Bab 4

3.5K 187 6
                                    

Mata Amylia leka mencari judul buku yang ingin dipinjamnya di perpustakaan universiti itu. Dia langsung tidak menyedari bahawa telatahnya diperhati oleh seseorang.

"Jumpa pun," bisik Amylia. Namun, buku itu terletak di rak yang paling atas sekali.

Amylia memandang sekelilingnya, mencari stool ataupun kerusi kecil yang sememangnya sudah tersedia di perpustakaan itu bagi mengambil buku-buku yang berada di rak yang tinggi.

Matanya menangkap kelibat Syahran yang sedang tersenyum sambil bersandar di rak buku itu. Syahran segera berjalan mendekati Amylia apabila Amylia menyedari kehadirannya di situ.

"Need some help?" soal Syahran.

Amylia pandang Syahran dengan pandangan yang tidak percaya.

"Apa yang awak buat kan sini?" soal Amylia.

Syahran senyum nakal. Dia segera mengambil buku yang dicari oleh Amylia itu.

"Betul kan buku ni?" soal Syahran, tidak mempedulikan soalan Amylia itu.

Mata Amylia masih lagi tidak lepas memandang Syahran yang masih selamba menghulurkan buku yang dicarinya itu. Dia mengerling ke arah buku yang dihulurkan Syahran. Lalu tangannya laju mengambil buku itu.

Amylia kembali memandang Syahran yang segak berpakaian formal itu. Berkemeja putih lengan panjang yang telah disingsing sehingga ke siku dan berseluar slack hitam.

Syahran senyum. "Kalau saya kata saya datang sini nak jumpa awak, awak percaya?" soal Syahran sambil mengambil buku yang menarik minatnya.

Mulut Amylia ternganga sedikit. Dia terkejut dengan kata-kata Syahran itu.

Syahran ketawa perlahan. Dia mengetuk kepala Amylia perlahan dengan buku yang baru diambilnya.

"Just kidding. Saya ada hal kat universiti ni. My friend needs some help from me, and I cannot denied his request," kata Syahran.

Amylia menggosok-gosok kepalanya yang dihempuk dengan buku oleh Syahran itu. Dia pandang Syahran, geram dengan sikap Syahran yang tidak serius itu.

"Macam mana awak tahu saya ada kat sini?" soal Amylia.

"It is purely coincidence."

Amylia tidak mempercayai kata-kata Syahran itu. Syahran seorang yang begitu mahir dalam bidang mencari-cari orang ni. Dia tidak hairan sekiranya satu hari nanti, Syahran muncul di hadapannya secara tiba-tiba.

"Really?" soal Amylia sambil mula melangkah berjalan keluar daripada deretan rak-rak buku itu.

Syahran menghalang langkah Amylia sambil berdiri di hadapan Amylia. Dia membuat riak wajah meminta simpati daripada Amylia.

"Serious! Kali ni saya cakap betul. Saya cari my cousin kat library, ingat nak ajak lepak. Tengah saya mencari abang Am, saya ternampak awak yang tengah khusyuk cari sesuatu. Tu, saya datang tegur awak tu," jelas Syahran, bersungguh-sungguh.

Amylia tersenyum apabila melihat wajah Syahran yang bersungguh-sungguh menerangkan perkara sebenar kepadanya. Dia tergeleng-geleng melihatkan telatah Syahran itu.

"Umur awak berapa ya? Kenapa playful sangat macam budak-budak tak cukup umur lagi ni?" soal Amylia.

Syahran ketawa. "I'm 27 years old. Saya bukan budak bawah umur ya," kata Syahran.

Amylia menjulingkan matanya. "Tengok muka pun tahu awak ni 20s something. Tapi, perangai awak memang playful macam budak-budak. Macam mana awak boleh kerja sebagai criminal profiler ni?" soal Amylia.

Hati Ini Untuk AwakWhere stories live. Discover now