💎 [13] Tangisan Thorn

2.6K 226 58
                                    

Permulaan chapter ni lebih kepada kehidupan Halilintar di mana dia berkeliaran di kawasan taman Pulau Rintis.

---

[FLASHBACK]

Halilintar segera melarikan diri apabila dia dikejar oleh seekor anjing. Nak guna kuasa, kesian pulak haiwan tu lagipun, haiwan tu tiada berbuat salah dengannya. Sebaliknya, dia yang terpijak ekor anjing itu.

Setelah melarikan diri selama 10 minit, dia mula merehatkan diri di sebuah tasik. Dia duduk di kerusi yang disediakan.

"Psst"

Baru sahaja hendak melelapkan mata, suara seseorang kedengaran. Halilintar yang mendengar terkejut lantas berdiri mencari punca suara itu.

"Siapa tu?!" soal Halilintar sambil mencari-cari siapakah gerangan yang mengacaunya tidur.

"Tengok dalam tasik ni"

Halilintar yang akur terus sahaja memandang ke dalam tasik itu. Dia tersentak. "Kau siapa?! Kenapa muka kau sama macam aku?!"

Imej dirinya yang berada dalam tasik itu tersenyum.

"Aku ialah kau"

Halilintar mengerutkan dahi.

"Apesal pulak?"

"Aku ialah memori kau yang hilang"

Halilintar memandang lama imej dirinya itu.

"Dah, tak payahlah tengok aku macam tu.. Betul, aku ialah kau"

"Jadi, kau nak cakap yang aku ni menyamar?"

Imej dirinya hanya mengeluh.

"Kau ni keras kepala betul"

"Kau pun apa kurangnya"

Halilintar selamba sahaja menjawab sambil berpeluk tubuh.

Imej dirinya tiba-tiba sahaja tergelak kecil.

"Kenapa kau gelak?"

"Takde ape.. Kau nampak budak baju biru tu? Dengan budak baju hijau?"

Soal imej dirinya sambil menunjuk ke arah dua orang budak lelaki.

Halilintar memandang ke arah di mana imej dirinya menunjuk ke arah sesuatu. Dia sedikit tersentak sebab dua orang budak lelaki itu serupa dengannya.

"Diorang...sama muka dengan aku?"

"Haah.. Kau pergilah berkawan dengan diorang"

Halilintar menjongketkan keningnya.

"Berkawan? Tu bukan diri aku"

Imej dirinya itu memandang menyampah ke arah Halilintar.

"Berkawan, tak semestinya bergaul dengan mereka.. Kalau kau tak nak, sekurangnya kau tahu latar belakang mereka"

Halilintar hanya mendiamkan diri. Dia tidak tahu hendak percaya atau tak. Hendak buat atau tak.

"Dahlah.. Kau fikirkan jelah"

BOBOIBOY: THE POWER OF ELEMENTWhere stories live. Discover now