BAB 47

3.4K 178 10
                                    

Mata Amylia terbuka perlahan-lahan. Matanya terkedip-kedip membiasakan dengan cahaya lampu di bilik itu. Setelah penglihatannya jelas, dia terus memerhati sekelilingnya.

Dia tersenyum apabila melihat Syahran yang meletakkan kepalanya di atas katilnya. Tangannya diangkat lalu dibawa ke rambut hitam Syahran. Dia mengusap-usap rambut Syahran.

Syahran mengangkat kepalanya apabila merasakan seseorang sedang mengusap rambutnya. Dia terus memandang ke arah Amylia yang sedang tersenyum itu.

"Ada," panggil Syahran, gembira apabila melihat Amylia sudah sedar daripada tidurnya.

"Abang," jawab Amylia. Suaranya agak serak. Dia terus meminta air daripada Syahran bagi membasahi tekaknya.

Syahran bingkas bangun lalu terus menuang air yang ada di meja di sebelah katil itu. Dia menghulur air kepada Amylia.

Amylia menyambutnya lalu terus meminumnya. Syahran senyum sambil memerhati wajah isterinya yang pucat itu. Walaupun pucat, Amylia tetap nampak cantik di matanya.

"Ada ada di hospital?" soal Amylia sambil memerhati bilik wad itu.

Syahran mengangguk. "Yes, dear."

"So, semuanya dah selesai?" soal Amylia sambil menghulurkan gelas kosong kepada suaminya.

Sekali lagi Syahran mengangguk sambil meletakkan gelas kosong itu di atas meja sebelah katil hospital itu.

"Berapa lama Ada tak sedarkan diri?" soal Amylia.

Syahran menarik nafas panjang. "2 hari," jawab Syahran.

Amylia mengangguk.

"Mama, papa, along dengan kaklong macam mana? Mesti mereka risaukan Ada kan?" soal Amylia, ingin mengetahui perihal keluarga mentuanya.

Syahran senyum. Dia usap kepala Amylia. "Mereka baik-baik sahaja," kata Syahran.

Syahran pandang Amylia. Dia naik ke atas katil hospital yang agak besar itu. Dia menarik Amylia supaya berada di dalam pelukannya lalu dia bersandar di bucu katil hospital itu.

"I miss you, sayang," ucap Syahran, perlahan. Dia mencium ubun-ubun isterinya.

Amylia senyum. Dia meletakkan kepalanya di dada bidang Syahran.

"Me too. Ada rindukan abang," ucap Amylia, perlahan.

Lama mereka berkeadaan begitu. Syahran mengelus lembut rambut isterinya. Sesekali dia menghadiahkan ciuman di dahi dan ubun-ubun isterinya.

"Abang," panggil Amylia.

"Hmm," Syahran masih asyik membelai rambut isterinya.

"Abang dah tahu?" soal Amylia sambil mengangkat kepalanya memandang Syahran.

Syahran memahami pertanyaan Amylia. "Abang Am dah kena tangkap. Sekarang ni, just tunggu waran tangkap je. Maybe kes ni akan dibicarakan tak lama lagi. And US mahukan abang Am dan Farihah dibicarakan di mahkamah negara mereka," beritahu Syahran.

"Then, Malaysia beri kebenaran?" soal Amylia.

Syahran senyum tawar.

"This case involving many countries. The victims were from different countries. Most of the countries want them to be executed following their country's laws. However, abang Am and Farihah are Malaysian. Warganegara Malaysia. Sudah tentu, Malaysia tidak benarkan mereka dibawa ke sana," kata Syahran.

"Then, what's next?" soal Amylia.

"It's the best if they are judged by our own law. So, abang sokong dengan keputusan tu," kata Syahran.

Hati Ini Untuk AwakWhere stories live. Discover now