💎 [25] Serangan Kedua

1.8K 183 59
                                    

Boboiboy kini menuju ke bilik rahsia. Namun, sebelum dia masuk, dia terdengar Komander Kokoci bersama Kapten Kaizo dan Laksamana Tarung sedang membincangkan sesuatu.

"Komander rasa, Boboiboy akan ubah fikiran?" soal Kapten Kaizo.

Komander Kokoci menghela nafas. "Aku pasti.."

"Kenapa komander tak benarkan kami untuk lawan Xiles?!" soal Laksamana Tarung baran.

Komander Kokoci memandang ke arah mereka berdua. "Sebenarnya, Boboiboy lah lawan yang terbaik untuk tumpaskan Xiles.. Lagipun, macam yang Free cakap, Xiles ada kuasa yang sama seperti Boboiboy kecuali dia berbadan tegap.."

Waktu itu juga, Boboiboy masuk ke dalam bilik itu. "Komander... Saya setuju untuk tumpaskan Xiles Marsh.."

Komander Kokoci tersenyum senang. "Bagus.. Bawa Ochobot ke sini.."

Baru sahaja Boboiboy menoleh ke belakang, kelihatan Fang bersama Ochobot sudah terpacak di situ. "Tak payah, aku dah bawa Ochobot ke sini.." Boboiboy sekadar tersengih.

Ochobot kemudian menuju ke arah Komander Kokoci. "Apa komander nak saya buat?"

"Aku nak kau salurkan tenaga pada kristel elemen ni.." Komander Kokoci menunjuk ke arah kristel-kristel elemen yang berada dalam dinding kaca.

"Hah? Tapi, tak boleh ke kalau saya yang sedut kuasa kristel tu?" soal Ochobot.

"Tak boleh! Kuasa kristel elemen ni tidak sesuai untuk robot sfera kuasa.." balas Laksamana Tarung yang sedang berpeluk tubuh.

Komander Kokoci mengangguk. "Benar.. Lagipun, aku tak nak tanggung risikonya nanti.."

Ochobot menghela nafas. Dia dengan relanya mendekati semula bilik kecil. Pintu bilik kecil yang hanya memuatkan sfera kuasa sahaja tertutup apabila Ochobot memasukinya.

"Jadi, apa komander nak saya buat?" soal Boboiboy sambil memandang hairan ke arah Komander Kokoci.

Komander Kokoci menekan butang berwarna hitam yang kecil lalu muncul sebuah bilik (?) di hadapan dinding kaca. Dia kemudian meletakkan kedua-dua tangannya di belakang dan memandang ke arah Boboiboy. "Boboiboy, kau masuk dalam benda ni.. Proses ni mungkin akan mengambil masa.. Setiap elemen kau akan dapat kuasa penuh.. Cuma, aku harap kau dapat kawal.. Yang penting, kau kena berkomunikasi dengan elemenmu.."

Boboiboy yang mendengar hanya mengangguk faham. Dia kemudian melangkah ke arah bilik itu lalu bilik itu ditutup dengan kaca, namun masih dapat dilihat dari arah luar. Komander Kokoci kemudian menekan beberapa butang sebelum menekan butang 'enter'.

Cahaya mula menerangi tubuh badan Boboiboy. Mata Boboiboy turut bercahaya. Kedua-dua tangannya digenggam erat. "Arghh!!!!!!!!!!!!!!!!"

Komander Kokoci memandang ke arah Fang. "Fang, aku nak kau jaga kat sini dan periksa peratus untuk Boboiboy capai kuasa penuh dia.."

"Baik komander.." Fang mendabik dada sambil menunduk hormat.

