BAB 30

3.2K 167 20
                                    

Syahran masuk ke dalam bilik yang sudah lama tidak dijejaknya. Dia mencari kelibat Amylia dalam bilik itu.

Dia tergeleng apabila dia tidak dapat mencari isterinya. Tahulah dia, Amylia pasti berada bersama-sama dengan mama dan kakak iparnya. Mama dan kakak iparnya amat menyayangi Amylia. Dia langsung tidak risau sewaktu dia membenarkan Amylia pulang ke Malaysia tanpanya.

Dia tahu Amylia akan dijaga oleh ibu bapanya dengan baik. Abang dan kakak iparnya juga akan menolong Amylia sekiranya Amylia punyai kesukaran.

Syahran melangkah ke arah meja kerja yang terdapat di penjuru bilik itu. Sengaja dia meletakkan meja kerjanya di dalam biliknya. Bukan tidak ada pejabat mini yang disediakan oleh papanya. Dia malas masuk ke dalam pejabat itu yang menempatkan perpustakaan mini dan meja kerja ibu bapanya.

Tangannya menyentuh beberapa dokumen yang ada di atas meja itu. Dia mengambil satu fail di atas meja itu lalu membukanya. Ingatannya kembali terarah kepada peristiwa 2 tahun lepas sewaktu dia menghilangkan diri selama 2 minggu dari Malaysia.

Kecoh ahli keluarganya apabila dia hilang daripada radar. Sudahlah lari daripada hospital. Ahli keluarganya dan Amylia mencarinya di semua tempat namun tidak berjumpa. Nasib baik, ada Adam dan Akif yang sempat menghubungi ahli keluarganya mengatakan dia berada di Belgium.

Syahran ketawa kecil apabila mengingatkan wajah Amylia sewaktu dia datang menjemputnya di KLIA. Teruk dia dimarahi oleh Amylia dan ahli keluarganya. Namun, pemergiannya ke Belgium berbaloi. Dia dapat menyelamatkan Lee dan Amri daripada dihukum.

2 tahun lalu..

Syahran melangkah keluar daripada lapangan terbang itu sambil dipimpin oleh Akif.

“Adam dah hantar kereta untuk jemput kita. Nanti kita jumpa dengan Kimi dan Adam di Vila Kimi,” beritahu Akif.

Syahran mengangguk lemah. Maklumlah, baru seminggu dia sedar daripada komanya. Kedatangannya ke Belgium langsung tidak diberitahu kepada sesiapapun. Dia tetap keluar daripada hospital walaupun dihalang oleh doktor yang merawatnya.

“Ran okay?” soal Akif.

Belum sempat Syahran menjawab, dia telah dipintas oleh Amir, kembar kepada Akif.

“Macam mana dia nak okay? Baru sedar seminggu dah berani nak naik flight ke Belgium. Ran, kau tahu tak yang kau dah bahayakan nyawa kau tahu?” tempelak Amir.

“Mir!”

“Apa? Aku cakap betul la,” kata Amir.

Syahran senyum apabila melihat perbalahan kembar di hadapannya itu. “Ran ada abang Amir untuk tengokkan Ran. So, Ran tak takut,” jawab Syahran. Nasib baik ada Amir untuk meyakinkan doktor yang merawatnya untuk melepaskannya.

Amir tergeleng-geleng. “Kau memang degil, Ran. Nasib abang ada conference kat sini. Boleh ikut kau berdua. Yang kau ni, Kif. Dah tahu Ran are recuperating, you’re still brought him here,” kata Amir.

Akif hanya senyum. “Aku tak boleh nak menolak permintaan daripada adik kesayangan aku ni,” kata Akif.

Amir tergeleng-geleng. Dia mahu membebel lagi namun tidak sempat apabila beberapa kereta yang berwarna hitam berhenti di hadapan mereka.

Adam Mikael keluar daripada kereta yang itu. Dia terus mendekati Syahran, Akif dan Amir. Dia bersalaman dengan Syahran, Akif dan Amir itu.

Adam terus pegang tangan Syahran, mula mengambil kadar denyutan nadi Syahran.

“Adam, kau tak percaya ke dengan abang? Abang ni the best doctor in negara abang tau,” kata Amir sambil memerhatikan gelagat Adam yang risau akan kawan baiknya itu.

Hati Ini Untuk AwakWhere stories live. Discover now