💎 [26] Kuasa Penuh

1.8K 185 51
                                    

Beberapa minit berlalu, TAPOPS masih dikelilingi dengan beberapa kapal angkasa. Malangnya kapal angkasa yang keluar semakin banyak.

Kapten Kaizo mendengus geram. "Biar aku masuk kapal angkasa besar tu!" Dia kemudian meluru masuk ke dalam kapal angkasa yang besar secara haram. Bunyi siren kapal angkasa besar itu kedengaran sebaik sahaja Kapten Kaizo masuk secara haram.

Xiles yang mendengar siren bergema tersenyum sinis. Dia dah agak akan ada penceroboh. Nampaknya kini untuk dia beraksi. Dia kemudian menuju ke arah pintu keluar kapal angkasa itu.

Xiles menekan butang berwarna kelabu lalu pintu itu terbuka. Dia kemudian keluar dari kapal angkasa itu dan mendarat dengan selamat.

Laksamana Tarung yang selesai membelasah musuh, terus menoleh ke arah Xiles. Dia menggetap bibir tanda geram. Perlahan-lahan dia menuju ke arah Xiles. "Kau!! Berani kau tunjuk muka kat sini!!" Jarinya dituding ke wajah Xiles yang kelihatan selamba.

Xiles tertawa kecil. Dia menjongketkan keningnya. "Tiba giliran aku untuk beraksi.." Dia dengan laju menghilangkan diri seperti kilat.

Laksamana Tarung yang melihatnya terkejut. Matanya meliar mencari kelibat Xiles. Xiles pula muncul di belakang Laksamana Tarung bersama pedang berwarna hitam. Dia tersengih sinis. "Pedang hitam halilintar!!" Ditusuknya pedang itu di belakang Laksamana Tarung.

"Aghhhh!!!" Laksamana Tarung tidak sempat mengelak dan terpaksa menerima renjatan elektrik itu. Namun, dia masih bertahan dan cuba mencakar wajah Xiles. Xiles dengan pantas menghilangkan diri sekali lagi.

"Keluarlah pengecut!!" Laksamana Tarung baran. Emosinya mula tidak stabil dan mukanya yang tadinya merah menjadi semakin merah.

Berbalik di tempat Kapten Kaizo, matanya memerhati sekeliling kapal angkasa itu. Dia dikejutkan dengan tembakan yang menuju ke arahnya. "Dinding tenaga!!" Mujur sahaja dia sempat melindungi dirinya dengan menggunakan perisai tenaganya.

Mata Kapten Kaizo tajam memandang beberapa robot alien yang sedang menghalakan pedang mereka ke arah Kapten Kaizo. Dia dengan pantas meluru satu per satu robot alien itu bersama pedangnya. Ditetaknya robot-robot alien itu lalu kesemuanya tewas dalam genggaman Kapten Kaizo.

Kapten Kaizo kemudian meneruskan langkahnya untuk meredah kapal angkasa yang besar ini. Dia perlu pergi ke pusat kawalan untuk kawal kapal angkasa ini.

~~~

Laksamana Tarung kini diikat dengan duri-duri yang tajam pada sebuah kapal angkasa TAPOPS. Dia cuba melepaskan diri namun ikatan duri itu ketat. "Lepaskan aku!!"

Xiles tersengih sinis. "Tak mungkin.." Dia kembali melangkah ke hadapan, menuju ke arah pintu utama TAPOPS. Namun, niatnya dihalang oleh Sai dan Shielda.

"Berhenti!!" Sai mula bersuara. Dia kemudian melontar topi perisainya ke arah Xiles.

Xiles tersenyum sinis. "Tanah pelindung!!" Muncul tembok sebagai pelindung kepada Xiles. Akibatnya, serangan Sai terlepas dan topinya kembali kepada Sai.

Sai dan Shielda terkedu. Kuasa Xiles sama seperti Boboiboy. "Kau...ada kuasa macam dia?!" Tak percaya Shielda dengan apa yang berlaku di hadapan matanya.

"Heh, korang pun nak halang aku? Gerakan kilat!" Xiles menggunakan kuasa kilatnya lalu muncul di atas Sai dan Shielda. Sai dan Shielda tergamam.

"Tetakan pedang hitam halilintar!!!" Xiles merenjatkan elektrik kepada Sai dan Shielda menggunakan pedangnya. Shielda tidak sempat melindungi dirinya dan adiknya menyebabkan mereka berdua terkena serangan itu.

"Aghhhh!!!!!!" Sai dan Shielda terbaring lemah. Xiles yang melihatnya tersenyum sinis sebelum melangkah masuk ke dalam TAPOPS.

