BAB 22

2.7K 174 57
                                    

Amylia duduk di taman mini ibunya. Dia pandang ke sekeliling taman itu. Sudah lama dia tidak melepak di situ memandangkan dia belajar di luar negara.

Sekiranya dia pulang ke Malaysia, dia tidak mempunyai masa untuk duduk beristirehat di situ memandangkan ibu bapanya sering mengajaknya ke beberapa jamuan mahupun dinner yang dianjurkan oleh rakan taulan ibu bapanya.

Telefon yang dipegang oleh Amylia tiba-tiba berbunyi memintanya untuk mengangkat.

Bibir Amylia terukir senyuman apabila melihat nama yang tertera di telefonnya. Sudah seminggu dia tidak mendengar suara lelaki itu.

“Assalamualaikum,”

“Waalaikumussalam. Ada, Ada ada kat mana sekarang ni?” soal Syahran.

Dahi Amylia berkerut. “Rumah la. Kenapa tanya? Ran ada kat mana?”

“Where is your parents?” soal Syahran, tidak mempedulikan soalan Amylia.

“Mereka keluar. Ada jamuan makan malam kat hotel,” jawab Amylia.

“Damn!” ucap Syahran, perlahan.

Amylia yang mendengar sumpah Syahran mengerutkan dahinya.

“Kenapa?”

“Siapa ada kat rumah sekarang ni?” soal Syahran.

“Saya seorang. And maybe pengawal yang awak suruh jaga saya tu. Kenapa ni, Ran? Kenapa awak nampak panik sangat ni?” soal Amylia.

Kedengaran keluhan Syahran terhembus kasar.

“Kenapa?” soal Amylia lagi sekali.

“Wait me at your home. I’m on my way to your home,” kata Syahran, perlahan.

“Ran ada kat Malaysia? Bila sampai? Kenapa? Ada something yang berlaku ke?” soal Amylia bertalu-talu.

“Wait me, Ada. Nanti saya terangkan semuanya. Jangan bagi Lee mahupun Q masuk ke dalam rumah tu. Please, hanya biarkan Sid sahaja masuk. But, don't be too obvious,” kata Syahran.

“Kenapa?”

“Just do what I'm telling you. Panggil Sid masuk, bagi jelah alasan apa-apa pada Q or Lee kalau diorang tanya,” kata Syahran, tegas.

“Okay, Ran. I'll do as you say,” akur Amylia.

“Stay safe, Amylia Amanda. Assalamualaikum,” ucap Syahran sebelum memutuskan panggilannya.

Sebaik sahaja Syahran memutuskan panggilannya, Amylia terus berdiri lalu melangkah menuju ke arah pintu banglo itu. Dia terus menelefon Sid yang sedang berkawal di kawasan luar banglo itu.

Dia melakukan seperti apa yang diarahkan oleh Syahran. Hatinya tidak senang apabila mengingatkan soalan Syahran tentang ibu bapanya.

“What is exactly happen, Ran?” bisik hati Amylia. Dia duduk di ruang tamu rumah itu, menunggu kedatangan Sid.

“Niel already contact me. And he wants you to be calm,” kata Sid sambil mendekati Amylia.

“He didn't say anything to you, did he?” soal Amylia, berkalih memandang Sid yang berjalan masuk ke dalam rumah itu.

Sid senyum sambil menggeleng. “You just have to be safe, Amy. That's all. If you gone, Niel won't be happy. He will go crazy, Amy,” kata Sid. Dia mengambil tempat di sofa hadapan Amylia.

Dahi Amylia berkerut.

Sid senyum tawar. “Actually, Niel is my senior during my highschool. I heard about his madness when his sister died. Though I'm not exactly there, my friend who study at the same university with him told me that Daniel gone crazy,” kata Sid.

Hati Ini Untuk AwakWhere stories live. Discover now