BAB 24

2.7K 156 16
                                    

Suasana suram menyelubungi bilik forensik itu. Hanya kedengaran bunyi beberapa peralatan berlaga dengan bekas besi. Amylia begitu khusyuk melakukan pekerjaannya.

"Cik Amy," panggil Farid yang baru melangkah masuk ke dalam bilik itu.

Amylia mengangkat kepalanya lalu memandang Farid yang melangkah masuk ke dalam bilik itu.

"Yes, Farid?"

"Dah lewat ni. Cik Amy taknak balik lagi ke?" soal Farid.

Amylia senyum. "Kejap lagi saya baliklah. Saya nak siapkan report dulu and then baru balik," jawab Amylia.

Farid mengangguk.

"Kalau awak nak balik dulu, baliklah. Saya boleh buat sendiri. Lagipun, sikit je lagi bedah siasat nak siap ni," kata Amylia.

"Eh, mana boleh saya tinggalkan cik Amylia sorang-sorang kat sini. Karang jadi apa-apa pada cik Amy, tiada siapa yang boleh tolong," kata Farid.

Amylia ketawa. "Ada-ada sahajalah kamu ni, Farid. Macamlah saya tak pernah tinggal sorang-sorang kat bilik mayat ni. Bukan tak biasa," kata Amylia.

Farid senyum apabila mendengar ketawa Amylia itu.

"Just go, Farid. I'll be okay. This is police office, Farid. Lagipun, ramai lagi officer yang tak balik lagi," Amylia berkata-kata. Matanya kembali ke arah badan yang berada di hadapannya.

Farid mengangguk. "Kalau macam tu, saya balik dulu. Nanti kalau ada apa-apa, cik Amy call saya tau," kata Farid apabila melihat Amylia kembali menyibukkan dirinya dengan mayat yang ada di hadapannya.

Amylia mengangguk sambil mengangkat tangannya, melambai Farid. Dia langsung tidak mengangkat kepalanya daripada badan yang ada di hadapannya.

Farid tergeleng-geleng melihat Amylia yang khusyuk dengan badan yang ada di hadapannya. Dia tahu perangai ketuanya yang seorang itu. Apabila satu mayat tiba di jabatan forensik itu untuk dibedah siasat, pasti orang pertama yang seronok ialah Amylia.

Amylia ialah lepasan Universiti Harvard dalam bidang sains forensik. Ramai yang tertanya-tanya bagaimana gadis secantik Amylia tertarik dengan Sains Forensik yang mempunyai kaitan dengan mayat.

Pertama kali Farid bertemu dengan Amylia, dia kagum dengan semangat dan kebijaksanaan Amylia dalam menyelesaikan kes pembunuhan lalu. Konklusi yang dibuat oleh Amylia betul-betul tepat dan polis berjaya selesaikan kes tersebut dengan masa yang singkat.

Walaupun Amylia baru berumur 25 tahun, banyak pencapaian yang membuatkan Farid kagum. Semuanya kerana kebijaksanaan Amylia dalam menyelesaikan kes-kes yang sukar. Sekarang ni, semua staf di jabatan forensik akan merujuk Amylia dalam semua perkara yang melibatkan bedah siasat. Tiada satu pun yang akan terlepas daripada mata Amylia.

"Saya balik dulu tau, Cik Amylia. Jangan lama sangat kat sini. Tak elok untuk perempuan tinggal sorang-sorang kat sini," kata Farid.

Amylia mengangguk. Dia langsung tidak mengangkat kepalanya.

Farid tergeleng-geleng sebelum mengambil langkah menuju pintu gelongsor kaca yang membahagi antara bilik itu dengan kawasan pejabat mereka.

Amylia mengangkat kepalanya apabila Farid keluar daripada bilik bedah itu. Dia bersandar di kerusinya lalu memandang kosong ke syiling bilik bedah itu. Dia mengeluh sebelum bangun, mula menjahit semula badan mayat itu.

Selepas dia menghabiskan jahitannya, dia terus bangun lalu keluar daripada bilik bedah itu. Penemuannya pada mayat itu membuatkan dia terfikir semula akan kes yang pernah dilaluinya ketika berada di Amerika Syarikat.

Hati Ini Untuk AwakWhere stories live. Discover now