💎 [23] TAPOPS Diserang

2.2K 198 53
                                    

Bunyi siren kedengaran menyebabkan ahli-ahli TAPOPS panik. Kesemuanya bersedia dengan senjata termasuk Kapten Kaizo dan Fang.

"Pang! Kau pergi panggil Boboiboy! Kita perlukan dia!" arah Kapten Kaizo.

"Baik Kapten!" Fang segera mendapatkan Boboiboy di bilik rehat. Dia tersentak tatkala melihat Boboiboy berpecah kepada tujuh. Dia menggeleng laju. Tanpa melengahkan masa, dia kejutkan Boboiboy Gempa terlebih dahulu. "Boboiboy...bangun!!"

Boboiboy Gempa akhirnya terjaga. Terpisat-pisat dia bangun. Dia mengerutkan dahinya. "Fang? Kau buat apa kat sini?"

Fang berdecit. "Yang kau berpecah ni kenapa?! Cepat! TAPOPS diserang!!"

"Hah?!!" Terus terbangun Boboiboy yang lain. Boboiboy kemudian bercantum semula lalu menggoncangkan bahu Fang. "Kau biar betul Fang?!"

"Ish!" Fang melepaskan pegangan Boboiboy. "Kau ingat aku ada masa nak tipu ke hah?! Cepatlah!" Fang kemudian beredar menuju ke arah Kapten Kaizo yang berada di bilik senjata.

"Eh, tunggu!" Boboiboy turut mengikuti langkah Fang.

~~~

"Mop mop mop!!!" jerit salah satu alien yang sedang menggunakan senjata senapang. (Cepat! Serang!)

Kapten Kaizo turut tidak terlepas menyertai peperangan itu. Dia dengan pantas menuju ke arah robot alien yang sedang menuju ke arahnya. Kapten Kaizo laju sahaja melibas pedang miliknya ke arah robot alien itu menyebabkan kepala alien itu tercabut dari badan.

"Kapten!!" Boboiboy dan Fang dengan laju menuju ke arah Kapten Kaizo. Kapten Kaizo menoleh. "Cepat! Hapuskan mereka ni semua!!"

Keadaan waktu itu amat membimbangkan. Banyak kapal angkasa melepaskan tembakan ke arah kapal angkasa TAPOPS. Komander Kokoci pula berada di bilik kawalan untuk meminta bantuan.

Boboiboy dan Fang berpandangan sebelum mengangguk. "Helang bayang!!" Fang kemudian menunggang helang bayangnya lalu laju terbang ke udara.

"Boboiboy...kuasa tiga!!!" Boboiboy berpecah kepada Halilintar, Taufan dan Thorn.

Boboiboy Taufan bersama hoverboardnya laju sahaja terbang mengikuti Fang dari belakang sementara Boboiboy Halilintar dan Boboiboy Thorn mengawal keadaan di pintu utama TAPOPS.

"Tetakan halilintar!!!" Boboiboy Halilintar merenjatkan elektrik ke arah beberapa robot alien. "Akar berduri!!" Boboiboy Thorn pula mengikat beberapa robot alien bagi memudahkan kerja Boboiboy Halilintar dan Kapten Kaizo.

"Tangan bayang!!" Fang menghasilkan tangan bayang lalu menangkap sebuah robot alien. Tangan bayang itu mencengkam robot alien itu sehingga hancur berkecai.

"Pusaran taufan!!!" Boboiboy Taufan menghasilkan serangan ke arah sebuah kapal angkasa yang agak sederhana. Kapal angkasa itu serta merta diterbangkan ke arah lain, yang pasti diterbangkan jauh dari TAPOPS.

Komander Kokoci yang berada di bilik kawalan menekan butang signal 'SOS'. "Laksamana Tarung!! Kami diserang!!! Hantar bantuan sekarang!!" arahnya laju apabila wajah Laksamana Tarung menyapa matanya.

"HAHHH???!!!!!!! Baik! Saya akan hantar bantuan sekarang!!" balas Laksamana Tarung lalu panggilan dimatikan.

"Macam mana ni Komander.." Ochobot yang bersama Komander Kokoci dengan sfera kuasa yang lain berasa takut.

Komander Kokoci menghela nafas panjang. "Jangan risau.. Kita pasti selamat.." ujarnya meskipun dalam diam dia berasa risau.

~~~

"Macam mana dengan serangan yang kita lakukan?" soal Mr. X kepada Felixa yang sedang menunduk. Dia kini berdiri menghadap tingkap yang terbuka.

"Seperti yang dirancang, mereka semua sedang berlawan dengan kumpulan kita.." balas Felixa.

BOBOIBOY: THE POWER OF ELEMENTWhere stories live. Discover now