💎 [22] Kembali

2.3K 205 28
                                    

"Benar, aku boleh kembali kepada tuan aku.." balas Weld.

Komander Kokoci yang mendengarnya memandang pelik ke arah Sweedex. "Tapi, kenapa dia tak kembali pada tuan dia selama dia kat sini?"

"Mungkin sebab tuan dia dah lupakan dia.. Lagi satu, dia tak boleh kembali kepada tuannya sebab dia terperangkap dalam bebola tanah ni.." ujar Sweedex.

Komander Kokoci sekadar mengangguk.

~~~

Setelah memandu selama 1 jam, Fang akhirnya mendaratkan kapal angkasanya di kawasan pendaratan kapal angkasa TAPOPS. Taufan, Blaze dan Thorn melihat kawasan luar TAPOPS dengan mata yang bersinar-sinar.

"Dah sampai.." Seraya itu, Fang, Ochobot dan ketujuh-tujuh Boboiboy keluar dari kapal angkasa. Mereka semua dijemput oleh Kapten Kaizo yang sudah lama tiba di TAPOPS.

"Sampai pun.." Kapten Kaizo tersenyum senget.

"Hai kapten.. Kapten sihat?" soal Gempa sekadar bertanya khabar.

"Macam yang kau tengok, aku sihat.." balas Kapten Kaizo. Dia sudah harap maklum daripada Ochobot dan Fang yang Gempa dan Halilintar sahaja yang sudah mendapat memori.

"Jom masuk.." Seraya itu, Kapten Kaizo masuk ke dalam pintu utama TAPOPS, diikuti oleh Fang, Ochobot dan ketujuh-tujuh Boboiboy.

"Komander.." Suara Kapten Kaizo menyentakkan Komander Kokoci dan Sweedex yang berada di bilik kawalan. Mereka berdua menoleh.

Membulat mata Sweedex saat melihat Boboiboy di hadapan matanya. Dia menghampiri ketujuh-tujuh Boboiboy. "Kauorang ni, Boboiboy kan?"

Mereka bertujuh berpandangan sebelum mengangguk. "Pak cik ni siapa?" soal Blaze.

Sweedex tersenyum nipis. Nampak sangat dia dilupakan. "Takpelah.. Nanti pak cik cerita.."

Halilintar memandang ke arah Gempa. Gempa sekadar mengangkat bahu tanda tidak tahu.

"Baiklah.. Ikut aku ke bilik rahsia.." ujar Komander Kokoci. Seraya itu, dia beredar menuju ke bilik rahsia yang dikatakan olehnya, diikuti oleh mereka semua.

~~~

"Wahh... Bilik apa ni.." Kagum ketujuh-tujuh Boboiboy apabila memasuki bilik itu. Bilik itu serba besar dan dipenuhi dengan kristel.

"Inilah, kristel elemen.." Komander Kokoci menunjuk ke arah beberapa dinding kaca yang mengandungi kristel elemen yang cantik. Warna setiap kristel elemen juga berbeza.

"Hmm? Ni ke kristel elemen yang dapat pulihkan ingatan kitorang?" soal Taufan. Komander Kokoci sekadar mengangguk. Dia menuju ke arah sebuah dinding kaca.

Ochobot mendekati Komander Kokoci apabila Komander Kokoci menyuruhnya. "Ochobot, aku akan salurkan tenaga kristel elemen ni kat kau.. Lepastu, kau salurkan tenaga tu kepada Boboiboy.." Ochobot sekadar mengangguk faham.

Ochobot kemudian melangkah ke bilik kecil. Komander Kokoci pula menekan butang hitam yang berada di luar dinding kaca itu. Cahaya terhasil dari bilik kecil itu menyebabkan kelibat Ochobot menjadi samar.

Beberapa saat kemudian, cahaya tersebut hilang. Ochobot yang kini sedikit bercahaya menghampiri ketuju-tujuh Boboiboy. "Boboiboy, aku nak korang berbentuk bulatan sambil pegang tangan masing-masing.. Lepastu tutup mata korang.."

Ketujuh-tujuh Boboiboy mengangguk faham lalu mereka semua berpegangan tangan dan berbentuk bulatan. "Dah.." Mereka bertujuh memejam mata seperti yang disuruh. Komander Kokoci, Fang, Kapten Kaizo dan Sweedex sekadar melihat sahaja.

BOBOIBOY: THE POWER OF ELEMENTWhere stories live. Discover now