BAB 31

3K 173 33
                                    

"So, Ran balik kali ni untuk berapa lama?" soal Tan Sri Syahril. Mereka baru sahaja selesai makan malam dan sedang bersantai di ruang rehat yang dikhaskan untuk ahli keluarga itu berkumpul.

Syahran mengambil buah tembikai susu di hadapannya sebelum menjawab soalan ayahnya.

"Entahlah," jawab Syahran.

"Ran!"

Syahran ketawa apabila melihat ayahnya yang geram dengan jawapannya itu.

"Papa ni, macam tak kenal dengan anak bongsu papa yang sorang ni. Tak pernah serius," kata Syahmi yang tergelenge-geleng melihat telatah Syahran itu.

Syahran tersengih sambil mengangkat dua jari tanda peace. Kemudian, dia bersandar di sofa itu sambil melingkar tangannya pada pinggang Amylia yang duduk di sebelahnya.

"Abang," tegur Amylia, perlahan, agak malu apabila diperlakukan sebegitu di hadapan ahli keluarga mereka.

"Biarkan dia, Amy. Macam la Amy tak kenal dengan perangai manja dia tu. Dah tahu rindu, nak juga tinggal kat US. Tinggal isteri dia sorang-sorang kat sini," kata Puan Seri Mahirah.

Syahran mencebik. "Kenapa ya, semua orang suka sindir-sindir Ran? Ran tak buat salah apa pun," rajuk Syahran.

"Ran kata tak salah? Yang Ran biarkan Amy balik Malaysia sorang-sorang tahun lepas kenapa? Tahu kan yang Amy perlukan protection dari Ran? You are her husband, her protector! Not stranger," tegur Tan Sri Syahril.

"I let you married Amy because I know you can protect her. Not leaving her just like that. Nasib baik, kami ada kat Malaysia. And nasib baik juga, parents Ran ni kaya dan berpengaruh. Boleh hired bodyguard to protect Amy," kata Tan Sri Syahril lagi.

Syahran muncungkan mulutnya.

"Papa just want the best for you and Amy. Tahu tak bagaimana risaunya kami bila dapat tahu yang kamu berdua terlibat dalam kes pembunuh bersiri ni, kes yang berprofil tinggi macam ni," kata Tan Sri Syahril, perlahan.

Puan Sri Mahirah, Syahmi dan Qistina, biras Amylia hanya mendiamkan diri. Masing-masing tidak menyampuk kerana mereka juga berperasaan seperti Tan Sri Syahril. Mereka risaukan keselamatan pasangan muda di hadapan mereka itu.

Syahran mengeluh. Dia mengeratkan pelukannya di pinggang Amylia. Amylia memandang ke arah suaminya yang sedang mengerutkan dahinya. Dia terus menggenggam erat sebelah tangan Syahran yang ada di pehanya.

"Papa, abang Ran tahu tanggungjawab dia. Selama Amy berkahwin dengan abang Ran, tak pernah sekalipun Amy rasa bahaya. He protects me well, papa," bela Amylia.

Tan Sri Syahril tergeleng-geleng. "Kamu pun satu, Amy. Manjakan sangat Ran ni. Tak payah ikut sangat apa yang dia nak. Tegas sikit dengan Ran ni," kata Tan Sri Syahril.

"Ala, papa sendiri yang manjakan dia masa dia kecil dulu. Semua yang dia nak, dia dapat. Sebab tulah, dia jadi macam ni," sindir Syahmi.

Tan Sri Syahril terus mencerlung tajam ke arah Syahmi yang sengaja membuka mulut, membela adik bongsunya.

"Kat sini, takde siapa yang salah, yang betul. Kita semua manjakan Syahran Daniel sampaikan dia jadi macam ni. Terlalu ikutkan kepalanya. Nasib baik bila kahwin ni, perangai yang ikut kepala sendiri itu dah kurang. Kalau tak, lagi pening kita," celah Puan Sri Mahirah.

"Betul kata mama tu. Nasib baik dia dengar cakap Amy ni. Kalau tak, hmm.. Bila je kita nak dengar berita dia ni? Setahun berapa kali je, dia call. Nak harapkan dia balik ke Malaysia..huh..jangan harap la," kata Qistina yang faham akan perangai adik iparnya yang seorang ni.

Perangai Syahran hasil daripada sikap mereka yang suka manjakan Syahran sejak dari kecil. Nasib baik, Syahran membesar menjadi orang berguna yang tidak bergantung pada harta keluarga mereka untuk hidup.

Hati Ini Untuk AwakWhere stories live. Discover now