💎 [10] Hero

2.5K 234 40
                                    

"Bang! Aiskrim coklat satu!" ujar Taufan dengan nada yang ceria seperti biasa. Dia nak beli juga tapi, dia tak sedap hati pula, jadi, dia hanya belikan untuk Thorn sahaja.

"Okey!" Pekerja aiskrim itu segera melakukan tugasnya. Selesai membuat, dia memberikan aiskrim itu kepada Taufan. "Nah! Semuanya RM2.50!"

Taufan mengambil aiskrim itu lalu diberikan kepada Thorn. "Sekejap ye bang.." Taufan memeriksa poket seluarnya jikalau dia ada bawa duit. Malangnya, dia hanya ada seringgit sahaja.

Taufan tersengih sebentar lalu mendekati Thorn. "Thorn, kau ada bawa duit lebih? Duit yang aku bawa tak cukup.."

"Hm? Kejap, aku cek dulu.." Thorn turut memeriksa poket seluarnya. Apa yang dia dapat, hanya seringgit sahaja. "Taufan, aku ada seringgit je.."

Taufan mengeluh. Kurang 50 sen pulak. "Hmm, bagi duit tu kat aku jap.." Tanpa membantah, Thorn memberikan duitnya kepada Taufan.

Taufan teragak-agak hendak memberitahu yang dia tidak mempunyai duit yang cukup tapi, dia gagahkan juga. "Erm, bang.. Kitorang bagi dua ringgit dulu boleh? Nanti 50 sen kitorang bayar.. Saya janji saya bayar malam ni jugak.."

Kata-kata Taufan membuatkan muka pekerja itu menjadi suram. "Kalau takde duit tu, cakap jelah! Bak sini aiskrim tu!" Tangannya cuba mencapai aiskrim yang dipegang oleh Thorn.

"Eh eh! Ni aiskrim Thorn!" Thorn mengelak aiskrimnya daripada diambil.

Taufan yang melihat sudah serba salah. "Erm, bang.. Betul, malam ni saya bayar jugak.. Tolonglah..."

Pekerja itu memandang tajam ke arah Taufan. "Selagi kau tak bayar penuh, selagi tu kau tak boleh dapat aiskrim tu!"

Terhinjut bahu Taufan apabila ditengking sebegitu rupa. Dia tidak pernah ditengking meskipun dia pernah dimarahi.

"Heh, bak sini aiskrim tu!" Pekerja itu masih cuba mendapatkan aiskrim yang dipegang oleh Thorn memandangkan Thorn sudah merasai aiskrim itu.

"Abang! Ni aiskrim Thorn!" Thorn sedaya upaya mempertahankan aiskrimnya.

"Ah, aku tak kira!" Baru sahaja tangan pekerja itu mencapai aiskrim itu, tiba-tiba sahaja ada satu tangan menghalang perbuatannya.

"Bro, setakat 50 sen.. Apalah sangat.. Susah sangat ke nak sedekah?" Kata-kata yang dilontarkan itu membuatkan Taufan, Thorn serta pekerja itu memandang ke arah gerangan yang menjadi hero itu.

Taufan dan Thorn ketika itu tersentak. Gerangan yang menjadi hero itu serupa dengan mereka.

"Kau jangan nak berlagak jadi hero dan jangan masuk campur.. Ni urusan aku dengan dua budak ni.." Pekerja itu melepaskan tangannya daripada dipegang lalu mendekati Thorn semula.

"Jangan!!" Taufan dengan pantas berdiri di hadapan Thorn sambil tangan didepa luas. Thorn sudah berkecut perut. Dia hanya mampu melihat dan berharap agar semuanya baik-baik sahaja.

"Hey budak! Kalau kau-" Kata-kata pekerja itu terhenti saat hero tersebut memotong percakapannya. "Bro, kira sekali.."

Terus sahaja pekerja itu menoleh ke arah hero tersebut. Kelihatan hero itu sudah memilih sebatang aiskrim coklat seperti Thorn. Tersentak pekerja itu namun dia cuba menenangkan diri. "Semuanya lima ringgit.."

Hero itu segera mengambil dompetnya yang berada dalam poket seluarnya lalu mengeluarkan sejumlah wang bernilai RM5 dan diberikan kepada pekerja aiskrim itu.

Pekerja aiskrim itu menerimanya sambil tersenyum gembira. "Okey, berseronoklah dengan aiskrim korang!" Dia segera menuju ke arah kereta aiskrimnya.

BOBOIBOY: THE POWER OF ELEMENTWhere stories live. Discover now