BAB 34

2.7K 156 27
                                    

Syahran dan Amylia pandang Akif yang sedang tenang menghirup kopinya.

"Ran call abang Amir. Dia dalam perjalanan ke sini dah," kata Syahran.

Akif mengerutkan dahinya. "Kenapa call Amir? Isteri dia dah sarat tu," kata Akif.

Syahran senyum. "Abang kembar dia dalam bahaya. Of course la, dia kena tahu. Kalau Ran tak beritahu dia, mati Ran kena dengan abang Amir. Waktu incident 2 tahun lepas pun, Ran kena teruk. Sebab dah libatkan abang dalam kes ni," kata Syahran.

Akif tergeleng. "It's not your fault. Abang sendiri yang nak ikut. Lagipun, benda dah nak berlaku. Nak buat macam mana."

Syahran mengangkat bahunya tanda tidak kisah. "Hah, lagi satu. Adam dengan abang Kimi pun dah tahu. And mereka tanya sama ada abang perlukan mereka ataupun tidak kat sini?" soal Syahran.

Akif membeliakkan matanya. "You told them?!"

Syahran ketawa. Dia hanya mengangkat tangannya tanda tidak bersalah.

Akif tergeleng-gleng. "Hello! Abang dah besar la. Kata pada mereka semua tak payah susah-susah datang sini. I'm okay. Lagipun, malam ni nak jumpa juga kat majlis rumah kamu berdua," kata Akif.

Syahran ketawa. "Mereka risaukan abang la. Tu lah, masa abang Kimi ajak tidur kat vila dia, taknak. Adam pun ada ajak tidur di vila dia juga, abang tolak. Kan dah jadi macam ni," kata Syahran.

Amylia pukul lembut lengan Syahran. "Eh, abang ni. Gelakkan abang Akif pula. Kesian tau kat abang Akif. Tak baik gelakkan dia," marah Amylia.

Syahran pandang Amylia sambil menggosok-gosok lengannya yang dipukul oleh Amylia itu.

"Ala, betul la abang kata. Semua orang dah ajak abang Akif bermalam di rumah masing-masing. Tapi, abang Akif degil. Ran dengan abang Amir sendiri pun ajak dia. Sebab kedegilan dialah, semua ni terjadi."

Amylia menjeling ke arah suaminya. "Pandai menjawab."

Syahran tersengih.

Amylia tidak mempedulikan sengihan Syahran itu. Dia terus pandang Akif yang sedang enak menikmati kopinya.

"Abang Akif ni, tak nampak langsung terkejut dengan kejadian ni. You look calm," kata Amylia.

Akif senyum tawar. "Amy nak abang buat apa? Benda dah jadi."

"Sebenarnya, apa yang dah jadi? Macam mana abang tak boleh sedar langsung kehadiran killer tu?" soal Syahran, tiba-tiba serius bertanya.

Akif pandang Syahran dan Amylia yang berada di hadapannya itu. Dia mengeluh.

"Entahlah. Abang tak pasti. Lepas makan malam, abang rasa mengantuk sangat-sangat. And abang terus tidur. Maybe makanan yang dihantar oleh room service tu ada orang tampered kot," kata Akif, perlahan.

"Then, lepas ni, abang ikut Amy pergi hospital. Kita kena check kesihatan abang."

Akif terus menggelengkan kepalanya. "No need. Nanti abang Amir datang, dia boleh periksa abang. Lagipun, abang okay la," tolak Akif.

"Tapi, kita kena check juga, abang. Takut-takut killer tu gunakan sesuatu yang buatkan abang sakit lagi," kata Amylia.

Akif menggelengkan kepalanya. "Tak payahlah. I'm okay. Serious, abang okay," tekan Akif, degil dengan keputusannya yang tidak mahu ke hospital.

Amylia mengeluh. Syahran pegang lengan Amylia sambil kepalanya menggeleng. Akif degil orangnya dan tiada siapa yang boleh menukar keputusannya.

Akif pandang Syahran. "Lee beritahu abang yang pembunuh tu syak dengan dia. Yang dia jadi double spy kita," kata Akif.

Hati Ini Untuk AwakWhere stories live. Discover now