💎 [4] Thorn & Solar

2.9K 259 56
                                    

Ais sedang duduk di sebuah pokok yang rendang. Dia menghirup angin yang segar. Tiba-tiba sahaja, api yang marak muncul di hadapannya. Ais berdiri dan cuak. Ape patut aku buat ni? Habislah..

Ais memejam matanya rapat, seolah-olah menerima sahaja apa yang terjadi pada dirinya. Namun, apa yang dia dapat, seseorang menarik tangannya menjauhi tempat itu.

Ais mengerutkan dahinya lalu perlahan-lahan membuka matanya. Dia terkejut. Gerangan yang menarik tangannya sama seperti dirinya. Bezanya gerangan itu kelihatan bercahaya.

"Kau siapa?"

Gerangan itu tersenyum tenang.

"Aku ialah kau"

Berkerut dahi Ais.

"Macam mana pulak kau ialah aku?"

"Sebab aku ialah memori kau yang hilang"

"Hah? Kiranya, aku hilang ingatan?"

Gerangan itu mengangguk setuju. Akhirnya, dia berhenti berjalan, begitu juga dengan Ais. Gerangan itu menghadap ke arah Ais.

"Kau nak dapatkan memori kau?"

Ais tersenyum lebar lalu mengangguk.

"Kalau nak, kau kena usaha"

Terkebil-kebil Ais memandang gerangan itu.

"Macam mana?"

Gerangan itu tersenyum nipis.

"Yang tu, kau boleh fikir sendiri"

Lama-kelamaan, cahaya pada gerangan itu mula menghilang.

"Kejap! Kau belum jawab soalan aku!" Ais cuba mencapai tangan gerangan itu namun, gerangan itu sudah hilang dari pandangannya.

~~~

Ais tersedar dari mimpi yang dikatakan aneh olehnya. Dia memegang dahinya. Tak panas jadi dia tak demam tapi, kenapa dia boleh dapat mimpi sebegitu? Berjumpa dengan diri kita sendiri?

Pintu dibuka lalu Gempa melangkah masuk ke dalam bilik itu. Dia menutup pintu itu dan mendekati Ais. Ais hanya memandang. Gempa yang mengangkat dulang, meletakkannya di sebelah Ais. "Makanlah.. Aku tahu kau lapar.."

Ais memandang lama makanan yang disediakan oleh Gempa. "Siapa nama aku?"

Gempa memandang ke arah Ais. "Ais.. Boboiboy Ais.."

Ais mengangguk lalu mencapai mangkuk yang berisi bubur ayam. Dia kemudian menyuap sesudu bubur ke dalam mulutnya. Dia tersenyum. Macam pernah rasa je bubur ni. "Sedapnye.. Siapa masak?"

Gempa tersenyum. "Akulah siapa lagi.."

Ais yang mendengar hanya mengangguk lalu meneruskan menjamah makanannya. Sungguh, walaupun makanan yang dimakannya hanya bubur, namun, kelazatannya membuatkan selera Ais semakin bertambah.

10 minit menghabiskan bubur, dia memandang Gempa dengan mata yang dibulatkan. "Erm.. Aku nak tambah boleh?"

Gempa tergelak kecil. Dah lama rasanya dia tak nampak kembarnya buat mata macam tu kecuali Thorn sebab mata dia asli. "Boleh je.. Kejap, aku pergi dapur dulu.."

BOBOIBOY: THE POWER OF ELEMENTWhere stories live. Discover now