~~~

Komander Kokoci mula tidak sedap hati. Terus sahaja dia pergi ke bilik rahsia untuk periksa keadaan. Tibanya dia di sana, dia menghela nafas lega.

Dia mendekati Fang. "Fang, aku tak sedap hati.." Fang menoleh dengan kerutan pada dahinya. "Kenapa komander?"

"Hmm... Aku rasa-" Kata-kata Komander Kokoci terhenti sebaik sahaja mereka berdua terdengar bunyi tapak kaki yang besar menuju ke arah situ. Meremang bulu roma mereka berdua seketika.

"Komander, nampaknya ada orang nak datang ke sini.." bisik Fang. Komander Kokoci memandang ke arah skrin besar yang menunjukkan 90% sebelum memandang semula ke arah Fang. "Okey, kau dan aku akan pergi lengahkan masa.."

"Hah??" Fang mengerutkan dahinya sebelum mengangguk perlahan. "Okey.. Kalau komander kata macam tu, saya tak boleh bantah.." Dia memandang sekilas ke arah Boboiboy sebelum mengikuti Komander Kokoci keluar dari bilik itu. 'Aku harap kau sempat dapat kuasa penuh kau' monolog hatinya.

~~~

"Hmm.." Mata Xiles tajam sahaja mencari keberadaan kristel elemen tu. Baru sepuluh langkah, matanya disapa oleh Fang dan Komander Kokoci. Dia menjongketkan keningnya. "Jangan halang aku..."

Fang turut menjongketkan keningnya. "Kau kena lepasi aku dulu.. Harimau bayang!!" Fang menghasilkan harimau bayang lalu harimau bayangnya mengaum kuat. "Serang!!!"

Harimau bayang Fang mengaum sekali lagi sebelum melakukan serangan kepada Xiles. Xiles masih dalam keadaan tenang sebelum tersenyum senget. "Bebola api hitam!!" Muncul beberapa bola api berwarna hitam menuju ke arah harimau bayang Fang.

Harimau bayang Fang terkejut dan menerima serangan itu sehingga dia sendiri hilang. Fang dan Komander Kokoci yang melihatnya menelan air liur. Komander Kokoci mengundur selangkah sehinggalah matanya dapat melihat skrin besar itu. Hanya tinggal 6% sahaja lagi untuk siap.

"Tangan bayang!! Tangkap dia!!" Fang masih tidak mengalah.

Xiles menjongketkan keningnya. Dia kemudian mengeluarkan pemanah berwarna biru kehitaman. "Panahan ais hitam!!"

Terus sahaja tangan bayang Fang menjadi beku akibat serangan itu. Tergamam Fang dan Komander Kokoci seketika. Mereka berdua mula cemas.

"95%"

Xiles memandang ke arah mereka berdua dengan pandangan sinis menyebabkan mereka berdua meremang bulu roma. "Gerakan kilat!!" Dia menghilangkan diri lalu muncul di belakang mereka berdua.

"96%"

Fang dan Komander Kokoci terkaku. "Tetakan pedang hitam halilintar!!" Xiles melakukan serangan.

"97%"

"Aghhhh!!!!!!" Fang dan Komander Kokoci akhirnya terbaring lemah. Namun, Komander Kokoci sempat memandang ke arah skrin besar.

"98%"

Xiles tersenyum kemenangan sebelum melangkah masuk ke dalam bilik rahsia itu. Dia tergamam apabila melihat skrin besar itu.

"99%"

Xiles menggetap bibirnya. Dia perlu hentikan sebelum Boboiboy mendapat kuasa penuh. Dia dengan pantas menuju ke arah bilik yang ditempatkan oleh Boboiboy. Dia mengeluarkan pedang hitam halilintar miliknya. Dia menghayun pedang itu ke arah Boboiboy.

"100%"

Boom!!!

Xiles terdorong ke belakang akibat letupan itu. Letupan itu menghasilkan debu sehinggakan Xiles tidak dapat melihat apa yang terjadi. Dia menggosok matanya untuk membetulkan penglihatannya. Apa yang dilihatnya, wajah Boboiboy yang masih dalam keadaan samar-samar.

Waktu itu juga, Boboiboy keluar perlahan-lahan dari benda itu. Matanya masih bercahaya. Badannya kaku seperti robot sebelum debu sudah hilang. Dia memejam matanya rapat sebelum membukanya. "Kuasa penuh!! Diaktifkan!!" Kini, Boboiboy kelihatan lebih hebat dan bergaya dengan adanya jam kuasa yang lebih besar. Dia tersenyum lebar.















Adakah Boboiboy berjaya mengalahkan musuh? Nantikan chapter seterusnya😂

BOBOIBOY: THE POWER OF ELEMENTWhere stories live. Discover now