BAB 46

3.2K 184 23
                                    

Syahran berjalan keluar daripada bangunan terbiar itu. Dia tidak mempedulikan bajunya yang kotor dengan darah Amylia.

"Mana laki tak guna tu?" soal Syahran, kuat.

Dia pandang sekeliling kawasan yang penuh dengan anggota polis. Pandangannya jatuh pada Amri yang sedang bergari.

Dia terus meluru ke arah Amri lalu melepaskan tumbukan ke muka Amri.

"Niel!"

Amri ketawa. Dia mengesat darah di bibirnya. "Puas?" soal Amri, sinis.

"Kau memang tak guna!" Sekali lagi Syahran ingin menumbuk Amri namun ditahan oleh Lee dan George yang ada di situ.

"Niel! Calm yourself!" kata George sambil pegang bahu Syahran.

"He tricked me. He shoots at Amanda. MY WIFE!" tengking Syahran.

"Sabar, Niel. Dia dah kena tangkap. Sama macam Farihah. Kes yang kau dah berhempas pulas akhirnya akan sampai penghujungnya. Semuanya dah selesai," kata Lee, menenangkan Syahran.

"Dia trick kita semua. Berapa ramai dah dia bunuh demi kepuasannya? Dia hanya gunakan nama Maya. Nama kakak aku untuk bunuh orang. He's really psychopath. I should never believe him," kata Syahran. Matanya merah menahan air mata daripada turun.

Syahran langsung tidak menyangka bahawa Amri sanggup berbuat demikian. Dia menganggap Amri hanyalah dipergunakan oleh Farihah semata-mata.

"DAMN!"

Lee menepuk belakang Syahran. "I'm sorry. I'm supposed this is my fault. Aku tak sangka yang dia sebenarnya game maker dalam kes ni," kata Lee, perlahan.

Syahran menggeleng. Amarahnya sudah menghilang. Dia kembali tenang sebelum memandang ke arah Amri dan Farihah.

"Kau takkan terlepas, Syafiq Amri. Kau juga, Farihah Inani. Both of you should receive punishment for all the murders you have done," kata Syahran, serius.

Amri ketawa. "Boleh ke undang-undang menghukum aku?" soal Amri, sinis.

"Undang-undang kita adil dan saksama. Kau dan Farihah takkan sewenang-wenangnya terlepas. Aku akan pastikan itu. Lagipun, semua bukti dah cukup untuk dakwa kau dan Farihah," kata Syahran.

Amri hanya mengangkat bahunya. Dia hanya senyum sinis apabila mendengar kata-kata Syahran.

"Dah, bawa mereka pergi. Aku taknak tengok muka mereka," kata Syahran, mengarahkan orang-orangnya membawa Amri dan Farihah ke balai polis.

"Sekejap," kata Farihah, menahan pegawai polis itu membawanya pergi.

Syahran pandang Farihah. "Kau nak apa?"

"Bagi aku tengok abang Akif dan Amy," pinta Farihah.

Syahran senyum sinis. "Untuk apa?"

"Aku..," Farihah tidak dapat menjawab soalan yang diutarakan oleh Syahran itu.

"See! Kau sendiri tak tahu tujuan kau. So, buang masa sahaja untuk kau pergi jumpa mereka," tempelak Syahran.

Farihah diam.

Syahran mengeluh. Dia pandang Farihah. "Kau serius tentang antidote tu? Kau langsung tiada penawarnya?" soal Syahran.

Farihah pandang Syahran. Dia mengangguk.

"Kau ada formula untuk racun tu?" soal Syahran.

Farihah senyum tawar. "Aku dah bakar semuanya," jawab Farihah.

"Kenapa?"

Farihah ketawa perlahan. "Sebab rancangan aku adalah untuk mati bersama-sama dengan abang Akif. Aku pun ambil racun yang sama. Aku sendiri tak punya banyak masa sebagaimana abang Akif," jelas Farihah.

Hati Ini Untuk AwakWhere stories live. Discover now