💎 [28] Perlawanan

1.9K 155 13
                                    

"Heh, kitorang takkan kalah! Boboiboy bersatu!!" Ketujuh-tujuh elemen Boboiboy berpegangan tangan sambil berdiri tegak. Semangat membuak-buak muncul dalam diri masing-masing.

"Tch.." Mata Xiles tertumpu pada kristel elemen yang ada pada dinding kaca itu. "Heh, kau ingat kau je yang akan dapat kuasa penuh?!" Dia dengan laju meluru ke arah dinding kaca itu.

"Akar pengikat maksima!!" Thorn menggunakan kuasanya untuk mengikat tubuh badan Xiles daripada bergerak.

"Ughh.... Ish! Pemanasan api!!" Muncul api berwarna hitam mengelilingi tubuh badan Xiles menyebabkan akar yang mengikat tubuhnya hangus.

Ikatan mulai longgar. Xiles berjaya melepaskan diri. Gempa yang melihat keadaan itu, segera melindungi dinding kaca itu. "Tanah pelindung maksima!!"

Muncul tanah pelindung di sekeliling dinding kaca termasuk bilik kecil yang diduduki oleh Ochobot. Ochobot masih dalam keadaan separa sedar dan sedang dicas.

"Tetakan pedang hitam halilintar!!" Xiles mengeluarkan pedang hitam halilintar lalu melakukan serangan terhadap pelindung tanah itu, namun tiada kesan. Xiles mengerutkan dahinya tanda pelik.

"Pusaran taufan maksima!!!" Taufan mula melakukan serangan terhadap Xiles. Xiles yang tidak perasan serangan itu terus sahaja disedut ke dalam angin kencang itu. Matanya mula berpusing-pusing dan dia mula berasa mual.

"Hahaha!!" Taufan ketawa riang. Cara dia nak tingkatkan kuasanya adalah dengan menjadi dirinya sendiri iaitu menjadi seorang yang suka bermain. Taufan kemudian memetik jarinya lalu angin kencang itu berhenti sebaik sahaja dia perasan sudah lama Xiles berpusing di dalam pusaran itu.

"Ughh... Buek!!" Xiles tiba-tiba sahaja muntah. Ketujuh-tujuh elemen Boboiboy berasa geli.

"Eww.. Gelinya.." ujar Solar dengan suara yang sengaja digedikkan. 😂🤣

"Huh.." Xiles kembali berdiri. Dia tampak fokus dan yakin pada dirinya. Dia tersenyum sinis. "Heh, tumbukan tanah bertubi-tubi!!"

Beberapa ketulan tanah muncul lalu menyerang mereka bertujuh. Membuntang mata mereka bertujuh lalu pantas sahaja mereka mengelak serangan itu.

"Ish!" Ais yang tidak tahan dengan serangan itu, terus sahaja membalas. "Tembakan ais!!" Ketulan-ketulan tanah yang hampir mengenainya terus sahaja bertukar menjadi ais salji yang lembut dan jatuh ke bawah lantai.

Xiles tersengih sinis. "Bye!! Aku pun nak dapat kuasa penuh!" Tanpa disangka, dia sudah berada di hadapan dinding kaca itu. "Pembekuan ais.." Dia membekukan pelindung tanah itu lalu pelindung tanah itu bertukar menjadi ais. Dia kemudian menumbuk kuat ais itu sehingga hancur berkecai. Ternganga ketujuh-tujuh elemen Boboiboy.

"Hiyaa!!" Xiles kemudian menumbuk dinding kaca itu sehingga kristel elemen berada dalam genggaman tangannya. Dia tersenyum sinis. "Saksikanlah!!"

Dia kemudian menyedut kuasa dari kristel elemen itu menggunakan tangan kanannya yang kini dibaluti dengan emas. Cahaya mula terhasil dari badan Xiles menyebabkan ketujuh-tujuh Boboiboy terpaksa memejam mata.

~~~

"Kapten!!" Fang memanggil abangnya sebaik sahaja dia tiba di sisi Kapten Kaizo. Kapten Kaizo menoleh. "Huh?"

Fang memegang lututnya sambil tercungap-cungap sebelum memandang ke arah Kapten Kaizo. "Xiles ada kat dalam!!"

Membulat mata Kapten Kaizo. "Ape?!!!!" Dia dengan pantas menuju ke dalam TAPOPS. Kapten Kaizo sempat memberi bahasa isyarat kepada Sai, Shielda dan Laksamana Tarung. Fang hanya mengikuti abangnya dari belakang.

"Serang!!" arah Laksamana Tarung tegas. Mukanya serius, tiada sedikit pun senyuman pada wajahnya.

"Mop!!" balas ahli-ahli TAPOPS. (Baik!!) Mereka kemudian melepaskan beberapa das tembakan kepada musuh. Semakin lama semakin banyak robot alien dan sebab itu mereka perlu berusaha lebih untuk kalahkan mereka.

BOBOIBOY: THE POWER OF ELEMENTWhere stories live. Discover now