BAB 40

2.8K 155 17
                                    

Amylia melangkah keluar daripada balai polis itu sambil otaknya ligat memikirkan sesuatu. Kata-kata pegawai polis di IPD Brickfield itu membuatkan dia terfikir sesuatu.

"Kakak, Kakak," panggil seseorang.

Amylia yang baru sahaja keluar daripada balai polis itu terus pandang sekelilingnya. Kelihatan seorang kanak-kanak melambai Amylia daripada luar pagar IPD itu.

Amylia terus mendekati budak lelaki itu.

"Ya, adik. Adik nak apa?" soal Amylia sambil tersenyum.

Kanak-kanak lelaki itu terus menghulurkan sesuatu kepada Amylia. Amylia menyambut huluran itu sambil memandang kanak-kanak itu.

"Apa ni?"

"Ada kakak cantik suruh Azam bagi kat kakak. Dia ada bagi coklat kat Azam," beritahu budak lelaki itu.

Amylia tersenyum sambil mengusap-usap kepala kanak-kanak itu. Dia terus membuka bungkusan yang diberikan oleh kanak-kanak itu.

Terkedu Amylia apabila melihat isi dalam bungkusan itu. Kanak-kanak yang berada di sebelahnya memanjangkan lehernya ingin melihat sekali apa yang ada dalam bungkusan itu.

Amylia terus mengangkat tinggi bungkusan itu, tidak memberi peluang kanak-kanak itu melihat dalam bungkusan itu. Dia menutup kembali bungkusan itu lalu melutut di hadapan kanak-kanak itu.

"Nama adik, Azam?"

Kanak-kanak itu mengangguk.

"Mana mak Azam?" soal Amylia.

"Ibu ada dalam kereta. Tengah tunggu ayah ambil duit kat situ," kata Azam sambil menunjukkan bangunan yang berada di hadapan balai polis itu.

Amylia mengangguk ke arah ibu kanak-kanak itu yang turut menyedarinya dari dalam kereta. Kemudian, dia pandang Azam yang sedang bermain-main dengan coklat di tangannya.

"Boleh kakak nak tengok coklat yang kakak cantik tu bagi?" soal Amylia.

Azam mengangguk. Dia terus memberikan coklat yang diterimanya itu kepada Amylia.

Amylia mengambil coklat itu lalu mula memeriksanya. Dia cuba menghidu coklat itu. Hidungnya menangkap satu bau manis yang sememangnya amat sebati dengannya.

Dia terus pandang Azam. Dia pegang bahu Azam erat. "Kakak tu bagi berapa coklat kat Azam?"

"5," jawab Azam sambil mengangkat tangannya menunjukkan jumlah coklat yang diterimanya itu.

"Dah berapa biji Azam makan coklat ni?"

Azam angkat 2 jarinya.

Amylia mengangguk. "Okay, sekarang ni, akak nak Azam ikut abang ni pergi ke hospital. Boleh?"

Amylia bingkas bangun lalu memanggil pegawai peribadinya yang dilantik oleh Syahran dan keluarganya.

Azam pandang Amylia, hairan dengan permintaan Amylia itu. "Kenapa pula Azam kena pergi hospital? Azam tak sakit la, akak," petah Azam bertanya.

Amylia senyum. Dia usap kepala Azam. "Ni untuk kebaikan Azam. Nanti Azam tak dapat jumpa dengan keluarga Azam dah kalau Azam tak ikut abang ni pergi hospital. Azam nak macam tu?"

Azam terus menggeleng. "Azam nak jumpa dengan ibu, dengan ayah, dengan kak Ima. Walaupun kak Ima garang, Azam sayang kak Ima," kata Azam.

Amylia ketawa kecil apabila mendengar kata Azam itu.

"Good boy. Sekarang ni, akak nak pergi jumpa dengan ibu Azam. Akak kena beritahu pada ibu Azam dulu sebelum abang ni bawa Azam pergi hospital. Azam tunggu sini tau dengan abang ni," kata Amylia.

Hati Ini Untuk AwakWhere stories live. Discover now