BAB 16

2.5K 159 13
                                    

Kepala Amylia berpaling pada arah suara itu. Kelihatan Syahran sedang berjalan ke arah mereka dengan karismanya tersendiri. Hari itu Syahran berpakaian kasual. T-shirt berwarna hitam tersarung di badannya. Di tangannya, jaket kulit berwarna coklat dipegangnya.

“Awak, dia..”

Syahran senyum sambil mengangguk. “Yes, I know. Dia ada hantar pada saya juga. Bersama gambar awak di airport. Sebab tu, saya bergegas ke sini.”

“Then, awak dah jumpa..?” soalan Amylia tergantung.

Syahran senyum tawar sambil menggeleng.

“Later, Ada,” ucap Syahran apabila melihat Amylia ingin bertanya lebih lanjut.

Syahran berkalih memandang ibu bapa Amylia. Dia terus menghulurkan tangannya bersalaman dengan Dr Arsyad.

Dr Arsyad terus bersalaman dengan Syahran yang menghulur tangannya terlebih dahulu.

“Assalamualaikum, uncle, auntie. Saya, Syahran, kawan Amanda. Maaf kalau perkara ni membuatkan uncle dan auntie tak selesa. But, we have to go now. Situasi sekarang tak selamat,” kata Syahran, lembut.

Dr Arsyad dan Dr Azilah berpandangan sesama mereka. “What is exactly happen here, Syahran?” soal Dr Arsyad.

Syahran senyum nipis. “Nanti saya terangkan. Sekarang ni, jom kita ke rumah saya dahulu. Kat situ lebih selamat,” ajak Syahran.

Syahran mengisyaratkan lelaki-lelaki yang berpakaian sut hitam itu mengiringi mereka ke kereta yang sudah tersedia di hadapan pintu masuk lapangan terbang itu.

Dr Arsyad dan Dr Azilah berpandangan sesama mereka sebelum Dr Arsyad menyaingi langkah Syahran yang berjalan di hadapan lelaki-lelaki bersut hitam itu.

Manakala, Dr Azilah memeluk lengan Amylia. “Who are they?” soal Dr Azilah perlahan.

Amylia mengeluh. Dia menggeleng tanda tidak mahu memberitahu identiti Syahran dan orang-orangnya itu.

“Tell me, Amylia Amanda. Are you in trouble?” soal Dr Azilah.

Amylia senyum tawar. “Kalau Amanda kata, Amanda dalam bahaya, apa yang mama nak buat?”

Dr Azilah membulatkan matanya. Langkahnya terhenti. Dia pandang Amylia, meminta kepastian.

Amylia senyum tawar. “Later, ma. Nanti Ran akan bagitahu semuanya pada mama dengan papa. Amanda minta sangat supaya mama dengan papa dapat terima apa yang akan disampaikan dengan hati yang terbuka.”

Dr Azilah mengeluh. Dia pandang ke arah Syahran yang berbual dengan Dr Arsyad. Nampak sekali perbualan mereka agak serius.

“Promise me, if you are in danger, Amanda akan beritahu pada mama. And kalau ini melibatkan nyawa Amanda, mama akan bawa Amanda jauh daripada Amerika ni. We go back to Malaysia,” kata Dr Azilah.

Amylia hanya senyum tawar. Dia tidak menjawab. Ibu mana yang tidak risau akan anaknya. Dia amat arif akan sikap Dr Azilah yang selalu melindunginya. Semasa dia mendapat tawaran belajar di Harvard dahulu, pelbagai nasihat disampaikan. Ibu bapanya sentiasa melawatnya pada setiap bulan semasa tahun pertamanya di Harvard.

Dr Arsyad melambai ke arah mereka, mengajak mereka untuk masuk ke dalam kereta. Syahran setia berdiri di sebelah Dr Arsyad sambil tersenyum manis.

Dr Azilah dan Amylia segera masuk ke dalam kereta yang sudah tersedia di hadapan mereka. Kereta yang dinaiki mereka perlahan-lahan bergerak keluar daripada lapangan terbang itu.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

“What do you mean, Syahran?!” soal Dr Azilah, agak tinggi suaranya.

Hati Ini Untuk AwakWhere stories live. Discover now