EPILOGUE

5.8K 205 44
                                    

Setahun kemudian,

BANG! BANG!

“HANDS UP!” ucap Syahran sambil menghalakan pistol ke arah sekumpulan lelaki itu.

“Capture them,” arah Syahran kepada anak buahnya yang turut bersama menyertai operasi itu.

Suasana kawasan itu agak kelam kabut dengan beberapa orang lelaki cuba melarikan diri namun berjaya ditangkap oleh anak buah Syahran.

Syahran memerhati anak buahnya yang tangkas menangkap penjenayah-penjenayah itu. 

“Niel, all captured. No one escaped,” lapor George. 

Syahran mengangguk. “Good work,” ucap Syahran, agak kuat kepada anak-anak buahnya.

“Let’s go back,” kata Syahran sambil berjalan ke arah pintu keluar gudang itu. Operasi malam itu adalah untuk menumpaskan sindiket pemerdagangan manusia di seluruh dunia berpusat di UK. Syahran dipertanggungjawabkan untuk menyelesaikan kes tersebut 

“George, could you settle all the procedure?” pinta Syahran kepada orang kuatnya.

George pandang Syahran. Dia mengangguk. “Is Amy waiting you?” soal George.

Syahran mengangguk. “Yes, she’s waiting me at hotel. Together with Myra, Adam’s wife,” kata Syahran.

George senyum. Dia mengangkat tangannya menandakan dia akan menguruskan kes itu. 

“Okay, will update you after everything is done,” kata George.

Syahran mengangguk. Dia terus keluar daripada kawasan itu lalu terus menaiki kereta yang sememangnya tersedia di bangunan gudang terbiar itu.

---------------------------------------------------------

Amylia sedang berbual-bual dengan Umairah sambil bermain-main dengan anak lelaki Umairah itu.

Tiba-tiba pintu bilik itu terbuka dari luar. Mereka berdua terus berkalih memandang pintu bilik itu.

Amylia senyum lalu dia mahu bangun daripada duduknya, ingin menyambut kepulangan suaminya.

Syahran segera mendapatkan Amylia lalu menyuruhnya duduk. “Jangan bergerak. Ada dah sarat tu,” kata Syahran sambil mengambil tempat di sebelah Amylia. 

Amylia ketawa. “Ada baru 7 bulan. Sarat apanya?” kata Amylia.

Umairah yang melihat telatah Syahran itu ketawa. 

“Amy, tak payah pelik sangat. Macam tulah suami kita. Risau macam kita nak bersalin dah. Sama macam Adam la. Masa Maira mengandungkan Danish dulu, Maira langsung tak boleh buat apa-apa. Semuanya dia suruh pembantu buatkan,” kata Umairah sambil mengesat mulut comot Danish.

Syahran ketawa apabila mendengar kata-kata Umairah itu. “Adam memang macam tu. Terlalu protective,” kata Syahran.

“Macam la dia tu tak protective,” sindir Amylia. 

Syahran senyum. Tangannya mengusap-usap perut Amylia itu tanpa mempedulikan bantahan daripada Amylia.

“Hish, depan orang ni. Tak malu ke?” soal Amylia.

Syahran pandang Umairah. Kemudian, dia pandang Amylia sambil menggelengkan kepalanya. Dia senyum senget. “Tak,” jawab Syahran, selamba.

Amylia tampar tangan suaminya. “Hish, abang ni,” marah Amylia.

Umairah ketawa melihat telatah pasangan muda di hadapannya. 

Amylia mengambil Danish dalam pegangan Umairah. “Danish, nanti besar jangan jadi macam uncle Ran. Jangan playful macam uncle Ran.”

Hati Ini Untuk AwakWhere stories live. Discover now