💎 [2] Hilang Ingatan

3.3K 263 6
                                    

Boboiboy Gempa yang sedar itu cuba mengingati sesuatu tetapi gagal. Dia cuba duduk dan berjaya. Dia memegang kepalanya yang sakit. Dia memandang lama ke arah Ochobot dan Gopal. "Korang siapa? Dan aku siapa?"

Ochobot dan Gopal memandang antara satu sama lain. "Deyy, kau ni dah kenapa? Buang tebiat ke?" soal Gopal berterus terang. Ochobot pula sudah menepuk mukanya (?) sendiri. "Aduh kau ni.. Dia hilang ingatan lah.."

Gopal terkejut. "Hilang ingatan?! Kau biar betul?!" Gopal menggoncang-goncangkan Ochobot. "Berhentilah Gopal.."

Gopal segera berhenti. Dia tersengih. "Hehe, sorry.." Dia memandang ke arah Boboiboy Gempa yang melihat ke arah mereka dengan pandangan pelik. "Jadi, kau tak kenal kitorang?"

Boboiboy Gempa menggeleng. "Korang siapa sebenarnya? Aku siapa?"

"Betul kau nak tahu?" soal Gopal sambil memandang tajam ke arah Boboiboy Gempa.

Boboiboy Gempa hanya mengangguk. Entah kenapa dia rasa pandangan Gopal tu agak lawak dan bukannya rasa takut.

Gopal menjongketkan keningnya. "Ochobot, kaulah terangkan.." Seraya itu, dia menghirup minumannya yang sudah siap diletakkan di atas meja sebentar tadi.

Ochobot mengeluh. "Haih kau ni.. Yelah.." Ochobot memandang ke arah Boboiboy Gempa lalu mengimbas tubuh badannya. "Nama kau Boboiboy.. Boboiboy Gempa.. Kau boleh mengawal elemen tanah.."

Boboiboy Gempa melihat Ochobot dengan terkebil-kebil. "Boboiboy? Boboiboy Gempa?"

Ochobot mengangguk. "Tapi, nama panggilan kau Gempa je.. Faham?"

Boboiboy Gempa mengangguk faham. Dia membelek tangan kanannya. Matanya tertancap pada jam tangan yang ada di pergelangan tangannya. "Ni jam ape?"

"Tu jam kuasa kau.." ujar Ochobot.

"Aku...ada kuasa? Macam mana?" soal Boboiboy Gempa dengan penuh persoalan.

"Nanti jelah kitorang bagitahu.. Ochobot, apa kita patut buat sekarang?" sampuk Gopal lalu menutup mulutnya yang menguap.

Ochobot menjeling ke arah Gopal. "Kita tunggu yang lain.. Aku dah hubungi diorang tadi.."

Gopal pasrah. Terpaksa menunggu kawan mereka yang lain.

10 minit kemudian~

"Korang!" Jeritan itu membuatkan Ochobot, Gopal serta Boboiboy Gempa berpaling ke arah belakang.

"Yaya! Ying! Fang!" Panggil Gopal sambil melambai tangannya.

"Ape yang jadi ni? Eh, apesal si Boboiboy bertukar jadi Gempa?" soal Fang sambil berpeluk tubuh sebaik sahaja tiba di sebelah Gopal.

"Sebenarnya...." Ochobot dan Gopal pun terpaksa ceritakan sebab mereka perlukan bantuan.

"Ape?! Hilang ingatan?!" jerit Yaya, Ying dan Fang sebaik sahaja mendengar cerita yang disampaikan oleh Ochobot dan Gopal.

Ochobot dan Gopal mengangguk. "Jadi, ape patut kita buat ni?" soal Gopal.

Masing-masing memikirkan sesuatu yang patut mereka lakukan kecuali Ochobot. Dia dah tahu apa yang patut diorang lakukan.

"Kita kena kumpulkan kesemua kuasa Boboiboy supaya dia tak hilang ingatan!" ujar Ochobot membuatkan mereka berempat memandang ke arahnya.

"Kau pasti ke dengan cara ni, Boboiboy akan pulih?" soal Yaya musykil.

"Kenapa kau fikir macam tu?" soal Gopal tidak berpuas hati dengan soalan Yaya.

"Sebab, korang ingat tak masa kita kena tembakan emosi? Kita pulih disebabkan penawar.." ujar Yaya bersungguh-sungguh.

"Ya lo! Kita patut cari penawar tu kat Adudu!" ujar Ying, setuju dengan Yaya.

"Ochobot? Ape pendapat kau?" soal Fang. Dia perasan yang Ochobot kelihatan sedih.

