💎 [14] Motif

2.4K 211 29
                                    

"Gempa!" Taufan dan Thorn segera mendapatkan Gempa lalu memeluknya.

Gempa yang tidak tahu apa-apa hanya membalas pelukan mereka. "Korang okey?"

Taufan dan Thorn meleraikan pelukan lalu mengangguk. "Kitorang...kena buli tadi.." ujar Thorn perlahan namun masih dapat didengari oleh Gempa.

"Lambat" Suara Halilintar dari belakang membuatkan Gempa, Taufan dan Thorn menoleh.

"Halilintar? Kau ke tu?" soal Gempa sambil memandang tidak percaya.

Halilintar menjongketkan kening kirinya. "Macam mana kau tahu nama aku?"

"Sebab kita ni Boboiboy.." jawab Gempa.

Halilintar berpeluk tubuh. "Kalau kau datang awal, mungkin Taufan takkan buat perkara yang membahayakan banyak nyawa.."

"Maksud kau?" soal Gempa sambil mengerutkan dahinya.

Halilintar menghela nafas. "Kalau kau nak tahu, dia hampir tak dapat dikawal.."

Membulat mata Gempa lalu dia memandang ke arah Taufan yang kelihatan bingung. "Betul ke Taufan?!"

Mata Taufan terkelip-kelip mendengar soalan Gempa. "Ye kot... Aku tak ingat sangat.." Taufan menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.

Gempa mengeluh. "Haih.." Gempa mengusap kepala Taufan yang dibaluti topi itu. "Aku minta maaf sebab tak dapat hentikan kau tadi.. Semua ni salah aku.."

Taufan tiba-tiba tersenyum. "Taklah.. Semua ni salah aku.. Kalau aku kawal, semua benda ni takkan jadi lah.."

Halilintar yang hendak beredar, tiba-tiba sahaja ditahan oleh Ais dan Solar. "Kau nak pergi mana?" soal Ais sambil berpeluk tubuh.

Halilintar memandang dingin ke arah mereka berdua. "Aku nak balik.. Ada masalah?"

Ais dan Solar memandang antara satu sama lain sebelum menoleh ke arah Halilintar. "Kau...ada rumah?" soal Solar.

Halilintar memandang pelik ke arah Solar. Ape jenis soalan dia tanya ni? "Mestilah ada.. Dah, aku nak balik.."

Baru sahaja dia melintasi Ais, Ais sempat menahan lengan Halilintar membuatkan langkah Halilintar terhenti. "Kejap"

Halilintar memandang tajam ke arah Ais. Dengan sengaja, dia merenjatkan elektrik pada Ais. Ais yang terkejut segera melepaskan pegangannya dan menjauhkan diri daripada Halilintar.

Ais menggetap bibirnya. "Tembakan ais!" Ais dengan segera membalas serangan kepada Halilintar.

Halilintar terkejut. "Gerakan kilat!" Dia segera menggunakan kuasanya untuk mengelakkan diri daripada terkena serangan Ais.

Dia memandang tajam ke arah Ais. "Berani kau serang aku?!"

Ais sudah tidak keruan. "Dah kau nak serang tadi, aku balas lah balik.. Takkan tak boleh?"

Solar yang mendengar menepuk dahinya. "Haih kau ni.." Ais hanya menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Pedang halilintar!" Halilintar menghasilkan dua pedang halilintar. Dia kemudian menuju ke arah Ais dengan laju.

Solar yang melihat itu segera mengeluarkan pedangnya lalu menghalang serangan Halilintar. "Sedarlah! Kitorang bukan musuh kau!"

Halilintar terundur ke belakang. Dia memandang dingin ke arah mereka berdua. "Kalau kau bukan musuh aku, kenapa kau serang aku?"

"Sebab, kalau ada orang serang kita, kita mesti nak balas balik kan?" soal Solar sambil menjongketkan keningnya.

Halilintar tidak menunjukkan sebarang reaksi namun, dia mula menyerang mereka berdua.

BOBOIBOY: THE POWER OF ELEMENTUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum