💎 [18] Maaf

2.5K 218 62
                                    

"Komander!"

Suara Kaizo yang tiba-tiba datang mengejutkan Komander Kokoci. Dia segera menoleh ke arah Kaizo. Nasib baik dia takde penyakit jantung. "Hah, ada apa Kaizo?"

"Saya dapat laporan daripada Fang.. Ada benda yang kawal badan Boboiboy.." ujar Kaizo membuatkan Komander Kokoci tersentak.

"Kau biar betul?! Jadi, dia okey tak?!" soal Komander Kokoci.

"Dia okey.. Dan dia berjaya tangkap benda yang kawal dia.. Nampaknya benda tu roh yang dicipta oleh seseorang.." Kata-kata Kaizo membuatkan Komander Kokoci berdiri di atas kerusinya itu. "Hmm, bawa aku jumpa benda tu.."

Kaizo mengangguk. Dia kemudian melangkah ke bilik makmal di mana bebola tanah itu ditempatkan. Di situ terdapat Nut dan Motobot sedang mengawal di situ.

"Macam mana?" soal Kaizo kepada Nut.

"Oh! Saya dapat tahu, benda ni boleh bercakap.." ujar Nut sambil melihat pada skrin tablet yang memiliki semua data tentang sfera kuasa.

"Hmm.." Komander Kokoci mendekati bebola itu. Kelihatan ada wayar-wayar yang menyambung pada bebola itu. "Siapa tuan kau?"

Tiba-tiba sahaja kedengaran suara halus ketawa sinis. "Macamlah aku boleh bagitahu kau.."

"Tch.. Aku tanya sekali lagi, siapa tuan kau?" soal Komander Kokoci sekali lagi.

"Hahaha!!! Jangan harap aku nak bagitahu.." balas bebola itu.

Komander Kokoci yang geram terus sahaja menggoncang bebola itu sehingga suara itu menjerit ketakutan. "Arghhh!! Berhenti!! Aku takut pening! Okey okey! Aku bagitahu!"

Komander Kokoci kemudian meletak semula bebola itu di atas meja. "Jawab soalan aku, siapa tuan kau?"

Lima saat begitu baru suara itu membalas. "Raz.."

Kaizo dan Komander Kokoci berpandangan antara satu sama lain dengan kerutan pada dahi. "Raz?"

"Ya.. Raz tuan aku.. Dia yang cipta aku.." jawab bebola itu sekali lagi.

Komander Kokoci memegang dagunya lagak berfikir. "Hmm.. Kaizo, aku nak kau cari maklumat tentang Raz.."

"Baik!" Kaizo kemudian melangkah keluar dari bilik itu.

"Apa hubungan kau dengan Boboiboy?" soal Komander Kokoci.

Lama suara itu berdiam, akhirnya menjawab. "Tuan aku yang nak balas dendam dengan budak tu.."

"Kenapa?"

"Sebab... Ibu bapa budak tu musuh tuan aku.." Kata-kata dari bebola itu menyebabkan Komander Kokoci terkedu.

~~~

"Agh!" Raz menumbuk meja milikya itu. Mujur sahaja meja itu tidak patah.

"Kau kenapa?" soal Felixa sambil memandang pelik ke arah Raz, yakni sepupunya.

"Cis! Roh yang aku buat tu dah kena tangkap!" Kata-kata daripada Raz menyebabkan Felixa membulatkan matanya. "Biar betul?! Jadi, ape plan kau?"

Raz meraup wajahnya. "Huh... Nampaknya kita kena cepat dapatkan kristel-kristel tu.."

"Tuan!!!" Seorang alien berwarna hijau datang dengan keadaan tercungap-cungap. "Kristel elemen tu dah kena ambil!!"

"Ape?!!!" Terjerit Felixa dan Raz ketika itu. "Siapa yang ambil?!" soal Raz.

"TAPOPS!!!" ujar alien itu.

Raz sekali lagi menggepalkan penumbuk lalu menumbuk dinding di situ. Terkejut Felixa dan alien itu. "Nampaknya, kita dah kritikal betul.. Felixa, kau bagitahu perkara ni dekat Mr. X.."

BOBOIBOY: THE POWER OF ELEMENTWhere stories live. Discover now