BAB 1

5.4K 206 4
                                    

Seorang gadis kelihatan begitu khusyuk menelaah buku yang ada di hadapannya. Sesekali dia menyelak helaian buku itu. Dia mengangkat kepalanya daripada bacaannya apabila merasakan matanya penat.

Amylia Amanda memandang sekeliling kafe itu yang penuh dengan pelanggan. Dia mengambil cawan yang mempunyai minuman mocha kegemarannya lalu perlahan-lahan menghirupnya.

Amylia merupakan pelajar Malaysia yang belajar di Harvard University dalam jurusan sains forensik. Ramai yang mempersoalkan pilihan jurusannya. Kebanyakan pelajar dari Malaysia lebih menyukai mengambil jurusan perubatan berbanding jurusannya.

Namun, dia tidak kisah akan kata-kata orang. Baginya, ini adalah hidupnya. Biarlah dia yang menentukan arah hidupnya. Dia tidak perlu bergantung pada orang lain untuk menentukan kehidupannya.

Walaupun ibu bapanya merupakan doktor ternama di Malaysia, mereka telah memberi kebebasan kepadanya untuk memilih jurusannya. Mereka langsung tidak menyoal pilihannya, malah menyokong lagi pilihannya itu.

Mata Amylia meliar memerhati sekelilingnya sambil otaknya ligat memikirkan subjek yang baru dihafal daripada buku yang dibacanya itu. Dia sudah memasuki semester yang ketujuh. Hanya satu semester lagi dia bakal menghabiskan pengajiannya itu.

Beberapa orang pelajar Harvard University yang dia kenali mengangkat tangan ke arahnya, menegur Amylia. Amylia tersenyum sambil menganggukkan kepalanya. Dia kenal dengan pelajar-pelajar itu yang merupakan rakan sekelasnya.

Dia kembali menyambung membaca buku yang masih terbuka di atas meja itu. Namun, dia tidak dapat fokus memandangkan suasana yang agak bising kerana pelanggan mulai memenuhi kafe itu.

Amylia segera mengemas buku-bukunya apabila merasakan kafe itu mulai penuh dengan pelanggan. Dia selalu berkunjung ke kafe itu pada awal pagi. Dia amat menyukai kafe itu kerana suasananya yang tenang sewaktu awal pagi. Malah, ramai pelanggan yang datang kerana kopi yang dijual oleh kafe itu amat sedap. Dia bingkas bangun daripada duduknya lalu mula berjalan keluar daripada kafe itu.

Tiba-tiba bahunya dirempuh oleh seseorang semasa dia mahu keluar daripada kafe itu.

"Maaf, saya tak sengaja," ucap lelaki itu. Suara lelaki itu sungguh enak didengar.

Belum sempat Amylia membalas kata-kata lelaki itu, lelaki itu terus berlalu ke arah tingkat atas kafe itu. Amylia hanya dapat menangkap sekilas sahaja kelibat lelaki itu.

Dia tidak menyangka akan bertemu dengan orang Malaysia yang tinggal di US. Walaupun rakyat Malaysia yang tinggal di US ramai, amat susah untuk berjumpa dengan mereka sekiranya tiada majlis.

Amylia terus berjalan keluar daripada kafe itu. Dia mula berjalan menuju ke arah Harvard Yard yang menempatkan kediamannya.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Seorang lelaki memandang ke sekeliling di tingkat dua kafe itu.

"Niel," panggil seorang lelaki.

Lelaki yang dipanggil Niel itu terus mengangkat tangannya. Dia terus berjalan ke arah lelaki yang sedang duduk di sebuah meja yang agak tersorok di kafe itu.

"What's up, Georgie," sapa Syahran Daniel.

George mengerutkan dahinya. "Stop with that Georgie, Niel," kata George.

Syahran ketawa. "Okay, okay. I'm sorry," kata Syahran sambil mengangkat tangannya, menandakan dia menyerah.

"So, how is it? The operation, I mean," soal Syahran, tiba-tiba serius.

George mengangguk. Dia segera memusingkan komputer riba yang sedia terbuka di atas meja itu ke arah Syahran. Kemudian, dia memberikan in-earpiece kepada Syahran.

