakni banduan yang terlepas itu berlari sekuat hatinya untuk melepaskan diri daripada ditangkap oleh pengawal-pengawal tersebut. Dia tercungap-cungap ketika tiba di suatu lorong gelap.

Dia segera menyelusuri lorong gelap itu demi melarikan diri. Mujur sahaja dia dibantu oleh salah seorang yang berpihak kepadanya yang menyamar menjadi pengawal di situ. Alhasilnya, dia berjaya keluar kerana pengawal itu sendiri yang membukakan pintu untuknya.

Peluh yang mengalir pada dahi dikesat kasar menggunakan belakang telapak tangannya. Lelaki tua itu memandang ke arah atas. Kelihatan ada sebuah pintu yang hanya memuatkan seorang sahaja. Dia segera memanjat tali yang kelihatan seperti tangga lalu melepaskan diri melalui pintu itu. Sebelum beredar dia menutup pintu itu.

Pengawal-pengawal yang tiba di lorong gelap itu mulakan pencarian, namun hampa. Mereka tidak dapat menemui lelaki tua itu. Masak mereka nanti oleh Mr. X. Apapun, mereka perlu laporkan kejadian ini kepada Mr. X dengan segera sebelum tuan mereka mengamuk besar.

Lelaki tua yang berjaya melepaskan diri segera bergerak menuju ke destinasinya iaitu TAPOPS. Dia perlu beritahu sesuatu yang penting dan sulit kepada Komander Kokoci yakni sahabat lamanya.

Dia kemudian bersiul lalu muncul sebuah kapal angkasa yang tampak mewah dan besar di hadapannya. Dia kemudian melangkah masuk ke dalam kapal angkasa itu lalu meluncur laju meninggalkan tempat itu.

~~~

Kini, kesemua Boboiboy berkumpul di ruang tamu rumah. Ochobot turut ada di situ.

Gempa memandang arah Ochobot. "Jadi Ochobot, macam mana nak pulihkan ingatan diorang? Aku dah kumpulkan diorang.."

Ochobot memandang ke arah mereka semua. "Korang perlu jumpa Komander Kokoci.. Masih ingat?"

Gempa dan Halilintar sahaja mengangguk. Mereka yang lain pula menggeleng tanda tidak tahu.

"Kenapa?" soal Ais meskipun dia tidak kenal dan ingat.

"Dia ada cara nak pulihkan ingatan korang.. Jadi, rasanya elok korang pergi jumpa dia.." ujar Ochobot.

"Tapi, macam mana nak jumpa dia?" soal Thorn dengan kerutan pada dahinya.

"Jangan risau.. Aku dah minta tolong dengan Fang untuk hantarkan korang ke TAPOPS.." Kata-kata yang dilontarkan oleh Ochobot mendapat anggukan daripada ketujuh-tujuh Boboiboy itu.

"Bila bertolak?" soal Taufan.

"Hari ni atau esok.. Tengoklah kalau dia ada masa.. Biasalah, kadang abang dia ajak pergi buat misi.. Cuma, korang perlu persiapkan diri.." ujar Ochobot.

"Hmm, tapi kan, siapa yang buatkan kita hilang ingatan? Dia alien ke..manusia ke..?" Solar mengeluh.

Gempa, Halilintar, Taufan, Blaze, Ais dan Thorn turut tertanya-tanya. Siapakah dalang di sebalik punca mereka hilang ingatan?

"Lambat-laun, korang akan tahu nanti.." balas Ochobot.

~~~

"Mop mop!!" (Komander!) Komander Kokoci yang sedang termenung disergah oleh anak buahnya. Dia menoleh. "Kenapa?"

"Mop mop! Mop mop mop! Mop mop mop mop!" ujar alien itu. (Ada seorang lelaki tua misteri datang sini!)

Komander Kokoci mengerutkan dahinya. "Lelaki tua??.." Dia kemudian bangkit lalu menuju ke tempat pendaratan kapal angkasa. Dia tersentak melihat seorang lelaki tua datang dengan menggunakan kapal angkasa yang agak mewah tetapi bajunya lusuh seperti banduan di penjara.

"Mop mop mop!!" arah alien yang bertugas di situ. (Dilarang masuk!)

Lelaki tua itu mendengus. Matanya tiba-tiba tertancap ke arah Komander Kokoci. "Komander!! Komander Kokoci! Masih ingat saya?!"

Komander Kokoci sedikit terkilan. Pernah kah dia berjumpa dengan lelaki itu?

Lelaki tua itu mengeluh. "Ni saya! Sweedex!"

Mata Komander Kokoci membuntang sebaik sahaja mendengar nama lelaki tua itu. Rasanya dia pernah dengar nama itu.










Hai semua. Rindu??😂 Maaf Author lambat update cerita ni. Author perlukan mood untuk update cerita ni.

Author ingatkan nak update esok, tapi takpelah. Author update malam ni😂

BOBOIBOY: THE POWER OF ELEMENTWhere stories live. Discover now