💎 [19] Kehidupan Boboiboy

2.6K 216 15
                                    

7 tahun lalu...

"Abang, kita nak namakan anak kita apa?" Seorang wanita yang berpakaian cantik dan mewah dalam lingkungan 20-an memandang ke arah suaminya.

Seorang lelaki yang berpakaian segak dan kemas yang turut dalam lingkungan 20-an memandang ke arah isterinya. Dia tersenyum. "Boboiboy..."

1 tahun kemudian...

"Boboiboy! Sini!" Si ibu cuba memancing anaknya supaya pergi ke arahnya yang hanya beberapa meter sahaja.

Budak bernama Boboiboy tersengih suka lalu perlahan-lahan dia berdiri. Namun, baru tiga saat dia berdiri, dia terjatuh menyembah bumi. Menangis budak itu akibat jatuh yang kemungkinan berasa sakit.

Si ibu segera menghampiri anaknya lalu dibawa dalam dakapannya. "Shh.. Jangan nangis sayang.. Mungkin lambat lagi kamu boleh berjalan.."

Boboiboy yang mendengar itu terus berhenti menangis dan memandang wajah ibunya dengan senyuman.

~~~

"Yeay! Boboiboy dah boleh berjalan!" Puji si ibu ketika melihat anaknya yang berusia 2 tahun itu dah mula boleh berjalan.

Si anak tersengih suka sambil menuju ke arah ibunya dengan perlahan-lahan. "Hehe.. Mama.." Dia bertepuk tangan sambil tersenyum suka.

Tiba sahaja di tempat ibunya, si anak dicium berkali-kali oleh si ibu sampai si anak merungut tidak suka. Si ibu tertawa. "Hehe.. Nampak sangat kamu tak suka mama buat macam tu berkali-kali.."

"Sayang!" Suara si ayah menyentakkan si ibu. Si ibu memandang ke arah suaminya. "Ye abang!"

Si ayah mendekati isterinya dan anaknya. Wajahnya tersenyum. "Boboiboy dah boleh berjalan?"

Si ibu tersenyum suka sambil mengangguk. "Tak sangka, cepat betul dia boleh berjalan.."

Si ayah kemudian mencubit pipi si anak. "Rasanya dia ikut muka siape?"

Si ibu memikirkan soalan suaminya sambil memandang si anak. "Rasanya dia ikut muka kita berdua.. Hehe.."

Si ayah tergelak. "Haha, mana-manalah.." Dia mengusap kepala anaknya.

4 tahun kemudian~

"Mama! Boboiboy nak mandi kat situ!" Waktu ini, Boboiboy sudah berusia 6 tahun.

Si ibu menghampiri anaknya sambil memandang ke arah kolam yang ditunjuk oleh anaknya. Dia tergeleng-geleng. "Tak boleh sayang.. Kolam tu dalam.. Kalau nak mandi, Boboiboy kena mandi kat kolam sana.." Si ibu menunjuk ke arah kolam yang lebih cetek iaitu kolam untuk kanak-kanak.

Si anak mengeluh. "Yelah.. Janji dapat mandi kolam.." Dia terus sahaja terjun masuk ke dalam kolam itu bersama pelampungnya.

Si ibu tergeleng-geleng sambil tersengih. Suka benar anak dia mandi dalam kolam. Agaknya boleh jadi perenang terbaik pada masa hadapan.

4 tahun kemudian~

"Boboiboy! Kirim salam dengan atok!" Pinta si ayah kepada anaknya yang berusia 10 tahun itu.

Boboiboy tersenyum sambil mengangkat ibu jari kanannya. "Baik ayah! Nanti Boboiboy sampaikan!"

Ketika ini, Boboiboy berada di stesen kereta api, hendak bertolak ke Pulau Rintis untuk melawat datuknya. Pertama kali dia berjumpa datuknya bila dia berusia 5 tahun. Tapi waktu itu datuknya yang pergi ke rumahnya yang jauh itu.

~~~

Selepas beberapa hari bersama datuknya, Tok Aba, Boboiboy dapat berkenalan dengan sahabat-sahabat yang baru seperti Gopal, Yaya dan Ying. Tak dilupa dia mendapat kuasa daripada sfera kuasa Ochobot.