"Wear this during the operation," beritahu George.

Syahran terus mengambil alat itu lalu memakainya di telinga kirinya.

"Your cappuccino," ujar George sambil menghulurkan secawan air yang turut berada di atas meja itu.

Syahran senyum apabila melihat George yang mengetahui kesukaannya itu. "You still remember my favourite," kata Syahran.

George menjulingkan matanya. "I know you won't focus without a cup of cappuccino, Niel. I need your focus during this operation. You know right, this is important mission," kata George.

Syahran ketawa. Dia tahu apa yang diperkatakan oleh George itu. Memang itu tabiatnya. Sebelum misinya dan ketika dia ingin fokus, dia perlukan cappuccino. George yang merupakan rakan pasukannya amat arif akan tabiatnya yang satu itu.

"Focus, Niel," kata George.

Syahran terus menghirup air cappuccino itu. Sambil itu, matanya memerhati laptop yang berada di hadapannya itu. Terpapar rakaman CCTV di satu lorong kecil di skrin laptop itu. Kelihatan beberapa orang lelaki yang bertatu di bahu dan lengan mereka sedang berbincang sesuatu.

"For this operation, who leads?" soal Syahran.

George pandang Syahran. "Did you sleep during our meeting last night?" soal George.

Syahran tersengih ibarat kerang busuk. George tergeleng-geleng melihat telatah Syahran itu. Syahran sememangnya tidak serius dalam kerjanya. Namun, apabila Syahran masuk mod seriusnya, semua takkan terlepas daripada pandangannya. Nama Syahran amat terkenal dalam FBI dan CIA, seorang criminal profiler yang amat dikehendaki kerana kemahirannya.

"So, who is it?" soal Syahran.

George tergeleng-geleng. "It's you, Niel," jawab George.

"Oh, it's me? I though Claudia would led as she knows the area very well," kata Syahran.

George mengeluh sambil menepuk dahinya. "From start to this current time, the team is led by you, Niel. All the instructions we receive are from you. Are you forgot?" soal George.

Sekali lagi, Syahran tersenyum nakal. "I'm just joking, George. Don't be too tense. All of you also, don't be nervous. It is just Karl and the Gang," kata Syahran sambil menekan butang di in-earpiece yang dipakainya itu.

Beberapa orang yang turut mendengar kata-kata Syahran terus memarahi Syahran yang suka bermain-main itu. Syahran tidak mempedulikan kata-kata yang didengari di in-earpiece itu sebaliknya matanya masih lagi fokus di skrin laptop itu.

Tiba-tiba matanya menangkap kelibat seseorang. Syahran terus menekan punat di telinganya.

"Dean, why is it civilian can enter that road?" soal Syahran, serius.

Dean yang mengawal di pintu masuk lorong kecil itu terus memandang ke arah skrin telefon bimbitnya yang menghubungkan rakaman CCTV lorong kecil itu.

"I'm sorry. I'm not aware.."

"Give me the situation," potong Syahran. Dia bingkas bangun daripada kerusi yang didudukinya itu.

Dean terus menerangkan perkara yang terjadi. Syahran yang turut memerhati daripada skrin laptop itu mendengar dengan tekun. Apabila dia melihat gadis itu dipegang oleh Karl, dia bingkas berlari keluar daripada kafe itu.

"All units, get ready! When I give you the signal, barricade that area. No one can leave from that area. I repeat! I repeat! When I give you the signal, barricade that area. No one can leave from that area. Understand?" ujar Syahran, tegas.

"Understood!!" semua yang mendengar arahan Syahran terus menjawab.

"Good! Standby and get ready. We got a damsel to save," ujar Syahran, tersenyum nakal sambil melangkah menuju ke arah lorong kecil itu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~

Author's note: Another update untuk dearest readers. Apa pendapat korang tentang personaliti Syahran, hero cerita ni? Playful sangat kan? ^_^ Next bab, Syahran akan jumpa dengan heroinnya, Amylia. Agak-agak apa yang akan berlaku? 

Spt biasa, vote, comment dan share cerita ni , please!

Hati Ini Untuk AwakWhere stories live. Discover now