💎 [30] Kemenangan

2.5K 176 53
                                    

Taufan memandang ceria ke arah Xiles ketujuh. "Hai klon Solar!" sapanya.

"Tch.." Xiles ketujuh berdecit. Dia kemudian mengeluarkan sebilah pedang berwarna putih keemasan pada tangan kanannya. Dia meluru laju ke arah Taufan yang sedang tersenyum.

"Pelindung taufan!!" Taufan menghasilkan perisai di sekeliling tubuh badannya. Dia tersengih suka apabila Xiles ketujuh tidak dapat mendekatinya akibat perisai yang dihasilkan olehnya terlalu kuat.

"Hehe.. Nak larikan diri ke?" soal Taufan ceria tatkala dia melihat Xiles ketujuh berundur ke belakang.

Xiles ketujuh berdecit geram. "Tembakan solar gelap!!" Dia melakukan serangan ke arah Taufan.

Taufan tersengih. Dia kemudian melompat tinggi lalu mendarat di belakang Xiles ketujuh tanpa sedar. "Tumbukan taufan!!" Taufan menghasilkan angin yang kuat lalu menolak tubuh Xiles ketujuh sehingga terjatuh.

Solar menjongketkan keningnya tatkala melihat Xiles kelima. Kelihatan Xiles kelima sedang menguap. Solar tersenyum sinis. "Pedang solar!" Pedangnya dihala ke arah Xiles kelima.

Xiles kelima terus sahaja tersedar. "Meriam pembeku!!" Dia mengeluarkan meriam pembeku lalu dihala ke arah Solar. "Tembakan...pembeku!!"

Solar tersenyum. Dia kemudian pantas mengelak serangan yang dilakukan oleh Xiles kelima lalu dia yang mendekati meriam pembeku itu laju sahaja menghayun pedangnya menyebabkan meriam pembeku itu terpotong kepada dua.

Xiles kelima terpempan. Matanya membulat menyaksikan serangan itu. Solar pula tersenyum bangga ke arah Xiles kelima.

~~~

"Laksamana! Tunduk!" jerit Sai tatkala dia melihat sebuah robot alien hendak melakukan serangan kepada Laksamana Tarung.

Laksamana Tarung pantas sahaja menunduk. Sai dengan laju menghayun topi perisainya lalu mengenai robot alien itu menyebabkan robot alien itu jatuh ke belakang.

Laksamana Tarung pula ambil kesempatan untuk menumbuk kuat robot alien itu sehingga terpelanting ke arah sebuah kapal angkasa.

Tanpa disedari oleh mereka, sebuah kapal angkasa yang berwarna hitam mendarat di situ. Seorang jejaka berambut hitam melangkah keluar dari kapal angkasa itu. Robot-robot alien yang berada di situ pantas sahaja menyerang ke arahnya.

Jejaka itu tersenyum senget sebelum mengeluarkan sebilah pedang berwarna hitam. Dia kemudian melibas pedangnya ke arah beberapa robot alien lalu robot alien tersebut terbelah kepad dua.

Laksamana Tarung yang melihat keadaan itu tergamam. Dia cuba mengamati wajah jejaka itu sebelum dia tersenyum. "Free! Kau datang juga!"

Jejaka bernama Free itu mendabik dada ke arah Laksamana Tarung sebelum masuk ke arah sebuah kapal angkasa berwarna biru.

~~~

"Taufan! Sekarang!!" arah keenam-enam elemen Boboiboy kepada Taufan.

Taufan tersengih suka. "Hehe... Hiyaa!!!!!" Dia menghasilkan ribut kencang yang lebih kuat berbanding Xiles ketiga tadi. "Sedutan mega taufan!!!!!!!" Kedua-dua tangannya didepakan bagi mengawal angin itu daripada terkena adik-beradiknya.

Gempa, Halilintar, Blaze, Ais, Thorn dan Solar pantas sahaja memaut bahu Taufan. Gempa dan Ais memegang bahu kiri dan kanan Taufan. Halilintar dan Thorn memegang bahu Ais manakala Blaze dan Solar memegang bahu Gempa.

Terbeliak mata ketujuh-tujuh Xiles. Mereka bertujuh tidak sempat melarikan diri dan melindungi diri. Ketujuh-tujuh mereka disedut masuk ke dalam pusaran angin kencang itu. "Aggghhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"

BOBOIBOY: THE POWER OF ELEMENTWhere stories live. Discover now