💎 [24] Identiti Sebenar

2.2K 183 91
                                    

Memandangkan ramai nak minta update, jadi Author update chapter ni. Chapter seterusnya selepas views mencecah 5K ye😂 Apapun, enjoy!

~~~

"Tch.." Kapten Kaizo mendengus. Tangan digenggam seerat-eratnya. Gunung berapi bakal meletus jikalau tidak dikawal.😂

Boboiboy dan Fang yang melihat keadaan itu menelan air liur. Mata mereka menunjukkan yang mereka sekarang takut dengan keadaan Kapten Kaizo sekarang.

"Sudah! Bawa dia ke bilik tahanan!!" arah Kapten Kaizo tegas. Anak-anak buahnya yang mendengar tersentak lalu sahaja menuju ke arah robot alien itu.

Kapten Kaizo pula masuk ke dalam kapal angkasa TAPOPS. Dia perlu berjumpa dngan Komander Kokoci. Boboiboy dan Fang hanya mengikuti langkah Kapten Kaizo dari belakang.

~~~

"Heh, bagus.. Sekarang, kumpulkan semua askar kita.." arah Mr. X kepada Raz yang sedang menunduk hormat kepadanya.

Raz mengangguk faham. "Baik boss.." Dia kemudian beredar menuju ke kawasan kapal angkasa. Baru sahaja dia ingin melangkah ke arah sebuah kapal angkasa berwarna biru, langkahnya terbantut tatkala dia bertembung dengan seorang jejaka.

Raz memandang tajam ke arah jejaka itu. "Heh, aku ingatkan kau nak terus hapuskan je TAPOPS tu.."

Jejaka berambut hitam itu menjongketkan keningnya. Wajahnya tidak berperasaan seperti biasa. "Kenapa? Boss yang suruh serang untuk gertak diorang.."

Raz menggetap bibirnya. Dari awal lagi dia tidak percaya dengan jejaka di hadapannya ini. Jari telunjuk dituding ke arah wajah jejaka itu. "Free! Kau jangan main-main! Aku akan bongkar rahsia identiti kau!"

Jejaka bernama Free itu hanya menunjuk muka yang bosan. "Ya ya.. Jumpa kau nanti.." Dia kemudian menuju ke arah sebuah kapal angkasa berwarna kuning keemasan.

Raz yang melihat Free tidak melayannya mendengus geram. "Argh! Jaga kau!" Tanpa berlengah, dia menuju ke arah kapal angkasa berwarna biru.

~~~

"Komander!" panggil Kapten Kaizo sebaik sahaja tiba di bilik rahsia. Tadi dia sudah periksa di bilik kawalan, malangnya komander tiada di situ, jadi dia periksa bilik ini.

Komander Kokoci yang termenung melihat kristel-kristel elemen tu menoleh ke arah Kapten Kaizo, Fang dan Boboiboy. "Bagus, tepat pada masanya.."

"Hah??" Boboiboy dan Fang mengerutkan dahi mereka. Kapten Kaizo sekadar menunjuk reaksi biasa.

Komander Kokoci mengangguk ke arah Laksamana Tarung. Laksamana Tarung kemudian menekan butang berwarna coklat yang berada di luar dinding kaca itu lalu terhasil cahaya.

"Ugh!" Boboiboy dan Fang terpaksa menahan silauan cahaya itu. Lama-kelamaan, cahaya mulai pudar dan muncul hologram seorang jejaka berambut hitam. Boboiboy dan Fang terkebil-kebil melihatnya. Jejaka di dalam hologram itu tersenyum dengan muka yang tenang.

"Perkenalkan, nama aku Free.. Aku merupakan penyiasat upahan Kapten Kaizo.."

Boboiboy dan Fang ternganga. Mereka berpandangan sebelum memandang semula ke arah hologram.

"Aku tahu, banyak persoalan yang belum terjawab.. Tapi, kau jangan risau Boboiboy.. Mak ayah kau selamat dalam genggaman adik kembar aku.."

Boboiboy yang mendengarnya menghela nafas lega meskipun dia masih tidak berpuas hati kerana ibu bapanya tidak balik.

"Mereka ada permintaan untuk kau.. Kau kena dapatkan kuasa penuh sebelum Mr. X hapuskan bumi ni.."

Boboiboy terkedu. Fang mendengarnya turut terkaku.

BOBOIBOY: THE POWER OF ELEMENTWhere stories live. Discover now