BAB 37

2.8K 153 19
                                    

Amylia melangkah masuk ke dalam biliknya. Sebaik sahaja dia dan Syahran pulang ke rumah mereka, dia telah dilarikan oleh ibu mertua dan birasnya. Dia tidak berjumpa dengan Syahran sejak mereka kembali ke rumahnya itu.

"Abang?" panggil Amylia sambil memandang sekeliling bilik itu.

"Abang ada kat sini," jawab Syahran yang sedang berada di bilik baju mereka.

"Apa yang abang tengah buat tu?" soal Amylia sambil melangkah ke arah pintu bilik baju mereka.

"Tengah main bola," jawab Syahran selamba.

Amylia tergeleng apabila mendengar jawapan daripada suaminya itu.

"Luasnya padang dia ya?" sindir Amylia.

Kedengaran suara Syahran ketawa. Amylia berdiri sambil bersandar di muka pintu bilik baju mereka. Dia nampak Syahran sedang ketawa sambil memilih jam tangan untuk dipakainya. Kelihatan Syahran segak berpakaian tuxedo hitam sedondon dengan dress labuhnya yang juga berwarna hitam.

"Abang," panggil Amylia.

Syahran berkalih memandang isterinya di muka pintu itu. "Help me choose the watch, please," pinta Syahran.

Amylia senyum sambil mengangguk. Dia terus melangkah masuk, mendekati Syahran. Dia memandang jam tangan Syahran yang sedia terpapar di rak jam tangan itu. Matanya ralit memilih jam yang sesuai.

Syahran senyum apabila melihat Amylia yang khusyuk memilih jam tangan untuknya. Dia berdiri di belakang Amylia lalu memeluk tubuh Amylia daripada belakang.

"Abang," tegur Amylia.

"Give me one minute. Abang rindu la. Dah la, mama dengan kaklong culik Ada. Dari Maghrib sampai ke Isyak, baru abang boleh jumpa dengan Ada," rajuk Syahran.

Amylia tergeleng. Dia kembali melihat ke arah jam-jam tangan Syahran itu.

"Ada cantik sangat malam ni. Ni mesti hasil kerja mama dengan kaklong kan?" soal Syahran sambil mengusap-usap kepala Amylia yang ditutupi tudung itu.

"Abang, jangan la usik. Tau tak payah nak bentuk tudung ni," marah Amylia.

Syahran ketawa. Dia meletakkan kepalanya di atas bahu Amylia. Lama dia berkeadaan sebegitu sebelum bersuara, "Ada, lepas selesai semua ni, kita pergi bercuti. Boleh kan?" kata Syahran, perlahan.

Tangan Amylia yang ingin memegang seutas jam tangan Syahran terhenti. Dia ingin berkalih memandang Syahran. Namun, tindakannya itu di halang oleh Syahran. Syahran mengeratkan lagi pelukannya.

"Kita pergi bercuti ke Europe. Sambil tu boleh singgah ke Belgium, my friend's country," kata Syahran lagi.

Amylia senyum tawar. Dia mengangguk. "Mestilah boleh. Abang kan yang belanja," kata Amylia, melayan kerenah Syahran.

Amylia dapat merasakan anggukan Syahran.

"Ada, if anything happens to me, please..,"

"No!" ucap Amylia, tinggi suaranya sambil badannya berkalih ke arah Syahran.

"Dengar cakap abang dulu, sayang," kata Syahran.

"Ada taknak abang cakap yang bukan-bukan. Abang akan okay," kata Amylia sambil menggelengkan kepalanya.

Syahran senyum. Dia elus lembut pipi Amylia. "Kita tak boleh menidakkan takdir. Kun fa ya kun. Kalau Allah dah tetapkan macam tu, maka ianya tetap akan berlaku. Jodoh, maut, semuanya di tangan Allah. Siapalah kita untuk menidakkannya," kata Syahran.

Amylia pandang ke dalam anak mata Syahran. Dia nampak kerisauan suaminya seandainya sesuatu berlaku kepada dirinya. Dia senyum.

"Abang, bila sampai masa tu, Ada akan fikirkan. Sekarang ni, abang still ada depan Ada. Still okay. And if, kalau jadi apa-apa pada abang, Ada akan okay. Ada bukan lemah. Abang kenal Ada bukan?" Amylia berhenti sejenak sebelum mengambil nafas panjang.

Hati Ini Untuk AwakWhere stories live. Discover now