💎 [8] Kapten Kaizo vs Mr. X

2.7K 240 62
                                    

"Huwaa!!" Probe menguap sebaik sahaja terjaga daripada tidurnya apabila dia terdengar bunyi alatan terjatuh.

Probe dengan keadaan mamai mendekati Adudu yang sibuk membina sesuatu. "Incik Boss buat ape tu?"

Akibat terkejut, Adudu terhantuk pada binaannya sendiri memandangkan dia berada di bawah binaannya itu. "Aduh!"

"Eh, Incik Boss!" Probe segera mendekati Adudu dengan perasaan risau. "Incik Boss okey?"

"Ish, kau ni! Kalau ye pun, bagilah salam!" Adudu mengusap kepalanya yang sakit itu.

Probe memandang pelik ke arah Adudu. "Beri salam? Bukan Incik Boss alien ke? Alien mane ade salam.."

Krik krik~ Krik krik~

"Eh, err.. Dahlah! Hah, yang kau tegur aku apesal?" soal Adudu cuba menukar topik. 😂

Probe menjeling ke arah Adudu. "Tukar topik je Incik Boss ni.. Hah, ape yang Incik Boss buat? Dah pukul 2 pagi ni.."

"Oh, pasal tu.. Nanti aku bagitahu bila ciptaan aku dah siap.." Adudu merenung ke arah binaannya yang separuh itu.

~~~

"Hah?!" Akibat terkejut, Gempa tidak dapat mengelak serangan itu. "Argh!"

Gempa terdorong ke belakang akibat serangan lelaki itu. Dia sedaya upaya cuba bangun walaupun tubuhnya lemah sekarang ini.

"Kau budak.. Tak setanding dengan aku.." Lelaki itu menuju ke arah Gempa sambil tersenyum sinis.

Gempa perlahan-lahan mengangkat mukanya. "Tapi, aku takkan berputus asa! Tumbukan tanah!"

Bertubi-tubi Gempa menyerang lelaki itu dan lelaki itu berkali-kali mengelak serangan Gempa dengan pantas.

"Hahaha! Semua serangan kau lemah!" Lelaki itu tersenyum sinis seraya menuju ke arah Gempa dengan pantas.

"Hah?!"

BOOM

Gempa yang memejamkan matanya, perlahan-lahan membuka matanya. Dia terkejut tatkala melihat susuk tubuh Kapten Kaizo berada di hadapannya.

Kapten Kaizo menggunakan pedangnya untuk menghalang tumbukan lelaki itu. "Kau rupanya..."

Lelaki itu tersenyum sinis apabila mendapat tahu bahawa Kapten Kaizo masih mengenalinya. "Aku ingatkan kau dah lupa aku.." Lelaki itu mengundurkan dirinya.

Kapten Kaizo menoleh ke arah Gempa. "Kau okey?"

Gempa mengangguk. Kapten Kaizo memandang semula ke arah lelaki itu. "Kau pergi dari sini.. Biar aku uruskan dia.."

"Okey.." Gempa segera menuju ke arah adik-adiknya.

"Boboiboy!"

Gempa menoleh. Fang, Gopal, Yaya dan Ying sedang menuju ke arahnya. "Korang!"

"Kau okey tak?!" soal Gopal risau.

"Aku okey.. Tapi..." Gempa memandang ke arah Taufan, Ais, Thorn dan Solar.

"Takpe.. Biar kitorang bantu kau.." ujar Fang.

Gempa hanya mengangguk tanda setuju.

~~~

"Aku ingatkan, kau dah lupa aku.." Lelaki itu tersenyum sinis ke arah Kapten Kaizo.

Kapten Kaizo masih dalam keadaan tenang. "Kau kan penjenayah yang dikehendaki.. Mr. X"

Mr. X tersenyum sinis yang entah ke berapa kali dia buat. "Jadi, apa kaitan budak tu dengan kau? Seingat aku, kau cuma ada sorang je adik"

Kapten Kaizo mengangkat kening. "Dia kawan adik aku.. Kiranya, dia pun kawan aku jugak kan?"

BOBOIBOY: THE POWER OF ELEMENTWhere stories live. Discover now