💎 [1] Tembakan Sinaran Z

3.8K 288 48
                                    

"Ochobot! Kau ade kat mane?!" jerit Boboiboy mencari sahabat kesayangannya di ruang tamu rumah. 'Mane dia ni? Takkan dah pergi kedai atok?' monolog hatinya.

Boboiboy berjalan perlahan menuju ke dapur. Kelihatan Tok Aba sedang menghirup air koko. Dia tersenyum suka. Perlahan-lahan dia mendekati atok kesayangannya yang sedang duduk membelakanginya.

"Boboiboy, atok tahu kau nak kejutkan atok.." Suara Tok Aba kedengaran membuatkan Boboiboy terkejut. Dia tersengih sambil menggaru tengkuknya. "Hehe, atok perasan rupanya.."

Tok Aba tersenyum sebaik sahaja Boboiboy melabuhkan punggung di sebelahnya. "Mestilah atok perasan.. Dah kau ni cucu atok.." ujarnya sambil menggosok kepala Boboiboy yang dibaluti dengan topi kesayangannya.

Boboiboy tersengih. "Atok, atok nampak Ochobot tak? Tadi dia ada kat bilik Boboiboy.."

"Hm, dia dah pergi kedai atok.. Dah, kau perlu tolong Ochobot kat kedai.. Atok nak rehat kat bilik.." Seraya itu, Tok Aba berdiri.

"Baik tok.. Tapi, atok okey ke?" soal Boboiboy. Risau dengan keadaan Tok Aba.

"Takpe, atok okey.. Dah pergi sana.. Kesian Ochobot sorang-sorang kat sana.." ujar Tok Aba seperti menghalau cucunya yang tunggal itu. Memang nak menghalau sebenarnya. 😂

"Yelah tok.. Boboiboy pergi dulu.." Boboiboy menyalam tangan Tok Aba lalu keluar dari rumah itu. Tok Aba hanya melihat melalui ekor matanya.

~~~

"Baa!!" Ochobot yang mendengar hanya menjeling. "Kau ingat aku ni penakut macam kau ke?"

Gopal hanya tersengih. "Tak terkejut ke?"

"Tak. Aku dah terbiasa dengan kejutan kau tu" ujar Ochobot sambil memandang Gopal yang tersengih.

"Hai korang!" Ochobot dan Gopal segera memandang ke arah gerangan yang menyapa mereka. "Hai Boboiboy!" ucap mereka berdua.

Boboiboy segera duduk di sebelah Gopal. Gopal memandang ke arah Ochobot. "Ochobot! Special Hot Chocolate satu!"

"Siap" Ochobot segera menyediakan pesanan yang diminta oleh Gopal.

Mata Gopal meliar di setiap kedai Tok Aba. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Boboiboy, Tok Aba tak kerja ke?"

"Oh, Tok Aba nak rehat katanya.." jawab Boboiboy. "Oohh..." Gopal mengangguk faham.

Baru sahaja Ochobot memalingkan muka ke arah Boboiboy dan Gopal, dia terlihat Adudu dan Probe sedang menuju ke arah mereka dengan membawa sebuah senjata. Kejap, senjata?!

"Cepat Incik Boss.." bisik Probe yang setia berada di sisi tuannya itu.

Adudu mengangguk faham. Perlahan-lahan dia mengangkat pistol itu menghala ke arah Boboiboy. Dan sebaik sahaja menghala ke arah Boboiboy, dia segera menekan picu pistol itu.

Ochobot yang melihat terkejut. "Boboiboy!! Elak!!"

Boboiboy yang terkejut dengan jeritan Ochobot segera berpaling ke arah belakangnya. Disebabkan tidak sempat mengelak, dia terkena tembakan itu. "Arghhh!!!!!!"

Gopal segera menjauhkan dirinya lalu mendekati Ochobot. "Ke.. kenapa dengan Boboiboy tu?! Ape jadi kat dia?!"

Ochobot tidak menjawab malah termenung melihat apa yang sedang berlaku dengan Boboiboy. Jeritannya semakin kuat.

"Arghhhhh!!!!!!!" Boboiboy berpeluk tubuh. Dia berlutut. Tiba-tiba, satu persatu cahaya yang berbentuk elemen kuasa Boboiboy keluar dari badan Boboiboy. Elemen Petir yang pertama muncul, terus terbang ke langit. Diikuti dengan elemen Angin, Api, Air, Daun dan Cahaya.

Adudu dan Probe yang melihat itu segera melarikan diri. 'Maafkan kitorang Boboiboy' monolog hati mereka berdua.

Ochobot yang melihat segera mengimbas badan Boboiboy. Kelihatan elemen Petir, Angin, Api, Air, Daun dan Cahaya meresap keluar dari badan Boboiboy. Yang peliknya, elemen tanah tidak keluar dari badan Boboiboy. Ape yang jadi sebenarnya?

Jeritan Boboiboy semakin perlahan dan cahaya dalam badan Boboiboy semakin pudar. Lama-kelamaan dia pengsan.

"Boboiboy!!" Ochobot dan Gopal segera mendekati Boboiboy yang tidak sedarkan diri.

Gopal menggoncangkan lengan Boboiboy. "Boboiboy! Kau okey tak?! Boboiboy! Eh?! Ochobot, kenapa pakaian Boboiboy berubah?!" Dia terkejut. Boboiboy yang tadinya berpakaian berwarna oren tiba-tiba bertukar menjadi coklat kehitaman.

Ochobot meneliti baju Boboiboy dan matanya tertancap pada elemen tanah yang bergantung pada jaketnya dan topinya. "Elemen tanah? Boboiboy Gempa?"

Gopal memandang Ochobot dengan persoalan. "Ape maksud kau ni? Aku tak faham.."

"Hm, nampaknya, tembakan tu membuatkan kesemua elemen Boboiboy berpisah dan berjauhan.." ujar Ochobot sambil memerhati Boboiboy yang kini ialah Boboiboy Gempa.

"Hah?! Maksudnya..." Belum sempat Gopal meneruskan percakapannya, Ochobot memotong. "Dia bukan lagi Boboiboy.. Tanpa kesemua elemen tu, Boboiboy takkan dapat jadi diri dia semula.."

Gopal terkejut. "Siapa yang buat semua ni?"

"Adudu"

