BAB 2

3.7K 194 0
                                    

Amylia berjalan tanpa memandang di hadapannya. Matanya begitu sibuk memandang telefon bimbitnya, membaca nota-notanya. Maklumlah, esok peperiksaan pertengahan semesternya akan bermula. Dia tidak mempedulikan keadaan persekitarannya itu.

Dia masuk ke satu lorong yang boleh menembusi ke kolej kediamannya. Dia langsung tidak menyedari terdapat beberapa orang sedang melakukan transaksi yang mencurigakan.

Lelaki-lelaki itu menyedari kehadiran Amylia. Mereka terus pandang ke arah Amylia. Apabila Amylia menyedari bahawa dirinya sedang diperhatikan, dia terus mengangkat kepalanya, memandang sekumpulan lelaki itu.

Amylia gerun apabila melihat sekumpulan lelaki itu. Rupa lelaki-lelaki itu menakutkan, membuatnya dia takut untuk meneruskan langkahnya. Dia mengundur selangkah ke belakang.

"Ya Allah, selamatkan la aku daripada malapetaka," doa Amylia dalam hatinya.

"Look what we have here. A kitten is lost and now she wants to escape," kata lelaki yang pada fikiran Amylia merupakan ketua mereka.

"What should we do, Karl?" soal salah seorang konconya.

Lelaki yang dipanggil sebagai Karl itu, senyum sinis. Hati Amylia gerun apabila melihat senyuman sinis Karl itu. Dia terus berpusing lalu ingin berlalu daripada situ.

"Don't just walk away, kitten," ujar Karl, sinis. Suaranya dibuat-buat lembut.

Tubuh Amylia menggeletar nada suara Karl itu. Dia tidak berkalih memandang sekumpulan lelaki itu. Dia perlahan-lahan berjalan, mencari jalan keluar daripada lorong kecil itu.

Karl ketawa. "Where do you want to go, kitten?" soal Karl.

Karl mengisyaratkan dengan matanya ke arah konco-konconya pergi menangkap Amylia yang sedang berjalan keluar daripada lorong kecil itu.

Amylia langsung tidak berkalih memandang ke belakangnya. Apabila dia mendengar tapak kaki yang berjalan mendekatinya, dia terus berlari, menyelamatkan dirinya daripada sekumpulan lelaki itu. Hatinya berulang-ulang kali meminta pertolongan daripada Allah.

"Hey!!" jerit lelaki-lelaki itu.

Larian Amylia makin laju. Dia semakin dekat dengan pintu masuk lorong itu. Dia mahu keluar daripada lorong sunyi itu, menuju ke arah jalan besar yang mempunyai ramai orang.

Namun, langkahnya dapat disekat oleh salah seorang konco Karl. Lengannya direntap kasar.

"Please, don't do anything to me. I don't know you at all. I promise I won't tell anyone about this," rayu Amylia. Kedua-dua tangannya dirapatkan merayu kepada lelaki itu.

Karl ketawa apabila mendengar kata-kata Amylia itu. Dia melangkah mendekati lelaki yang memegang Amylia itu.

"You are not American?" soal Karl.

Amylia mengangguk laju. "Yes, yes, I'm not American. I'm a foreign student," jawab Amylia, laju.

"You are muslim?" soal Karl lagi sambil memegang hujung tudung Amylia.

Amylia terdiam.

Karl senyum sinis. "I wonder what are you hiding behind this cloth," kata Karl sambil tangannya memegang tudung Amylia itu.

Amylia menepis tangan Karl itu. "Don't touch me!!" kata Amylia kasar.

Karl ketawa. Dia tidak menjawab kata-kata Amylia itu. Dia terus mengisyaratkan konco-konconya membawa Amylia pergi. Amylia meronta-ronta ingin melepaskan diri daripada sekumpulan lelaki itu.

"Help! Help me!" jerit Amylia, kuat.

Salah seorang konco Karl terus menyumbatkan kain yang ada padanya.

Hati Ini Untuk AwakWhere stories live. Discover now