💎 [6] Taufan Yang Manja

2.9K 258 62
                                    

"Jangan lari!!" jerit Fang dan Yaya yang sedang terbang mengejar Boboiboy Taufan yang terbang dengan adanya pokok di belakangnya.

Dengan kudrat yang ada, Boboiboy Taufan segera melepaskan diri daripada ikatan itu dan serta merta, pokok yang diikat pada dirinya jatuh ke bawah.

"Alamak!" Yaya segera menangkap pokok itu sebelum menghempap seekor kucing di situ. Kucing itu hanya memandang pelik ke arah Yaya yang sedang tercungap-cungap. "Selamat.."

"Yaya! Mana Boboiboy tu?!" soal Ying sebaik sahaja berlari menuju ke arah Yaya.

"Dia ada kat depan sana! Jom kita kejar!" Yaya dan Ying segera mengejar Fang dan Boboiboy Taufan dari belakang.

~~~

"Korang siape hah nak tangkap aku?! Aku bukannya buat salah! Aku cuma nak bebas! Salah ke kalau aku nak bebas?!" jerit Taufan yang sedang diikat dan diawasi oleh Fang yang berada di belakangnya. Ya, Taufan berjaya ditangkap, sekali lagi.

"Sabar Taufan.. Kau kena tenang.." ujar Ochobot yang risau dengan keadaan Boboiboy itu. Entah kenapa Boboiboy ini ada sesuatu yang tidak kena.

Taufan menggetap bibirnya sambil memalingkan mukanya dari mereka semua. Mereka yang melihat hanya menunggu kedatangan Gempa.

"Korang!" Suara seseorang menyebabkan mereka semua menoleh ke arah gerangan yang memanggil, termasuk Taufan.

Taufan tersentak dan terkejut. Muka Gempa, Ais dan Thorn sama macam dia kecuali warna baju dan posisi topi mereka.

"Boboiboy! Kitorang berjaya tangkap Boboiboy Taufan!" ujar Gopal yang sememangnya tak membantu pun tadi. Fang, Yaya, Ying dan Ochobot menjeling ke arah Gopal. Gopal hanya tersengih.

"Eh Gempa.. Ni pun kembar kita ke?" soal Ais sambil memandang ke arah Taufan.

Gempa mengangguk lalu cuba mendekati Taufan. Langkahnya terhenti sebaik sahaja Taufan bersuara. "Kau siapa?! Kenapa muka kau sama macam aku?!"

Tersentak Ochobot, Fang, Gopal, Yaya, Ying, Ais dan Thorn. Ini ke Taufan yang periang tu? Kenapa dia nampak marah? Taufan tidak pernah menengking walaupun ketika marah. Tapi pernah ke Taufan marahkan orang?

Gempa hanya mendiamkan diri. Ada sesuatu yang tidak kena dengan Taufan. Dari sudut pandangannya, dia tahu, Taufan bukan marah, tapi dalam perasaan takut. "Kau...tak ape-ape? Kau...trauma ke?"

Terkaku Taufan mendengar perkataan 'trauma'. Ya, dia memang trauma. Taufan hanya mendiamkan diri.

Gempa tersenyum lalu duduk di sebelah Taufan. Taufan hanya membiarkan Gempa duduk di sebelahnya. Dia tahu, dia bakal disakiti, sekali lagi. Tanpa di jangka, Gempa mengusap kepalanya seperti seorang abang kepadanya. Taufan memandang ke arah Gempa dengan air mata yang bertakung.

"Aku faham.. Kau trauma kan? Jangan risau.. Aku takkan buat apa-apa kat kau.. Cube kau cerita apa yang jadi kat kau selama kau keseorangan.." Gempa masih mengusap kepala Taufan.

Taufan menggetap bibirnya. Adakah dia patut percaya dengan gerangan di hadapannya ini? Tanpa mempedulikan sekelilingnya dan akibat tidak tahan, dia segera memeluk Gempa dengan tangisan yang kuat. "Huwaa!!"

Terkejut mereka melihat Taufan memeluk Gempa secara tiba-tiba. Tapi Gempa membalas pelukan Taufan sambil menggosok belakangnya untuk menenangkannya. Gempa masih melakarkan senyuman sambil menenangkan Taufan.

"Aku dikurung....diseksa.. Aku...aku keseorangan... Aku dipaksa kerja... Diseksa lagi...." ujar Taufan dalam tangisan.

Ais dan Thorn pula memandang antara satu sama lain. "Kesiannya dia.." ujar Thorn rasa simpati. Ais mengangguk tanda setuju.

BOBOIBOY: THE POWER OF ELEMENTWhere stories live. Discover now