"Hmm.. Sekarang ni, kita kena kumpulkan kesemua kuasa Boboiboy.. Kalau tak, susahlah nak pulihkan.. Eh, kejap.. Mane Gempa?!" Mata Ochobot meliar-liar mencarinya. Tadi ada kat sini. Takkan dia lari?

"Alamak! Kita kena cari dia!!" ujar Gopal panik.

"Hm!" Yaya, Ying dan Fang mengangguk faham. Mereka semua berpecah mencari Gempa.

Gopal bersama Ochobot. Ying bersama Yaya dan Fang hanya berseorangan.

Dah 20 minit mencari, tak jumpa. Ying dan Yaya yang mencari di sekitar kawasan bank Pulau Rintis ternampak seseorang yang amat dikenali. Orang itu memasuki kawasan gelap. Ying dan Yaya memandang antara satu sama lain lalu mengikuti langkah orang itu.

"Haih.. Nak percaya ke tak.. Tapi, aku perlukan bukti baru aku percaya.. Nak lawan? Tapi, aku tak suka cari gaduh.." ujar Gempa keseorangan yang sedang duduk mencangkung.

Ying dan Yaya yang mendengar itu memandang antara satu sama lain. Mereka mendekati Gempa. "Boboiboy.." ujar mereka berdua namun, Gempa buat tak dengar.

Berkerut dahi Ying dan Yaya. Yaya memetik jarinya. "Gempa.." Akhirnya, panggilan Yaya kali ini berjaya kerana Gempa menoleh ke arah mereka berdua.

"Korang siapa?" Gempa segera berdiri dari duduk bercangkung. Dia berlagak tenang.

"Kitorang kawan kau.. Aku Yaya dan ini Ying.." balas Yaya. Ying mengiakannya dengan mengangguk.

Gempa memandang mereka berdua bersilih ganti. "Aku nak jumpa robot kuning tu.."

Yaya dan Ying memandang antara satu sama lain. "Okey.." Yaya segera terbang mencari Ochobot dan Gopal manakala Ying mengawasi Gempa.

5 minit kemudian, Yaya datang bersama Ochobot dan Gopal. "Korang dah jumpa dia.." ujar Ochobot sambil mendekati Gempa.

Gempa menjongketkan keningnya. "Ape bukti yang korang ni bukan musuh aku?"

Tersentak mereka berempat. Ochobot memandang Gempa lama. "Ikut kitorang pergi rumah kau.."

Gempa berpeluk tubuh. "Okey.." Seraya itu, dia mengikuti Ochobot dari belakang, diikuti dengan Yaya, Ying dan Gopal.

~~~

"Haih.. Macam manalah boleh jadi macam ni.." ujar Fang bersendirian. Dia sekarang berlegar-legar di stesen kereta api.

Sedang dia mencari, matanya tertancap pada seseorang yang memakai pakaian berwarna biru muda. Dia segera mendekati orang itu.

Sebaik sahaja dia sampai ke arah orang itu, matanya membulat. "Boboiboy.. Ais?"

Orang yang membelakangi Fang segera menoleh dengan pandangan kosong. "Kau...siapa?"

~~~

Gempa memegang kepalanya yang sakit. "Ughh.... Sakitnya kepala aku..."

"Gempa, kau okey?" soal Gopal cemas. Dah 5 minit Gempa berkeadaan macam tu, mana tak risau.

Ochobot segera mengimbas badan Gempa. "Dia tengah dalam proses untuk mendapat memori dia!"

Lama-kelamaan, badan Gempa semakin lemah dan tidak sedarkan diri. Nasib baik Gopal sempat sambut dia.

"Kau baringkan dia kat katil.. Aku rasa dia dah dapat ingat.." ujar Ochobot lalu mendapat anggukan daripada Gopal.

Gopal meletakkan tubuh Gempa di atas katil. "Tapi, macam mana dia boleh ingat dengan lihat gambar-gambar ni semua?" soal Yaya keliru.

"Ya lo.. Bukannya dengan penawar, baru boleh ingat?" soal Ying pula.

"Aku rasa mungkin sebab dia ni ada pengalaman yang lebih banyak berbanding elemen yang lain.. Walaupun kuasa ni keluar selepas Halilintar dan Taufan, tapi, dia ni dianggap sebagai ketua.. Aku pun tak pasti.." terang Ochobot panjang lebar.

"Hmm, nampaknya kita kena tunggu dia sedar.." ujar Yaya sambil memegang dagunya lagak berfikir.

Ochobot, Gopal dan Ying hanya mengiakannya dengan mengangguk. Mereka memandang Gempa lama.








BOBOIBOY: THE POWER OF ELEMENTWhere stories live. Discover now