BAB 5

3.3K 175 4
                                    

"Assalamulaikum," ucap Amylia sambil melangkah masuk ke dalam bilik yang dihuninya sepanjang 4 tahun dia berada di US.

Sebaik sahaja Amylia melangkah masuk, dia segera ditarik oleh rakan sebiliknya ke katil yang terletak di sudut bilik itu.

"Aku dengar kau keluar dengan Senior Amri tadi. Sekali dengan seorang lelaki yang handsome," kata Syahira Hawani, rakan sebilik Amylia.

Amylia kerutkan dahinya. "Macam mana kau tahu?" soal Amylia.

Syahira segera menunjukkan telefon bimbitnya di hadapan muka Amylia. Terpapar gambar Amylia bersama-sama dengan Amri dan Syahran. Amylia ingin mengambil telefon bimbit itu namun segera ditarik oleh Syahira.

"Kat mana kau dapat gambar ni?" soal Amylia.

"Kecoh group whatapps undergrad MY. Kau tahu kan yang kau ada gelaran sendiri?"

Amylia mengangguk. "Yup, cold-hearted girl," kata Amylia.

Syahira ketawa. "Yup, that one. Because of that one, kau sekarang ni famous. Sebab mereka semua tak sangka yang kau akan sangkut dengan senior kita. Pulak tu, Amri senior kita yang semua orang tahu genius tu," kata Syahira.

Amylia ketawa. "Sangkut? Seriously? Did all of you think that I like abang Am? Please la. Aku takde masa untuk semua tu," kata Amylia.

"Then, lelaki sebelah Amri ni ke? Is he the one? Siapa dia?" soal Syahira.

Ketawa Amylia semakin kuat apabila mendengar kata-kata Syahira tu. "Like seriously? Him? No way la!"

"Then, kenapa kau makan dengan diorang?" soal Syahira.

"Well, aku kenal dengan Syahran, the other guy. He's abang Am's cousin. Sepupu abang Am. Kebetulan terjumpa kat library. Dia yang introduce aku pada abang Am," jelas Amylia.

"Syahran?"

"Yup, Syahran. A visiting lecturer from Oxford University. He will replacing Dr Hayden as Criminology and Psychology subject," kata Amylia sambil mengangguk.

"Serious la? He's Malaysian kan?" soal Syahira.

Amylia mengangguk sekali lagi. "Serious la. Syahran akan gantikan tempat Dr Hayde. And yes, he's Malaysian."

"Kau ambil subject tu kan sem ni?" soal Syahira.

Sekali lagi Amylia mengangguk.

"Untungnya kau. Lecturer handsome tu. And orang Malaysia pula tu. Payah tau nak cari lecturer orang Malaysia kat sini," kata Syahira.

Amylia menjulingkan matanya. Dia menanggalkan tudung yang dipakainya lalu diletakkan di tepi katil.

"Apa untungnya? Kau tak tahu perangai dia macam mana. Kalau kau tahu, kau pun taknak jadi student kelas dia tu," kata Amylia, bangun daripada katil itu. Dia berdiri lalu mula berjalan ke arah bilik air yang sememangnya tersedia di bilik itu.

"La, untung apa. Sekurang-kurangnya, kau boleh juga bersembang dengan dia dalam bahasa melayu," kata Syahira. Syahira yang bukan pelajar jurusannya merasakan bahawa Amylia amat beruntung, mendapat pensyarah yang muda lagi kacak itu.

Amylia ketawa. Kalaulah Syahira tahu tentang kerjaya sebenar Syahran, rasanya, Syahira sendiri akan melarikan diri. Kerjaya Syahran amat berbahaya kerana berhadapan dengan segala jenis penjenayah di dunia.

"Habis tu, sekarang ni kita bukan bersembang dalam bahasa melayu?" soal Amylia, mengusik Syahira.

Syahira mencebik. "Ish, kau ni. Aku serius kot. Kau pula buat main."

Amylia pandang Syahira yang sedang mencebik itu. "Ala, betul apa aku cakap ni kan. Kita bersembang pakai bahasa Melayu kan?" kata Amylia sambil ketawa.

Hati Ini Untuk AwakWhere stories live. Discover now