💎 [15] Dikawal

2.5K 211 24
                                    

"Boboiboy! Hentikan!" jerit Yaya yang sedang terbang sambil memandang ke arah Boboiboy Blaze.

Boboiboy Blaze memandang ke arah Yaya. "Boboiboy? Siape tu? Hahaha! Nak lagi? Boleh! Bebola api! Hiyaa!!!" Dia menyerang bertubi-tubi ke sekelilingnya termasuklah sekolah, pokok dan juga kantin.

"Ahh! Tolong! Nanti terbakor kantin ni nak!" jerit mak cik kantin yang masih berada dalam kantin itu bersama keluarganya.

Yaya yang melihat keadaan itu segera menghampiri mak cik kantin. "Mak cik! Kita kena lari dari sini!"

"Tapi nak.. Kantin ni macam mana? Habislah barang-barang ni semua.." sayu sahaja suara mak cik kantin itu.

Yaya memegang tangan mak cik kantin. "Takpe mak cik.. Yang penting mak cik dan keluarga mak cik selamat.. Jom.." Yaya segera membawa keluar mak cik kantin keluar dari situ bersama keluarga mak cik kantin.

"Boboiboy! Berhentilah! Nanti ramai orang tercedera!" jerit Fang yang cuba memadamkan api menggunakan baldi yang berisi air sahaja.

"Hahaha!! Takde siapa boleh hentikan aku!" jerit Blaze kegirangan. Dia suka buat macam ni sebab dia nak bebas. Dia nak bermain sepuas-puas hatinya.

"Blaze!!!! Hentikan!!" Suara seseorang menyebabkan Blaze menoleh ke arah gerangan yang memanggil namanya. Dia tersentak. Orang tu sama sepertinya kecuali pemakaiannya.

"Dia...kembar kita?" soal Thorn sambil memandang tidak percaya ke arah Blaze.

"Blaze!! Berhenti! Nanti ramai yang cedera!" Gempa sedaya upaya cuba memujuk Blaze supaya berhenti melakukan serangan.

Blaze memandang lama ke arah Gempa. Kenapa dia rasa dia ada hubungan dengan orang tu? Namun, disebabkan ego, dia masih meneruskan serangannya. Tetapi, kini dia menyerang ke arah Gempa dan kembarnya yang lain.

"Hah?! Tanah pelindung!" Gempa sempat membuat benteng untuk melindungi dirinya serta adik-adiknya.

Blaze mendengus geram. "Tak kena pulak.." Dia kemudian meneruskan kembali serangannya.

"Berhenti Blaze!!" Gempa masih tidak berputus asa. Dia akan cuba sehabis mungkin untuk menghentikan serangan Blaze.

Blaze yang mendengar jeritan itu berkali-kali, tiba-tiba sahaja memegang kepalanya yang sakit. "Ughh.. Jangan! Berhenti! Jangan kawal aku lagi!"

"Hahaha! Kau tu lemah! Biar aku yang kawal badan kau ni!" kata Blaze tiba-tiba seolah-olah ada dua personaliti dalam dirinya.

Dalam diam, Ochobot mengimbas badan Blaze. Ochobot terkejut. Rupanya ada sesuatu yang mengawal diri Blaze. Diri Blaze yang sebenar cuba melawan Blaze yang sekarang namun, diri Blaze yang sebenar tidak kuat.

"Ugh! Hentikan! Kau penipu!"

"Aku penipu? Heh.."

"Argh!! Hentikan!!"

Suara Blaze makin lama makin kuat. Gempa yang melihat mula berasa resah lalu mendekati Blaze yang sedang menahan sakit.

"Gempa!" Taufan, Ais, Thorn dan Solar memandang Gempa yang menuju ke arah Blaze.

Sebaik sahaja mendekati Blaze, Gempa memeluk tubuh Blaze yang berada dalam kesakitan. Gempa turut merasa kesakitan yang dialami oleh Blaze. "Ughh.."

Ochobot masih dalam mengimbas badan Blaze. Namun, dia terkejut ketika Gempa memeluk Blaze. Kelihatan Gempa menolong Blaze daripada dikawal oleh sesuatu.

"Argh! Kau siapa?! Berani kau masuk campur!"

"Kau! Keluar dari badan Blaze! Kau akan menyesal nanti!" - Gempa

BOBOIBOY: THE POWER OF ELEMENTWhere stories live. Discover now