~~~

"Kau dah buat apa yang aku suruh?" Suara yang agak garau dan dingin membuatkan Adudu dan Probe seram sejuk.

Mereka berdua menunduk hormat kepada pemilik suara itu. "Sudah tuan.. Saya dah laksanakan tugas yang tuan beri.. Jadi, boleh tuan lepaskan mama saya?" ujar Adudu. Probe hanya memerhati.

Orang itu bermain dengan jarinya sendiri. "Sudah tentu.. Bila aku buat perjanjian, aku kena tepati.. Dan sekarang, mama kau dilepaskan.. Kau boleh ikut Karl pergi ke bilik penjara untuk tuntut mama kau.."

Adudu dan Probe menunduk hormat sekali lagi lalu mengikuti langkah Karl menuju ke penjara.

Setibanya di penjara bilik bawah tanah, ramai penghuni yang diseksa dengan kejam sehingga ada tangan dan kaki mereka patah. Kejam. Darah penuh mengalir di setiap bilik penjara itu. Pengawal yang menjaga langsung tidak mempamerkan senyuman. Agaknya senyuman mereka tu mahal.

Tiba di bilik penjara yang ditempatkan oleh mama Adudu, Karl segera membuka pintu itu. Dia mendekati mama Adudu yang terikat di kerusi lalu membuka gari tangan tersebut. Mama Adudu yang baru terbangun dari tidur berasa pelik.

Perasaan peliknya hilang ketika dia melihat Adudu di hadapannya sambil tersenyum. "Bubucuk!!"

Mama Adudu atau dikenali sebagai Ibu Bu segera memeluk anak bongsunya itu dengan tangisan. Adudu membalas pelukan mamanya. "Mama dah selamat.. Jom kita balik.." Probe hanya memerhati.

Ibu Bu melepaskan pelukannya lalu mengesat air matanya. "Terima kasih Bubucuk sebab selamatkan mama.. Mama terharu.."

Adudu tersenyum. "Takpelah mama.. Jom kita balik.." Ibu Bu mengangguk lalu mereka bertiga keluar dari tempat itu.

~~~

"Ochobot, lama lagi ke dia nak sedar?" soal Gopal yang sudah bosan menunggu Boboiboy Gempa sedar.

Ochobot memandang menyampah ke arah Gopal. "Kau ni kawan Boboiboy ke tak? Tunggu jelah.. Kejap lagi sedarlah dia.."

Gopal memutarkan bola matanya. Dia mengeluh berat.

"Ugh.." Tangan Boboiboy Gempa mula bergerak.

Ochobot dan Gopal segera mendekati Boboiboy Gempa. "Kau okey?" soal Gopal.

Boboiboy Gempa yang sedar itu cuba mengingati sesuatu tetapi gagal. Dia cuba duduk dan berjaya. Dia memegang kepalanya yang sakit. Dia memandang lama ke arah Ochobot dan Gopal. "Korang siapa? Dan aku siapa?"



BOBOIBOY: THE POWER OF ELEMENTWhere stories live. Discover now