"Bye Boboiboy!!" Jerit Gopal, Yaya dan Ying sebelum Boboiboy melangkah masuk ke dalam kereta api. Ketika masuk, Boboiboy berselisih dengan seorang budak lelaki yang sebaya dengannya. Boboiboy sempat memberi thumbs up kepada kawan-kawannya.

~~~

"Ayah! Mama! Boboiboy dah balik!" Suara seseorang dari pintu rumah menyentakkan si ibu dan si ayah.

"Boboiboy? Awal kamu balik.." Si ibu dan si ayah menyambut huluran salam dari si anak.

"Hehe.. Boboiboy nak bagitahu mama dan ayah sesuatu.." Pernyataan daripada Boboiboy menyebabkan si ayah dan si ibu berpandangan. "Ape dia?"

Boboiboy menunjukkan sebuah jam tangan yang terletak pada sebelah tangan kanannya kepada si ibu dan si ayah.

Si ibu dan si ayah terkejut. "Kamu dapat jam kuasa ni dari mana?" soal si ayah.

"Boboiboy dapat dari sfera kuasa Ochobot.. Eh, tapi.. Macam mana ayah tahu yang jam ni ada kuasa?" soal Boboiboy dengan kerutan pada dahi.

Si ibu dan si ayah berpandangan sebelum memandang semula ke arah si anak. "Sebenarnya, ayah dan mama ada kerja sampingan.." si ayah mula bersuara.

"Kerja sampingan?" Boboiboy memandang ibunya dan ayahnya silih berganti.

Si ibu mengangguk lalu memegang bahu kiri anaknya. "Mama dan ayah...kerja sebagai pemegang kuasa elemen.."

"Hah? Pemegang kuasa elemen? Ape tu?" soal Boboiboy yang sememangnya keliru dengan apa yang terjadi.

Si ayah pula memegang bahu kanan Boboiboy. "Macam ni.. Seorang komander ni, bagi tugas dekat ayah dan mama bekerja sebagai pencari maklumat.. Jadi, ayah dan mama pencari maklumat tentang pemegang kuasa elemen.. Dan tak sangka, Boboiboy yang pegang kuasa elemen tu.."

Boboiboy hanya terangguk-angguk mendengar. "Kiranya, Boboiboy ada kuasa elemen macam yang mama dan ayah cakap? Dan kuasa yang mama dan ayah kaji?"

Si ibu mengangguk. "Tapi, bukan sepenuhnya kuasa yang Boboiboy pegang.. Kuasa sepenuhnya terletak pada kristel elemen yang berada di Planet Kristel.."

Sekali lagi, Boboiboy terangguk-angguk. "Mama dan ayah, benarkan Boboiboy guna kuasa ni?"

Si ibu dan si ayah lantas tersenyum lalu memeluk anak mereka. "Ayah dan mama bagi Boboiboy guna.. Tapi, guna untuk kebaikan.." ujar si ayah.

Pelukan dileraikan. Boboiboy menguntum senyuman kepada ibu dan ayahnya. "Baik mama.. Baik ayah.."

~~~

Tiba-tiba sahaja Gempa tersedar dari lena. Dia mengurut dadanya yang berombak. Dia ingatkan mimpi apa tadi, rupanya kisah dia dahulu. Dia memandang di sekeliling bilik itu. Kelihatan Taufan, Blaze, Ais, Thorn dan Solar sedang tidur dengan lena.

Hanya seorang sahaja yang tidak ada di situ iaitu Halilintar. Gempa mengeluh. Dia kemudian turun dari katil lalu menenangkan dirinya di atas bumbung rumahnya.

Gempa menghirup udara yang sejuk pada waktu malam itu. Dia memandang bintang di langit. "Halilintar, maafkan aku kalau aku tegas dengan kau.. Aku harap kau balik.. Kembar-kembar kau rindu dengan kau.. Dan aku nak kita semua kembali kepada yang asal.."

Bunyi tapak kaki menuju ke arahnya menyentakkan Gempa. Gempa menoleh ke belakang dan kelihatan Halilintar tersenyum ke arahnya. Gempa membalas senyumannya. "Halilintar.."

Halilintar kemudian melabuhkan punggung di sebelah Gempa. "Aku pun rindu dengan kembar-kembar aku.. Dan aku pun nak kita semua kembali kepada yang asal.."

Gempa terangguk-angguk. Dia kemudian menepuk bahu Halilintar. "Malam ni kau tidurlah kat sini.."

Halilintar tersenyum. "Boleh je.. Tapi aku nak tidur di bawah.. Aku takut diorang terkejut je bila nampak aku.."

Gempa tergelak kecil. "Yelah.. Suka hati kaulah.. Dahlah, jom tidur.." ajaknya.

Halilintar hanya mengangguk lalu mereka berdua masuk ke dalam rumah. Malam itu, Halilintar mula tidur bersama mereka tapi, dia tidur di ruang tamu dulu. Takut ada orang pengsan sebab terkejut ada dia kat rumah tu. Lagipun, rasanya kembar dia yang lain agak gerun dengannya sejak kejadian itu.












Author cuma reka je kehidupan dia sebelum ni😂 Maaflah sebab Author dah jarang update, huhu😭

Author sibuk buat cerita kat akaun lain. Nak tahu? Nanti kalau dah aktif akaun tu, Author bagitahu😏

Apepun, enjoy chapter ni😂

BOBOIBOY: THE POWER OF ELEMENTWhere stories live. Discover now