BAB 33

2.8K 159 41
                                    

Farihah berjalan sambil bernyanyi perlahan di koridor hotel itu. Di tangannya, sebuah kotak besar dipegangnya. Bibirnya tidak letih mengukir senyuman. Langkahnya terhenti di sebuah pintu bilik hotel.

Dia terus menekan loceng hotel itu. Apabila tiada siapa yang membukakan pintu untuknya, dia tersenyum lebar. Dia terus mengeluarkan kunci yang berupa kad yang diambil daripada petugas hotel.

Ka-chak. Pintu bilik hotel itu terbuka. Farihah terus melangkah masuk ke dalam bilik itu. Sudah lama dia tidak berjumpa dengan kekasih hatinya itu. Dia tidak sabar untuk bertemu dengan orang yang dirinduinya itu.

Farihah pandang di sekeliling bilik hotel itu. Dia tersenyum apabila sebujur tubuh terbaring di atas katil bersaiz king itu. Dia terus meletakkan kotak yang dibawanya di atas meja yang ada di bilik hotel itu. Akif langsung tidak sedar akan kehadiran Farihah. Seolah-olah Akif mati dalam tidurnya.

Farihah bersiul apabila melihat Akif yang tidak sedarkan diri itu. Tidak sia-sia dia mengeluarkan duit yang banyak, mengupah orang untuk 'menidurkan' Akif. Dia terus melangkah perlahan ke arah katil yang menempatkan Akif itu.

Farihah duduk di sebelah Akif. "Akif Sufyan," ucap Farihah perlahan. Tangannya perlahan-lahan dibawa mendekati wajah Akif.

Farihah senyum. Dia mengelus lembut pipi Akif. "Rie rindukan abang," luah Farihah.

"You look good, abang. Still handsome," kata Farihah, bercakap seorang diri walaupun Akif langsung tidak sedar daripada lenanya.

"If only she's not exist, kita mesti akan bersama-sama kan? Abang mesti akan jatuh cinta dengan Rie kalau Sumayyah Marissa tidak wujud di dunia ni kan? Rie cantik, bijak dan sanggup buat apa sahaja demi abang," kata Farihah, lembut.

"If only she's not exist!!" kata Farihah, tiba-tiba berubah suaranya.

"That's why abang, I brought you gifts. Setiap hari abang akan dapat satu hadiah daripada Rie. But, only for today, you will get 5 gifts from me. Are you happy?" soal Farihah yang tiba-tiba berubah lembut.

"Rie buat semua ni sebab Rie nak abang ingat Rie," bisik Farihah di telinga Akif.

"One more thing, abang. Tentang Syahran Daniel dan Amylia Amanda, Rie tak suka mereka dekat dengan abang. Kalau Rie hapuskan mereka berdua, you are okay with that, right?" soal Farihah, seakan-akan bertanyakan khabar Akif.

Farihah senyum sinis. "Rie tahu abang akan sedih kalau mereka lenyap di dunia ni. Abang jangan risau, Rie akan sentiasa ada dekat dengan abang. Rie akan teman abang. Tak macam Sumayyah tu. Dia tinggalkan abang macam tu je."

"Kalau betul Sumayyah sayangkan abang, kenapa dia tak tahan apa yang Rie buat kat dia? Sumayyah sebenarnya tak pernah sayangkan abang."

"Rie je yang sayangkan abang sepenuh hati Rie. Sebab tu lah, abang, Rie kena hapuskan Syahran dan isteri dia. Mereka tak habis-habis nak racun fikiran abang. So, wish me luck," kata Farihah sambil tersenyum lebar.

Farihah merenung wajah Akif yang tenang melayari mimpi. Dia menghadiahkan sebuah ciuman di dahi Akif kemudian, dia bingkas bangun.

Dia terus mengeluarkan beberapa bekas kaca lalu diletakkan di atas meja itu.

"You know, abang, semua ni heart yang Rie kumpul untuk abang. Semua pemilik 'heart' ni iras-iras dengan Sumayyah. Mereka boleh temankan abang tau," kata Farihah sambil mengambil sebuah bekas lalu memerhati jantung yang diletakkan di dalam larutan formalin itu.

Kemudian, dia meletakkan sebuah kad di atas meja itu bersama-sama dengan balang-balang kaca itu.

Farihah berkalih memandang Akif yang masih lena itu. "These are gifts for you. Rie harap abang suka dengan hadiah ni," kata Farihah.

Hati Ini Untuk AwakWhere stories live. Discover now