💎 [11] Operasi

2.6K 236 56
                                    

Mr. X kini berada di bilik senjatanya. Dia dan Felixa sedang memeriksa semula senjata mereka agar persiapan mereka mencukupi.

"Felixa.. Dah kira semua senjata dalam bilik ni?" soal Mr. X tegas.

Felixa mengangguk sambil mencatat sesuatu pada buku nota di tangannya. "Dah.. Kesemuanya ada 200 senjata bos termasuk senjata yang bos beli dengan Encik Bagogo.."

"Hm.." Mr. X mendekati sebuah motor angkasa berwarna biru hitam. "Felixa, aku nak kau aturkan masa aku dengan Trez dan Dos.. Aku nak bincang sesuatu dengan diorang.. Kau boleh keluar.."

"Baik bos.." Setelah itu, Felixa beredar dari situ meninggalkan Mr. X di bilik senjata itu.

~~~

"Makan!" Suara pengawal yang menjaga tawanan penjara itu, membuatkan tawanan penjara di situ berasa gerun. Tambah lagi dengan muka yang langsung tiada segaris senyuman.

Lelaki yang diberi makanan oleh pengawal itu, tergetar-getar mengambil makanan lalu selamat mendarat di atas lantai.

"Lambat betul! Nak aje aku campak makanan tu! Tapi, kalau bukan sebab arahan bos, aku tak jadi buat.." Pengawal itu segera beredar. Malas dia nak berlama di penjara itu. Buat sakit hati adalah.

Lelaki itu mengeluh. Nak kata menyesal, tak juga sebab dia dah selamatkan orang yang sepatutnya perlu diselamatkan. 'Aku perlu cari dia secepat mungkin..'

Dia tekad. Selepas keluar dari penjara, dia perlu cari budak tu sampai ke lubang cacing.

~~~

"Ochobot, Tok Aba mana?" soal Gempa. Dari jam 7 lagi dia mencari Tok Aba, namun tidak kelihatan.

"Oh, Tok Aba pergi pekan.. Katanya nak beli barang sikit.." ujar Ochobot yang sedang membersihkan televisyen.

Gempa menghela nafas lega. Bagus juga kalau Tok Aba keluar. Takdelah rasa diperhati.

"Boboiboy!" Suara seseorang dari luar menyentakkan Gempa. Gempa segera membuka pintu rumah. "Korang? Masuklah.."

Fang, Gopal, Yaya dan Ying masuk apabila dijemput oleh Gempa. Mereka duduk di sofa.

"Gempa.. Kau...eh?" Solar mengerutkan dahi. Siape pulak diorang ni? Tetamu tak diundang ke ape? 😂

"Hah, diorang ni kawan kita.. Fang..Gopal..Yaya dan Ying.." balas Gempa sambil memperkenalkan mereka satu persatu. Mereka berempat melambai ke arah Solar.

"Err hai.." Lambat-lambat Solar membalas lambaian mereka akibat kekok.

"Aik, sejak bile dia ada kat sini?" soal Gopal hairan.

"Oh, sejak kelmarin.." Gempa berpeluk tubuh.

"Hai korang!" Taufan, Ais dan Thorn yang baru turun menyapa mereka dengan mesra. "Hai!" balas mereka berempat.

"Hmm.. Sekarang, kita perlu cari kuasa petir dan api Boboiboy.." ujar Fang yang sedang berpeluk tubuh.

"Ya lo.. Kita kena cepat.." ujar Ying pula.

"Kalau korang nak tahu, aku ada nampak Halilintar di sekitar sini.." Kata-kata Yaya membuatkan semua mata memandang ke arahnya.

"Betul ke?!" soal Gopal tidak percaya.

"Betul.. Aku nampak dia jalan-jalan di sekitar taman.. Walaupun dia tutup muka guna hoodie, tapi aku masih dapat cam muka dia.." ujar Yaya sambil mengingati muka Halilintar yang dilihatnya ketika terbang.

"Hmm.. Kalau korang nak tahu, kelmarin Taufan dan Thorn terserempak dengan dia.." Balasan daripada Ochobot membuatkan Fang, Gopal, Yaya dan Ying memandang ke arahnya.

BOBOIBOY: THE POWER OF ELEMENTWhere stories live. Discover now