💎 [5] Kuasa Seterusnya

2.7K 252 53
                                    

"Ni...rumah kita?" soal Thorn yang masih merenung setiap inci rumah yang dimasukinya.

Gempa tergelak kecil. "Iye.. Ni rumah kita.. Jom, kita naik atas.."

Gempa dan Thorn melangkah ke tingkat atas di mana terdapatnya bilik mereka. Gempa mengetuk pintu bilik. "Masuklah.. Pintu tak berkunci.." balas Ais yang berada dalam bilik itu.

Gempa membuka pintu. Kelihatan Ais sedang membaca buku di meja belajar. Berkerut dahi Gempa. "Kenapa tak tidur lagi?"

Ais menoleh. "Tak mengantuk lagi.. Eh, ni...siape Gempa? Kembar kita ke?"

Thorn memandang Gempa dan Ais bersilih ganti. "Jadi, nama dia Gempa?"

Ais mengangguk lalu menghampiri mereka berdua. "Aku Ais.." Dia menghulur tangannya untuk berjabat.

Thorn menyambut huluran itu dengan senyuman. "Aku...err... Nama aku... Erm.." Thorn memandang ke arah Gempa yang sedang bergelak kecil. Bolehnya dia gelakkan Thorn yang hilang ingatan itu.

"Nama dia Thorn.. BoBoiBoy Thorn.." jawab Gempa sebaik sahaja ketawanya reda.

Ais membalas senyuman Thorn lalu melepaskan jabatan tangannya dengan Thorn. "Jadi, siape adik? Aku atau dia?"

Gempa menjongketkan kening. "Mestilah dia.. Kalau kau nak tahu, dia ni lurus bendul.."

"Oohh" Ais terangguk-angguk mendengarnya.

Thorn memandang Gempa dan Ais bersilih ganti. "Jadi, aku adik kembar korang?"

Gempa dan Ais memandang antara satu sama lain lalu mengangguk. Ais memegang bahu kiri Thorn. "Kau pun mesti hilang ingatan kan? Aku pun sama.. Aku harap kita dapat semula memori kita yang hilang tu.."

Thorn mengangguk setuju. "Aku pun harap macam tu.."

"Dah dah.. Pergi tidur.. Dah pukul 10.30 ni.." ujar Gempa sebaik sahaja dia melihat masa di jam tangannya.

"Okey!"

~~~

Kelihatan seseorang sedang berlari daripada dikejar oleh seekor kucing. Seseorang itu kelihatan memegang ikan yang sudah dimasak di tangan kanannya.

Sedang berlari, akhirnya, dia menjumpai jalan mati. Dia memandang ke belakang. Nampaknya kucing tu masih mengikutinya. Dia tersenyum sinis. Dia melompat ke atas sebuah tong sampah lalu mendarat di atas sebuah bangunan.

Kucing yang melihat itu terkejut. Dia segera melarikan diri dari tempat itu akibat terkejut dan takut.

Si dia meneruskan lariannya sehingga mendapat tempat yang sesuai untuk berteduh semalaman. Hari esok pula, dia kena cari tempat lain.

~~~

"Selamat pagi! Eh, Gempa? Awal kau bangun.." ujar Ais sebaik sahaja sampai di dapur bersama Thorn.

Thorn menutup mulutnya yang menguap. "Haah.. Kenapa tak kejutkan kitorang?"

Gempa menoleh dan tersenyum. "Aku tak nak kacau korang tidur.. Dah, meh sini kita sarapan.."

"Eh, awal cucu atok ni bangun.." Suara seseorang membuatkan Gempa, Ais dan Thorn terkejut.

Gempa sudah memberitahu Ais dan Thorn tentang Tok Aba. Jadi, mereka terpaksa berlakon seperti takde ape yang berlaku supaya Tok Aba tak risau.

"Err, hehe.. Sekali sekala.. Kan Thorn?" soal Ais sambil menyiku lengan kiri Thorn. "Hmm!" Thorn membalas dengan anggukan.

Tiba-tiba sahaja Tok Aba kerutkan dahi. Habis, ape diorang nak jawab nanti?

"Mane Ochobot?" soal Tok Aba sambil menggaru kepalanya yang gatal itu.

Gempa, Ais dan Thorn menghela lega. Ingatkan nak tanya pasal kenapa diorang berpecah. Gempa mematikan dapur gas lalu memandang ke arah Tok Aba. "Erm, dia ada kat kedai Tok Aba dengan Fang dan Gopal.."

Sebetulnya, Ochobot bermalam di rumah Fang disebabkan rumah Fang ada peralatan yang boleh digunakan untuk menjejak lokasi kuasa-kuasa Boboiboy.

