BAB 15

2.6K 168 14
                                    

Kerja Amylia terhenti apabila dia terimbau kembali pertemuannya dengan Syahran 2 hari lepas. Hari ini merupakan hari terakhir untuk mereka mencari Heart Killler. Sekiranya mereka gagal, nyawa seorang gadis akan berakhir.

“Macam mana kalau kita tak dapat cari pembunuh tu? Apa yang patut kita buat?” soal Amylia sambil memandang Syahran yang sedang bermain-main dengan pen di tangannya.

Syahran angkat kepala memandang Amylia yang gelisah itu. Dia melemparkan senyuman nakalnya.

“Kenapa? Awak risau saya tak boleh cari pembunuh tu? Don’t worry. Saya and the team tengah siasat,” kata Syahran sambil tersenyum.

“Kalau awak dapat tangkap dia, awak nak buat apa?” soal Amylia.

Syahran senyum sambil mengangkat keningnya. “Kenapa? Awak nak jumpa dengan pembunuh tu?” soal Syahran.

Amylia terus mengangguk. Syahran ketawa apabila melihat anggukkan Amylia itu.

“Are you serious, Amylia Amanda? Kalau perempuan lain, mereka takkan nak jumpa dengan penjenayah. Lagi-lagi pembunuh macam tu,” kata Syahran.

Amylia senyum hambar. “Saya just nak tanya pada pembunuh tu, kenapa dia lakukan semua tu?” kata Amylia.

Syahran tergeleng. “Ada, saya dah beritahu sebab pembunuh itu membunuh. Dia bunuh gadis yang wajahnya sama dengan Sumayyah Marissa. Dia mahukan hati Sumayyah tapi tak dapat. Jadi, dia ambil jantung semua gadis yang wajahnya sama dengan Sumayyah.”

Amylia pandang Syahran. “Macam mana awak tahu yang dia mahukan hati Sumayyah? Dan siapa Sumayyah sebenarnya?” soal Amylia.

Syahran mengeluh. “I’m sorry. But, you shouldn’t know too much of this case,” kata Syahran

“Kenapa saya tak boleh tahu? Saya dah terlibat dalam kes ni pun. Siap diletakkan dalam Witness Protection Program. Saya berhak tahu,” kata Amylia.

Wajah Syahran keruh menandakan dia betul-betul runsing dengan permintaan Amylia itu.

Amylia menghela nafas kasar. “Fine, kalau awak taknak beritahu saya. Lambat-laun saya akan tahu juga kan? So, macam mana sekarang ni? Lusa adalah deadline yang pembunuh tu bagi. Macam mana kalau dia dapat larikan diri?”

Syahran senyum. “Dia takkan dapat larikan diri. I won’t let him go,” kata Syahran.

“Then, kalau awak dapat tangkap dia, don’t confront him,” kata Amylia.

Syahran pandang Amylia. Dia angkat keningnya. “Awak risaukan saya?”

“Macam mana kalau awak dicederakan oleh pembunuh tu?” soal Amylia, tidak menjawab soalan Syahran itu.

Syahran tersengih apabila mendengar soalan daripada Amylia itu. “Don’t worry, kitten. I wont’t get hurt. Saya tahu silat, taekwando and many martial arts. So, relax,” kata Syahran.

“Syahran Daniel, saya serius ni. Awak boleh pula main-main,” marah Amylia.

Syahran ketawa. Amylia hanya mencebik.

“Don’t worry, Ada. Saya takkan biarkan dia terlepas. Itu janji saya pada awak,” kata Syahran, tiba-tiba serius.

Amylia mengeluh. Syahran telah berjanji untuk menyelesaikan kes itu secepat mungkin.

Telefon bimbit Amylia berdering memecahkan kesunyian makmal itu. Dia teruja apabila melihat nama yang tertera di skrin telefonnya itu.

“Assalamualaikum, mama,” ucap Amylia, riang.

“Waalalaikumussalam. Cuba teka, kami ada di mana?” soal Dr Azilah.

Amylia membeliakkan matanya. “You are in Boston? Betul tak?” soal Amylia.

Hati Ini Untuk Awakजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें