💎 [16] Kristel-kristel

2.4K 218 18
                                    

"Ughh..." Blaze membuka matanya perlahan-lahan. Apa yang dilihatnya sekarang, dia berada di sebuah bilik yang asing.

"Blaze?" Blaze menoleh ke arah Gempa. Dia kemudian tiba-tiba sahaja memeluk Gempa. Gempa tersentak. "Terima kasih sebab tolong aku tadi... Kalau tak, aku tak tahu apa yang jadi.." ujar Blaze terharu.

Gempa tersenyum sambil mengusap belakang Blaze. "Takde apelah.. Dah jangan sedih.. Yang penting kau selamat.."

Pelukan dileraikan oleh Blaze. Blaze kemudian tersenyum. Namun, dia tiba-tiba berkerut. "Tapi kenapa muka kau sama dengan aku?"

Gempa tersenyum kecil. "Kau adik kembar aku.. Kau ialah Boboiboy.."

"Boboiboy? Adik kau?" soal Blaze untuk kepastian. Dia masih ragu-ragu.

Gempa mengangguk. "Aku faham kau hilang ingatan.. Cukup kau anggap aku ni kawan kau pun dah okey.."

Blaze hanya mendiamkan diri. Tidak tahu hendak balas apa. Dia masih dalam keadaan terpinga-pinga.

Belum sempat Gempa hendak berkata apa-apa, tiba-tiba sahaja dia mendengar jeritan Ais. "Tembakan ais!!!"

Gempa dan Blaze berpandangan. Mereka kemudian turun ke tingkat bawah. Mereka terlopong.

[FLASHBACK]

"Huaghh! Penatnye!" ujar Ais sambil meregangkan badannya.

Taufan yang duduk di sebelahnya hanya menggelengkan kepalanya. "Penat kenape?"

"Kan dia padamkan semua api yang Blaze buat tadi.." ujar Solar.

"Haah.. Penat kot.. Dahlah api masa tu dah marak.." Ais mengeluh penat.

"Eh korang.. Ape nama kembar kita lagi satu tu?" soal Thorn sambil memandang mereka bertiga.

"Blaze?" jawab Ais namun kedengarannya seperti soalan.

"Bukan.. Yang kita jumpa kat taman haritu.." kata Thorn sambil cuba mengingat nama kembar mereka yang satu itu.

"Ooh, Halilintar ke?" Taufan memandang ke arah Thorn.

"Hah! Dialah! Tapi kenapa dia takde kat sini?" soal Thorn lagi.

Solar mengangkat bahu. "Mungkin dia perlukan masa? Aku pun macam tu jugak.."

Bunyi ketukan pintu menyentakkan mereka berempat. Mereka berempat berpandangan antara satu sama lain. Taufan yang berdekatan dengan pintu segera membuka pintu. Gerangan yang mengetuk pintu rumah mereka ialah Halilintar. Dia tersentak. "Halilintar?"

Halilintar sedang menunduk dengan muka yang dingin. Dia sekarang kelihatan lain. Dengan hoodienya yang menutupi mukanya. Dia memandang Taufan dengan pandangan kosong. "Korang jangan nak tipu aku.."

"Hah? Tipu ape?" Taufan memandang Halilintar dengan kerutan pada dahi.

"Korang sebenarnya...musuh aku.." Tiba-tiba dia tertawa sinis.

Meremang bulu roma Taufan. Dia mengundur tiga tapak ke belakang. Halilintar yang perasan terus tersenyum sinis. "Eh, takut ke? Jangan takut.. Aku datang ni bersebab.."

Taufan menelan air liurnya. Tangan mula berasa sejuk. Ais, Thorn dan Solar pula sudah menyiapkan diri untuk melindungi diri jikalau ada apa-apa berlaku. Dalam hati mereka turut takut namun perlu beranikan diri kerana nyawa itu lebih penting.

Tiba-tiba sahaja pedang muncul di kedua-dua tangan Halilintar. Taufan terkedu. Dia mengundur lagi beberapa tapak sehinggalah dia berada di sebelah Ais.

Halilintar yang melihat mereka semua dalam ketakutan, tersenyum sinis. "Tetakan Halilintar!"

"Tembakan ais!!" Ais sempat menembak ke arah tangan kanan Halilintar menyebabkan serangan Halilintar terbantut.

Kebetulan pada masa itu, Gempa dan Blaze turun. Mereka berdua terlopong.

[NOW]

"Halilintar? Ape kau buat kat sini?" soal Gempa. Namun, dia rasakan ada ketegangan yang berlaku.

Halilintar tidak menjawab malah cuba melepaskan diri daripada serangan Ais dan dia berjaya. "Gerakan kilat!"