"Aku nak periksa kapal angkasa ni dulu.." Seraya itu, Komander Kokoci beredar dari bilik rahsia itu. Fang pula berpeluk tubuh sambil memandang skrin besar yang kini sudah menunjukkan 5%.

~~~

"Boss, dalam lima minit lagi, kita akan sampai ke TAPOPS.." ujar Felixa. Dia kini memakai pakaian untuk bertarung, sama seperti anak-anak kapal yang lain. Mereka semua memang diberi khas baju perisai ketika perlawanan.

Xiles pula tersengih sinis. "Bagus.. Ikut rancangan kita.." Felixa sekadar mengangguk sambil menunduk hormat. Dia kemudian beredar dari bilik tuannya.

Xiles menuju ke arah tingkap. Matanya disapa oleh pemandangan galaksi yang indah, namun ianya tidak lama sebaik sahaja dia dapat takluki dunia ini, lebih-lebih lagi planet Bumi.

Lima minit sudah berlalu, dan kini hanya tinggal lima saat sahaja.

"5"

"4"

"3"

"2"

"1"

"0"

"Sekarang!!" Felixa mengarah ke arah Raz. Raz yang berada di hadapan butang berwarna merah, pantas sahaja menekannya. Alhasilnya, muncul beberapa robot alien keluar dari kapal angkasa mereka yang besar itu. Terdapat juga beberapa kapal angkasa yang kecil keluar dari kapal angkasa yang diduduki oleh Xiles.

Beberapa tembakan dilepaskan dan mengenai sasaran. Siren kapal angkasa TAPOPS berbunyi sekali lagi. Komander Kokoci dan Laksamana Tarung yang baru sahaja tiba di bilik kawalan terkejut besar.

"Apa yang jadi?!" Laksamana Tarung terus sahaja menekan butang berwarna hitam lalu skrin besar muncul di hadapan. Kelihatan beberapa ahli TAPOPS sedang bertarung termasuk Sai dan Shielda.

"Laksamana!! Kita diserang sekali lagi!" ujar Sai sebelum melakukan serangan kepada robot-robot alien yang menyerangnya.

Laksamana Tarung mengenggam tangannya erat. "Biar saya lengahkan masa.." Seraya itu, dia beredar dari aitu, meninggalkan Komander Kokoci seorang diri di situ.

Komander Kokoci mengeluh. "Kenapa pertarungan ni berlaku? Adakah sebab ayah aku yang buang dia dari TAPOPS?" soalnya sendirian.

~~~

"Kaizo!! Halang mereka!!" arah Laksamana Tarung sebaik sahaja melihat Kapten Kaizo sedang berlari menuju ke arahnya.

Kapten Kaizo tanpa banyak cakap, laju sahaja melibas pedang miliknya lalu beberapa robot alien terputus kepala. Dia kemudian menuju ke arah sebuah kapal angkasa yang kecil berwarna jingga.

Kapten Kaizo membuka pintu kapal angkasa itu dengan kasar. Robot-robot alien yang berada dalam kapal itu terkejut. "Tembak dia!!" Beberapa robot alien di dalam kapal itu melepaskan tembakan bertubi-tubi ke arah Kapten Kaizo.

"Dinding tenaga!" Malangnya, Kapten Kaizo dilindungi oleh perisai miliknya. Dia terseyum senget. "Hiyaa!!" Dia kemudian menghunus pedangnya kepada robot-robot alien tersebut. Habis tercabut kepala mereka.

Kapten Kaizo kemudian mengawal stereng kapal angkasa itu lalu dipusing ke arah sebuah kapal angaksa yang lain. Dia laju sahaja keluar dari kapal angkasa lalu kedua-dua kapal angkasa itu bertembung dan meletup. Alhasilnya kedua-dua kapal angkasa tersebut habis musnah. Kapten Kaizo dengan bergaya mendarat selamat dari letupan itu.

Tembakan yang dilepaskan ke arah Shielda, tidak memberikan kesan apabila Shielda mematulkan balik tembakan itu menggunakan perisai miliknya. Sedikit pun dia tidak mengalami sebarang kecederaan disebabkan dia berlindung pada perisainya.

Sai pula dengan laju mengelak kesemua tembakan itu lalu dia menghayun topi perisainya ke arah beberapa robot alien. Robot alien yang terbang itu terjatuh ke bawah akibat serangan Sai yang mengenai jetpack di belakang mereka. Sai tersenyum bangga sebelum melakukan serangan kepada robot alien yang lain.

Laksamana Tarung pula sudah bersiap sedia dengan sarung tarungnya yakni berbentuk beruang berwarna ungu. Kukunya yang tajam laju sahaja mencakar beberapa robot alien lalu dicabutnya badannya daripada kepala.

Ahli-ahli TAPOPS yang lain turut bertarung dengan melepaskan beberapa tembakan kepada robot-robot alien itu. "Mop mop!!" arah salah seorang ahli TAPOPS. (Serang!!)

~~~

Sementara itu, di bilik rahsia, kelihatan Fang masih setia melihat peratus pada skrin besar itu. Skrin sudah menunjukkan 50%. Ochobot dan Boboiboy ketika itu dalam separa sedar. Tiada siapa yang tahu apa yang terjadi kepada mereka berdua sepanjang proses ini.

Fang mengeluh seketika. "Aku harap kapten dan yang lain dapat lengahkan masa sebelum Boboiboy dapat kuasa penuh dia.." Dia masih dalam keadaan berpeluk tubuh. Dia kemudian memandang semula ke arah Boboiboy dan Ochobot.















Yeay, TAPOPS diserang sekali lagi😂 Harap semua enjoy😂👍

Dan terima kasih atas views yang mencecah 5K dan votes 1K. Author terhutang budi dengan korang semua^^

BOBOIBOY: THE POWER OF ELEMENTWhere stories live. Discover now