"Ohh.. Eh, atok kena pergi ni.." Tok Aba segera pergi ke pintu hadapan, diikuti oleh Gempa, Ais dan Thorn.

"Atok nak pergi mana?" soal Thorn. Dia cuba menyesuaikan diri di rumah itu kalau tak, kantoi yang diorang ada masalah.

Tok Aba segera berdiri sebaik sahaja selesai mengikat tali kasut. "Atok nak pergi rumah Uncle Yim.. Dia nak minta tolong atok untuk bersihkan kawasan kedai dia yang berhabuk tu.."

"Oohh.. Jaga diri Tok Aba.. Kalau ada apa-apa, atok terus bagitahu kitorang.." ujar Gempa prihatin. Tok Aba lah satu-satunya atok yang mereka ada.

"Yelah.. Jaga rumah elok-elok.. Hah, ni, sampai bila nak berpecah ni? Atok tak kisah kalau korang nak berpecah tapi, jangan lama-lama.. Atok takut korang hilang ingatan lagi.." ucap Tok Aba panjang lebar. Gempa, Ais dan Thorn berkecut perut mendengar penjelasan Tok Aba. Tak tahu nak jawab apa.

"Ni, Gempa.. Kamu yang sulung, kena jaga mereka berdua.." sambung Tok Aba lagi.

Gempa tersengih. "Baik atok! Gempa tahulah nak jaga diorang ni!" Gempa mengusap kepala Ais dan Thorn.

Ais dan Thorn pula terkebil-kebil memandang Gempa yang mengusap kepala mereka. Bila Gempa buat macam tu, hati mereka rasa tenang dan rasa, disayangi. Tanpa sedar, mereka berdua tersenyum.

"Hm, okeylah.. Atok pergi dulu.. Assalamualaikum!" Tok Aba mula melangkah keluar dari pagar rumah.

"Waalaikumsalam!" sahut Gempa, Ais dan Thorn.

~~~

"Fang! Jangan bagi dia terlepas!" jerit Gopal yang sudah kepenatan mengejar kuasa angin Boboiboy namun, dia tetap teruskan juga lariannya. Ochobot juga sudah kepenatan nak mengejar walaupun dia terbang.

Fang akur. "Helang bayang!" Fang naik ke atas badan helang bayang lalu memecut mengejar kuasa angin Boboiboy yakni sebagai Boboiboy Taufan.

Boboiboy Taufan menoleh ke belakang. Fang hampir mendekatinya. "Hahaha! Kau tak boleh kejar aku!" Dia melajukan lagi kuasa hoverboardnya.

Fang yang melihat berdecit. "Helang bayang! Kejar dia!" Helang bayang berbunyi menandakan akur dengan arahan Fang. Helang bayang terus mengejar Boboiboy Taufan dari belakang. Namun, Boboiboy Taufan tetap laju darinya.

"Ochobot! Kau dah bagitahu Yaya dan Ying?!" soal Fang melalui jam kuasanya untuk berhubung dengan Ochobot.

"Dah! Kejap lagi diorang sampai!" sahut Ochobot.

Fang hanya mengangguk lalu meneruskan untuk mengejar Boboiboy Taufan yang aktif itu.

Boboiboy Taufan yang merasakan dirinya selamat, tergelak kecil. Tanpa disangkanya, Yaya mengejarnya dari belakang. Membulat matanya. "K..kau siapa?!"

Yaya tidak menjawab sebaliknya, menggunakan kuasanya. "Graviti pemberat!"

Dengan kuasa Yaya, Boboiboy Taufan akhirnya terjatuh ke permukaan tanah akibat graviti yang menariknya ke bawah. "Ergh! Lepaskan aku!"

"Fang! Ikat dia!" jerit Ying memberi arahan kepada Fang yang sedang menghampiri mereka.

"Tali bayang!" Fang menghasilkan tali bayang lalu mengikat badan Boboiboy Taufan pada sebuah pokok yang besar.

Yaya menghilangkan kuasa gravitinya. "Jangan cuba buat apa-apa kalau tak, kau akan cedera.."

Boboiboy Taufan mengeluh tapi, tu tak bermakna yang dia perlu putus asa. Ketika Fang dan yang lain sedang menghubungi seseorang, Boboiboy Taufan mengambil kesempatan ini untuk menggunakan kuasanya.

"Okey, lebih baik kita awasi Boboiboy Taufan.. Dia tu, kalau dah aktif, susah nak kawal.." ujar Ochobot membuatkan Fang, Gopal, Yaya dan Ying mengangguk faham.

Bila mereka toleh je, Boboiboy Taufan dah hilang dengan pokok tu sekali. Membuntang mata mereka berlima. "Mane dia?!"



BOBOIBOY: THE POWER OF ELEMENTWhere stories live. Discover now