Halilintar menghilangkan diri. Mereka semua terpinga-pinga mencari keberadaan Halilintar. Namun, Gempa sudah bersiap diri untuk melindungi adik-adiknya.

Zzzzt

Halilintar muncul di belakang Thorn. Dia tersenyum sinis. Pedang dihalakan pada belakang Thorn namun, ada sebuah pedang menghalangnya. "Berhenti!" Solar menggunakan pedangnya untuk menghalang Halilintar daripada mencederakan Thorn.

Halilintar berdecit lalu menyerang Solar. Solar membalas semula serangan yang dilakukan oleh Halilintar. Sambil berlawan, Halilintar menggunakan kuasa kilatnya untuk bertukar tempat, begitu juga dengan Solar.

Zzzzt
Zzzzt
Zzzzt

Dan akhirnya mereka berdua berlawan di luar rumah. Solar tercungap-cungap. Dia mula kehilangan tenaga. Halilintar yang melihat tertawa sinis. "Dah habis tenaga? Kesian.. Biar aku habiskan kesemuanya sampai takde satu tenaga pun..."

Solar mengelap peluhnya. Dia mula pertahankan dirinya apabila serangan Halilintar mula agresif. Sehinggalah satu tahap di mana Halilintar berada di belakang Solar dengan keadaan Solar waktu itu sedang penat.

Halilintar tersenyum sinis. Dia mengambil kesempatan ini untuk menyerang Solar. Pedang mula dihalakan ke arah Solar. "Pusaran taufan!" Namun, dengan kuasa Taufan, Taufan berjaya menolak pedang Halilintar sehingga tercampak ke arah sebuah tong sampah.

Boom!

Habis hancur tong sampah itu ketika mengenai arus elektrik. Halilintar mencerlung tajam ke arah Taufan. Taufan pula tersentak. "Ber...berhenti! Kenapa kau jadi macam ni hah?!" soalnya berani. Tapi, ada satu persoalan yang bermain di mindanya. Kenapa warna mata Halilintar lebih merah dari sebelum ni?

Halilintar tertawa sinis. Dah macam orang tak betul pun ada. "Sebab...kauorang ni musuh aku.." Dia mula menyerang Taufan.

"Pelindung Taufan!" Taufan sempat mempertahankan dirinya menggunakan kuasanya. ( Seperti mana dia menggunakannya ketika dia berlawan dengan Halilintar pada musim 1 )

Halilintar pula tidak habis-habis menyerang Taufan dengan bertubi-tubi.

"Tumbukan tanah!" Gempa mengambil kesempatan untuk menyerang Halilintar.

Halilintar akhirnya ditolak ke atas langit dengan bertubi-tubi. Gempa terpaksa menyerangnya demi hentikan serangan Halilintar.

"Ughh!" Beberapa saat kemudian, barulah dia terjatuh ke permukaan bumi. Asap mula kelihatan akibat hentakan.

Solar pula sedang ditenangkan oleh Ais, Thorn dan juga Blaze memandangkan Blaze tidak tahu hendak buat apa. Taufan menuju ke arah Gempa. "Dia okey ke? Sebab mata dia lain dari yang lain.

"Hmm.. Aku rasa dia tak okey.." ujar Gempa lalu memandang ke arah Halilintar yang mula bangkit. Halilintar masih dalam keadaan segar.

~~~

"Komander!" Suara Kaizo dari skrin komputer menyebabkan Komander Kokoci terkejut.

"Kenapa Kaizo?" soal Komander Kokoci.

"Kami berjaya menemui kesemua kristel tu.." ujar Kaizo menyebabkan Komander Kokoci tersenyum. "Bagus.. Bawa kristel-kristel tu ke stesen TAPOPS sekarang.." ujarnya.

"Baik Komander!" Panggilan dimatikan.

Komander Kokoci menghela nafas lega. Dia lega kerana sudah menjumpai kristel-kristel tu.

~~~

"Felixa! Arahkan orang kita untuk mencari kristel-kristel elemen tu!" arah Mr. X dengan nada yang tegas.

"Baik bos!" Felixa menunduk hormat lalu menemui dengan ketua tentera di situ. "Ray! Arahkan orang-orang kita untuk cari kristel-kristel elemen tu sekarang!"

Ray mengangguk faham lalu menghubungi orang-orangnya menggunakan walkie-talkie. "Borara! Arahkan orang-orang kita untuk pergi ke Planet Kristel tu! Dapatkan kristel-kristel elemen tu sekarang!"

"Baik" Jawab Borara.

Tanpa mereka sedar, ada seseorang mengintip mereka dari jauh dan secara senyap-senyap.
















BOBOIBOY: THE POWER OF ELEMENTWhere stories live. Discover now